Oct 17, 2010

Untuk Nija~




Nija yang hebat, bertahan! Allah sayang kamu =)

Oct 12, 2010

***

A : Wah. Exam.. Takot..

B : Rilex la.. exam je. bukan sakaratul maut lagi..

A : ( terkedu....) Betol pulop..


Bila yang besar dipandang kecil dan yang kecil dipandang besar.
Bila yang pasti dipandang sepi dan yang tidak dikejar..


Apapun.Berusaha! Allah bersama orang yang berusaha dan bertawakkal~


Senyum.
Senyum.
Senyum.


Jangan lupa.
Senyum lagi.


Senyum tanda tabah.

wallahu a'lam~

~~

Mahu berkayak sepuas hati!!!



Oct 10, 2010

~

Bismillahi walhamdulillah.


Rasa hari ini tak berapa indah. Dada terasa sebak. Mata suam-suam sepanjang hari. Teringat itu ini yang menjadikan lelah sungguh. Mahu bercakap dengan orang tapi tak mahu jumpa orang. Mungkin sindrom ayesha sudah bermula. Exam 7 hari lagi. tapi kepala rasa sangat kosong. Puas bisikkan pada hati yang perlu kuat. tapi keadaan sungguh berkadar songsang. Makin dibisik makin rapuh.





Ke hospital petang tadi untuk hilangkan rasa tidak indah. Kebetulan jumpa kak Timah. Allah bantu rungkai rasa ni dengan hantar kakak senior.Mungkin waktu ni bercakap adalah terapi yang berkesan. Terima kasih, Kak Timah!! Moga diberkati.

Apapun, kembali. Allah memegang hati hamba-hambaNya. Diuji dengan resah dan tidak tenang. Untuk kita kembali. Mungkin tersasar dari laluan benar. Agar tidak terlalu jauh. Direnjis sedikit rasa tidak enak supaya tahu usaha itu hak hamba. Natijah itu kehendak Maha Pencipta.

" DIalah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi dan Allah Maha mengetahui, Maha bijaksana. <48:4>


Ya Allah, kami hamba yang lemah. Tuntunlah kami ke jalan redha Mu. Kurniakan kami ketenangan. Tetapkan hati kami atas keyakinan yang hidup mati dan segala usaha ini dalam tadbir MU. Sungguh, KAU takkan aniayai kami yang benar-benar lemah ini...ameen.


Wallahu a'lam.


~ Biarlah mata yang kering itu bersimbah. Silalah.

Oct 9, 2010

=)

Bismillahi walhamdulillah. Rasa rindu pada sahabat ni. moga dia tenang dan dirahmati selalu.


Gadis itu
Pernah ku renung
Dengan pandangan
Yang mendamba jawapan
Betapa bibir mungilnya
Kadang jujur menutur
Hingga aku terpaku
Luhur gadis ini
Ibarat apa yang berbaris di bibir
Itulah yang tersusun di hati..

Gadis itu
Makin kukenali
Istimewanya berlegar di atmosfera hati
Uniknya terhias di paras
Kasih pada teman sayang nya walau terbungkam
Terserlah dalam imbasan wajahnya yang beriman..

Gadis itu
Doa tulus lantas ku pohon buatnya
Moga hatinya terusan berisi iman
Lakunya dituntun taqwa
Senyumnya mendamai jiwa
Hidup matinya dalam redha…

Gadis itu..
Dia temanku…


Aen aisyah
280409
1510 pm
Ibn sina lecture hall


Oct 6, 2010

Bertahan!

Bismillahi walhamdulillah.






Merasai keberadaan di bidang ini bukan suatu kebetulan. Rencana Allah tak pernah sia-sia.









Kuat itu hanyalah sekadar sepatah perkataan hingga kkita bangkit dan memaknakannya.








Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Tidak akan pernah ada penganiayaan pada hamba-hambaNYa. Terus cari!






Untuk gelaran ketua terbaik, bukan sekali percubaan Sultan Muhammad al Fateh. Mari cuba berkali-kali. Bersama teladani keazaman beliau. tidak sekadar kagumi.

Kawan-kawan, bersatu teguh. Bertahan ampuh. Bercerai roboh.

Allah ada = kuat.

Mari memaknakannya~



Allah, bantulah kami. ameen.



wallahu a'alam~

Sep 19, 2010

~

Hidayah melapangkan dada mukmin
Menjunjung perintah Tuhan
Terus tidak sempit
Langsung tidak sukar
Titah Allah penjirus hati
Yang berbolak sifatnya

Usah takut duhai jiwa
Dalam hati yang ada DIA
Takkan berani sangsi bertapak

Kuat! Dan terus.
Kerna kamu tahu
Allah maha Tahu~


845 pm
170910

Sep 18, 2010

~~

Bismillahi walhamdulillah..

“ Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui.” (2:216)

Saya sungguh rasa tidak indah hari ini. Sangat sukar dan tidak mudah.

Moga tidak kamu sangka saya berlepas tangan dan gembira.

Rencana Allah sangat tidak terjangkau dek pemikiran saya yang lemah ini. Semalam hati membulat tekad. Hari ini terlerai dek sepotong ayat.

Mengetahui perkara yang berlaku punya hikmah berganda lebih mudah dari betul-betul meyakini dan merasai keberadaannya.

Saya pohon Allah kurniakan kekuatan pada kita.
Saya yakin Allah takkan aniayai hambaNya.

Dan untuk itu, mari terus!

Islam perlukan umatnya yang hebat.
Perjalanan masih jauh.

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah ; sehingga mereka membunuh dan terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-quran. Dan siapakah lebih menepati jannijnya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung.” (9:111)

Terima 1 MMS.

“ Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit
Di situ air mata menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka
Indahnya tarbiah Allah
Tersirat rahmat dan hikmah
Diuji kita sebagai tanda sayangNYa

Semoga Allah memberikan pelangi untuk setiap hujan
Senyuman untuk setiap tangisan
Rahmat untuk setiap cubaan
Kekuatan untuk setiap dugaan
Dan makbul untuk setiap doa.


~ Dan saya rasa ini peringatan dari DIA untuk saya melalui Laila. Syukran, sis!


Cukuplah saja Allah bagiku DIA yang terbaik tempat aq bergantung.


Wallahu a'lam.

Sep 10, 2010

EId mubarak~

Bismillahi walhamdulillah.


Hari ini 1 syawal.

Hari ini hari raya.

Pagi tadi dalam pukul 7.30 ada van jenazah melintasi rumah. Saya tertanya-tanya. Rumah siapa yang akan dikunjunginya. Rupanya jiran yang sudah genap 40 hari dimasukkan ke wad di HUSM. Inna lillahi wa inna ilaihi roo ji’un. Pemergian di dinihari 1 Syawal sangat dirasai seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Moga Allah menempatkan roh allahyarham dalam kalangan hambanya yang bertaqwa. Ameen.

Alfatihah~


Dahulu saya ingat van jenazah di pagi 1 syawal hanya ada dalam drama Melayu bila menjelang raya. Tapi hari ini benar ada van jenazah di pagi raya. Sungguh benar. Saya sendiri sempat menziarah jenazah allahyarham sebelum solat sunat hari raya pagi tadi. Sungguh! Benar!

Jadi mengapa masih diragui bahawa mati itu pasti!

Bila-bila sahaja. Pagi raya. Malam raya. Dalam tidur. Semasa sujud. Sepulang dari program tarbiah. Tengah merempit. Tengah menyangkut plastik ‘berisi’ bayi di pintu pagar masjid. Selepas terima duit rasuah. Selepas pecah amanah.Bila-bila sahaja.

Bila sampai masa, tak sesaat diperawal tak sesaat diperlewat.

Dalam dosa maksiat.
Atau..
Dalam basah titis air mata taubat.
Kita akan dijemput pulang.

Pesan Baginda s.a.w tercinta yang dunia ini hanya persinggahan. Ibarat dalam satu perjalanan jauh. Ada satu pohon tempat berteduh. Hanya tempat melepas lelah. Dan kita akan teruskan perjalanan. Yang jauh..

Mari kita berdoa agar amalan kita yang sedikit ini sepanjang Ramadhan khususnya dan sepanjang nafas ini dihela umumnya diterima Allah. Sungguh doa itu harus diiringi dengan perasaan khauf ( takut) dan roja’(harap)

Sungguh takut.

Takut Allah tak terima doa ini.

Takut Allah tolak amalan-amalan hamba hina yang bergelumang dosa seperti kita.

Takut Allah nilai satu-satu amalan kita hingga tiada satu pun yang layak untuk
diterima.

Takut Allah menolak amalan-amalan yang bercampur riak dan takabbur hingga habis sudah amalan kita untuk dihitung.

Sungguh takut.

Tapi berharap. Sangat berharap.

Mengharapkan rahmat Allah untuk mengasihani kelemahan hambaNYa menguruskan nafsu yang bermaharajalela.

Mengharapkan maghfirah Allah untuk mengampuni dosa noda, riak dan takabbur yang
bertempek di hati.

Mengharapkan cinta Allah menerima amalan-amalan yang dipersembah tanda kita seorang hamba.

Mengharapkan rahmat Allah untuk menjauhkan kita dari pedih dan perit azab api neraka.

Mengharapkan rahmat Allah tuk kita terus hidup mengabdikan diri dan kehidupan seluruhnya semata-mata untuk Allah.

Mengharapkan rahmat Allah untuk kehidupan ini berakhir dengan pengakhiran yang Allah redhai yakni husnul khotimah.


Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman. Matikanlah kami dalam iman dan sebaik-baik pengakhiran.. amen.

Taqabbalallahu minna wa minkum~



Selamat Hari Raya untuk semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Mohon maaf zahir dan batin atas salah silap yang sengaja mahupun tidak. Moga kita semua dirahmati sehingga bertemu Ramadhan yang akan datang dan terus thabat dengan momentum Ramadhan kali ini.Kullu'am wa antum bikhair~

Menjadi hamba Ramadhan, Ramadhan sudah berlalu. Menjadi hamba Allah, Allah maha kekal abadi.

Wallahu a’lam~

Aug 19, 2010

Allah ada = kuat

Bismillahi walhamdulillah.

Hari ini saya mendengar peringatan dari seorang sahabat. Mari berkongsi.

“Bila kita akan rasa nikmatnya sihat?” tanya beliau.

“Bila sakit...” Jawab kami.

“ Betul. Bila sakit, baru terasa nikmatnya sihat. Bila sakit, baru terasa indahnya nikmat berjalan-jalan menghirup udara segar tanpa gangguan. Bila sakit terasa seronoknya makan tanpa muntah-muntah. Bila sakit baru terasa bahagianya lalui hidup tanpa lenguh-lenguh badan yang tidak menyelesakan diri. Semua tentang sihat itu seronok dan indah bila SAKIT. Itulah kita. Bila nikmat tiada baru terasa.”

Benar kan?

Bila kita menahan lapar semasa berpuasa baru kita terasa nikmatnya makanan dan minuman. Yang selama ini mungkin tanpa berfikir banyak kita bazir-bazirkan. NIkmatnya selera dan gigi yang sempurna. Yang selalunya kita lupa.

Menjadi saudara kepada musuh nyata sesuatu yang harus dielakkan. Mungkin saya mesti guna perkataan WAJIB untuk elakkannya. Selalunya saya gagal. Perut terlalu penuh untuk diisi tapi makanan masih bersisa di pinggan. Perlu azam teguh tuk tinggalkan tabiat buruk itu. Membazir itu amalan syaitan.

Semalam ada kawan saya tanya macamana nak elakkan rasa cemburu bila lihat kawan lain mendapat sesuatu lebih dari kita. Tak kiralah dapat case yang menarik atau prosedur-prosedur lebih untuk diisi dalam log book. Hari ini ada kawan bertanya macamana nak hadirkan rasa ikhlas bila clerk patient, ward round dsb supaya semua ini tidak sia-sia sedang usia makin bertambah mendekati mati.

Jujurnya saya pun tak mampu jawab soalan-soalan ini. Saya pun mencari jawapan praktikal tuk dipraktikkan tiap kali syaitan dan nafsu menghembus hasutannya ke hati saya.

Tapi secara peribadi, kuncinya adalah HATI. Hati tempat iman memenuh. Tempat syukur bersandar. Tempat ikhlas memagar. Tempat Allah melihat seorang hamba.

Pesanan ini terutama pada diri sendiri. Jangan menjauh dari DIA. Kerna bila hilang nikmat tenang pasti hidup takkan tenteram. Tenang itu beserta iman. Pekiklah sekuat mana pada hati tapi kalau hati tidak benar2 memaknakan ayat itu di hati dan memaksudkan dengan laku pasti kesannya tidak ubah simbah air ke daun keladi. Tidak ada setitis tenang pun melekat di hati.

Kekuatan itu hadir bila pergantungan hanya pada DIA lubuk segala kekuatan dan kasih sayang.

Kekuatan itu lahir dengan merasai keberadaan Allah di mana sahaja dalam apa jua keadaan sakit atau sihat depress atau bahagia.

Kekuatan itu pasti bila kita kembali bersimpuh merintih dan bercerita segala pedih rasa dan lemah jiwa kita pada Allah, Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang.

Kekuatan itu ada bila benar-benar merasai keberadaan DIA melihat kita dengan rahmatNYa.

Lalu, bersujudlah mohon iman merasai keberadaan DIA.

Bersujudlah mohon kekuatan yang mampu memagar dari sifat mazmumah.

Bersujudlah memohon hati yang ikhlas. Kerna Allah rindu mendengar rayuan hamba-hambaNya. Allah sangat bersedia mengabulkan doa kita. Jangan kita pula angkuh untuk tidak berdoa. Na’uzubillah~

Wahai diri yang angkuh, sedarlah. Allah punya jutaan hamba yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka lebih dari kita. Hatta andai satu dunia ini ingkar pada-Nya tidak terjejas sedikit pun kekuasaan dan kebesaran Allah.Tapi kita hanya punya satu TUHan. La ila ha illallah~ Kita hanya punya satu Allah. Kita tak mampu hidup pun tanpa kasih sayang Allah. Kita tak lebih ibarat debu tanpa maghfirahNya.

Saat doa dan solat kita menjadi terlalu rutin hingga makin kering dari rasa kehambaan kita mula menjauh dari NYa. Jangan berlama. Mari kita sama-sama kembali. Kembali memohon cinta Allah untuk terus~~





Ya Allah, ampunkan kami hamba-hambaMu yang lemah ini. Rahmatilah kami.Sungguh, kami sangat lemah.. ameen.


Allah sayang kita semua.

Allah sayang saya.


Ramadhan sudah mahu ke fasa yang kedua. Mari terus bersemangat!! inshaALlah.

wallahu a'lam.

Aug 17, 2010

Bertahan!!

BERtaHAn!!!!





Medicine = mudah

~

Bismillahi walhamdulillah.

Hari ini sungguh serba tidak kena. Seharian ini 3 percubaan untuk amek darah semuanya tidak berjaya. Ditambah dengan penyataan pesakit yang menyakitkan.. Allah, sungguh saya kena kuat!

"kak, saya budak baru belajar! Minta maaf kerna tak secekap HO atau MO. Tapi jangan buat saya rasa sungguh kecil!!" Jerit hati saya bersungguh-sungguh tadi.






Firman Allah s.w.t:

" Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA maha Perkasa, Maha Pengampun." (67:2)



Biarlah. Hidup perlu terus. Sekali rebah dua kali bangkit.






Failures do not define me.

Allah knows best~

Aug 16, 2010

A for Angry ??

Bismillahi walhamdulillah~





Sejak masuk klinikal sering dengar kawan2 cakap saya garang.hu. adakah?

Kalau benar, mari latih diri supaya marah itu bertempat. Diam itu bermanfaat.


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w : Ya Rasulullah, berilah wasiat kepadaku. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu marah! Lelaki itu mengulangi beberapa kali. Nabi tetap menjawab: Jangan kamu marah!" ( HR Bukhari )


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. ( HR Bukhari )

Lalu, sila jadi kuat!

=)


Wallahu a'lam~

Aug 15, 2010

Selamat Hari Lahir.

Bismillahi walhamdulillah

Esok hari lahir Fadhilah Aisyah ke 21. 8 hari lagi hari lahir Zahidah ke 21 juga.

Zuhairah tunggu bulan 12 ya =)

Jadi saya nak ucapkan “ Selamat Hari Lahir yang ke 21” kepada dua orang adeq yang sangat disayangi ini. Moga kalian sentiasa dirahmati dan beroleh yang terbaek dunia akhirat. Ukhuwah fillah Abadan abada inshaAllah. Menjadi sebahagian dari kalian adalah perkara indah dalam hidup ini. Alhamdulillah.




Kita adalah bakal jenazah yang bakal dipersoalkan setiap amal perbuatan di dunia. Selangkah bertambah usia selangkah mendekati mati, permulaan sebuah kehidupan yang kekal. Seringnya kita terlupa.

InshaAllah saling mengingatkan yang kehidupan sebentar ini persinggahan menyiapkan bekal dan kita sekarang dalam kemuncak pesta mempersiapkan bekal untuk kehidupan kekal. Mari manfaatkan!

Sayang kalian sungguh2. InshaAllah keranaNya.

Selamat menjadi hamba Allah yang hebat!

Untuk kalian~

I hope that days come easy and moments pass slow,
and each road leads you where you want to go,
and if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
and if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
if it's cold outside,
show the world the warmth of your smile,
more than anything, more than anything,

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
to your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but cha never forget,
all the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
and you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
and you always give more then you take.

but More than anything, Yeah, and more than anything,

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
to your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

Aug 11, 2010

~~~~

Bismillahi wal hamdulillah.
Hari ini 1 Ramadhan.

Untuk yang terdekat ini ada 3 perkara besar dalam hidup saya sudah berlaku. Ya, besar untuk saya.

Dari perkara yang sepenuhnya terlibat untuk memilih dan buat keputusan, separa berhak dan langsung tak punya upaya menolak.

Sangka kita, mampu tuk tangani sendiri rupanya terlupa ada batas daya.

Allah mahu ingatkan yang berusaha itu mungkin kita (hakikatnya dengan izin DIA) tapi yang menentukan DIA.

Yang merancang itu kita, jangan lupa perancangan DIA jua ada.

Yang mahu itu dan ini itu kita, tapi yang MAHA TAHU itu DIA.

Yang diduga itu kita, yang memberi kekuatan semula itu DIA.

Memang benar, kita semua sentiasa layak diuji. Sentiasa layak!

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? “
(29:2)

Mari senyum untuk Allah tahu dan tentukan yang terbaik untuk kita semua.

Moga di bulan yang penuh keberkatan kita diberi kekuatan dan petunjuk untuk terus~

Allah sayang kita semua.

Allah sayang saya.
Have faith~


Ramadhan kareem.


Allah, ini aq hambaMU. Buatlah semahuMU semampu ku..

Aug 4, 2010

~~~





Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (jika Engkau mentakdrikan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Ya Allah perkenankanlah doa ini.

~~

Bismillahi walhamdulillah

Ya Allah, mohon perlindungan dari rasa marah yang membinasakan.

Mari kita bercerita tentang sikap manusia. MANUSIA. Jadi sikap saya tak terkecuali.

Kita tak selesa bila orang buat sesuatu yang mereka cakap tapi tak buat. Kan? Saya yakin seantero dunia ini tak suka sikap itu. Semua orang akan mengakui sikap itulah yang paling mereka benci. Semua orang begitu. Allah pun tawarkan kemurkaan yang besar pada manusia yang begini.

Realitinya, yakinkah kita yang membenci sikap ini suci dan bersih darinya?

Sukarnya keadaan bila mata hati mula tidak teliti melihat salah sendiri . Sukar lagi bila mata zahir seenaknya menghukum orang sesuka rasa. Tapi bila orang melakukan yang sama pada kita, terus lantang ‘menengking’ dengan bahasa internet yang tak bersuara dan bernada ini macam-macam. Lagaknya yang salah itu dosanya mutlak takkan terampun oleh Allah yang Maha Pengampun.

Wahai diri, mari insafi kelemahan ini. Mari muhasabah. Tiada manusia yang sempurna. Semuanya tertakluk pada kesalahan. Kamu pun sama. Saya tak terkecuali.

Mari kita belajar tekan butang ‘PAUSE’ sebelum menghambur rasa. Supaya yang mendengar tidak keterlaluan sakitnya. Dan kita, sesalnya tidak berganda2. Paling penting Allah tidak murka pada cara kita hamburkan rasa.

Saya sering gagal. Kamu pun begitu kan? Tapi mari kita cuba lagi. InshaAllah, Allah akan bantu.

Untuk suatu nasihat yang ikhlas pada kita, jika ia benar menjaga diri kita agama kita marilah kita pejam mata seketika untuk khilaf si pemberi. Hanya seketika. Ya, mungkin terlintas begini.
“ Macam dia baik sangat! Kenapa aku je sering dipersalahkan? Orang lain tu buatlah apa2 sahaja takde pulak disalahkan.”

Astaghfirullah. Mari kita pohon kekuatan dan perlindungan dari Allah untuk lintasan hati sebegini.

Adakah dengan rasa itu kita menidakkan teguran dari Allah? Kita menidakkan peluang yang hakikatnya Allah beri untuk kita jadi lebih baik? Hidup ini medan tarbiyah dari Allah. Dan nasihat serta teguran itu boleh datang dari mulut sang pemabuk pun..

Wahai saya,
Jangan terlalu cepat menghukum. Jangan terlalu pantas mengekspresikan hukuman. Kelak nanti sempit ruang untuk kita betulkan keadaan.

Kalau kamu buat sesuatu ada alasan yang kamu tidak ingin orang tahu, begitu juga orang lain. Kita sama. Mari kita layan orang sebagaimana kamu ingin dilayan. Mari sayang orang sebagaimana kamu ingin disayangi. Tolonglah diri!

Kalau kita nak orang tegur salah kita beradab, kita jangan ‘menjerit’ tegur salah orang.

Kalau bagi kita buku merah itu isu besar dalam hidup kita, jangan lupa yang mungkin itu hanya isu picisan hidup mereka.

Kalau kipas dinding itu isu kecil hidup kita jangan lupa yang mungkin kipas dinding itulah nyawa hidup mati mereka.

Bersuara salah tak bersuara pun susah.Ya, memang! Kerna bersuara ada caranya. Rasulullah yang ajar kita semua bukan? Bukan saya sesedapnya reka. Bersuara ada adabnya.

Berdiam diri pun salah. Ya, memang! Kerna tak sampai mesej. Dia akan terusan buat salah. Memang salah kalau kita diamkan. Tapi ada masanya kita perlu diam.

Bila mahu diam? Bila mahu bersuara? Mari kita tengok cuaca. Kalau cuaca panas bolehlah kita jemur pakaian. Tapi kalau tengah ribut taufan janganlah. Kita tahu bukan? Sandarkan pada diri kita juga.

Nasihat yang baik disampaikan pada waktu yang baik inshaAllah akan dapat respons yang baik. Tapi kalau pun tak dapat respons yang baik, mungkin tu kifarah dosa kita yang menggunung atau Allah nak tambah pahala dan redhaNya.

Kamu kata lepas maafkan kamu lupa. Tapi setiap kali terjadi apa-apa kamu akan ulang2 sehingga sukar untuk nampak kebaikan si pelaku. Silapnya di mana? Sukakah kamu kalau setiap kali kamu buat saya sedih, saya ulang sebut perangai2 kamu yang saya tak suka sejak saya kenal kamu sedang saya tahu kamu sudah berubah? Suka kah?tidak bukan? Jadi,saya serah konklusi pada kamu sendiri.

Benar.Kamu punya hak untuk rasa apa sahaja.

Saya juga punya hak itu.

Dia pun ada hak itu.

Tapi kadang2 hidup ini lebih indah bila kita ketepikan sebentar tentang HAK itu tapi kita kembali ke kerusi pemberi. Banyak bercakap tentang HAK bagi saya buat hidup ni tak ubah macam satu pertandingan yang menyakitkan.. Saya penat begitu. Kamu?



Sesiapa sahaja boleh interpretasi dengan berbeza. Itu luar kawalan saya.




Ya Allah,ampunkan aq dan sahabat2ku atas segala dosa-dosa yang sengaja mahupun tidak. KAU maha mengetahui atas segala sesuatu..



~ Ramadhan makin mendekat. Mari sediakan diri untuk dibasuh.

Jul 24, 2010

~

Duhai hati, jangan jadi ladang terbiar.







Moga terus bugar!





Mari kita exam.. Moga diberi petunjuk dan dipermudahkan urusan semuanya. chayok!!

Jul 22, 2010

Salahkah salah?

Bismillahi walhamdulillah.

Baru pulang dari HOSHAS. Sebetulnya baru usai ‘present case’ dengan Mr. Ragu.

Alhamdulillah ‘ala kulli halin wani’mah. Tidak mahu komen banyak. Tapi ruang untuk perbaiki diri sangat luas. Yang salah perbetulkan. Yang betul terus dan perkemaskan. Yang tertinggal cukuplah sekali lain kali tidak lagi. Jadi lebih baik untuk kali seterusnya.





Saya mahu bercerita tentang buat salah. Hari ini. Mari bilang berapa kali kita buat salah.

Salah kunci jam jadi bangun lewat.

Salah makan pagi bihun yang pedas seharian sakit perut.

Salah sangka pada kawan hingga hati tidak senang.

Salah ambil history patient hingga salah diagnosis.

Salah diagnose patient lalu tersalah rawat.

Salah susun masa lantas tersepit untuk atur prioriti hidup.

Salah jangka situasi dan ia jadi makin teruk.

Salah… salah dan salah..

Untuk hari ini sahaja berapa ya salah yang dah kita buat. Jangan campur yang semalam atau dua hari lepas mahupun seminggu atau tahun lepas supaya tidak rasa depress yang keterlaluan.





Kenapa kita buat salah?
Kawan A menjawab. Sebab kita manusia. Manusia ciptaan Allah yang sempurna tapi ciptaan manusia tak pernah sempurna. Sesuatu yang tak sempurna punya kecenderungan untuk berbuat salah.

Puas hati kah dengan jawapan itu? Baiklah mari kita dengar jawapan kedua.

Kenapa kita buat salah?
Kawan B menjawab. Supaya kita tahu apa yang betul dan perbaiki diri.


Tanya lagi seorang kawan.

Kenapa kita buat salah?
Kawan C menjawab. Memang manusia ni buat salah.Sebab tu ada pahala dan dosa.Kalau tiada salah atas dunia ni tiadalah istilah dosa.

Tiga contoh jawapan di atas. Mungkin sama dengan jawapan kalian mungkin tidak. Silakan punya jawapan sendiri. Sangat dipersilakan. Tiada betul atau salah. Untuk kenapa itu, kita punya seribu jawapan. Mungkin lebih.

Kalau saya ditanya soalan itu pun. Mungkin lebih kurang juga jawapannya.

Kita adalah manusia. Yang seawal penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi ini dipersoalkan oleh para malaikat.

“ Dan (ingatlah) ketika TuhanMU berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “ Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman,” Sungguh, aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (2: 30)

Sekali diimbas ayat ini, manusia adalah bakal perosak bumi dan menumpahkan darah mana mungkin layak menjadi pemakmur dan penguasa dunia. Bukankah tumpahkan darah dan perosak itu sejenis keSALAHan?

Tapi Allah susulkan firmanNya. Allah mengetahui apa yang makhlukNya tidak ketahui.

Ciptaan Allah tidak pernah dan tidak akan sia-sia. Maka manusia yang secara fitrah akan berbuat salah ini juga bukan satu kesilapan.

Jadi mari kita terima kesalahan adalah sebahagian dalam hidup.

Buat salah tak salah. Tapi TERUS dalam keSALAHan itu yang salah.

Selepas buat salah dan kita sedar akan kesalahan tu mari kita muhasabah diri. Untuk kali seterusnya kita takkan ulangi lagi. Itu hikmahnya berbuat salah.





Pertama kali clerk patient dan present case mungkin masih sangat tak sempurna. Chief complaint tak tepat.History of presenting illness tak cukup elaborate. Tak cukup info nak rule out diagnosis.Terlupa nak tanya allegies. Terlupa itu ini. Physical examination pula tertinggal step la. Lupa nak palpate liver. Langsung tak ballot kidney.Salah posisi nak examine abdomen. Macam-macam lagi kesalahan. Katalah semua itu berakhir dengan teguran, nasihat dan sedikit marah-marah sayang. Untuk lain kali, pasti aka nada improvement. Ada penambahbaikan. Lebih tenang dan tersusun. Bukankah itu hikmahnya berbuat salah? Practices make perfect.





Semacam kehidupan ni. Berapa kali kita ada masalah dalam bergaul dengan kawan-kawan dan orang sekeliling? Banyak kali bukan? Pertama kali kita mungkin marah-marah dan melenting. Salahkan itu ini. Kali kedua hadap masalah yang seumpama itu mungkin sedikit berbeza pendekatannya. Kali ketiga dan keempat…..kali ke seratus.. ke seribu..seiring usia meningkat pendekatannya akan jadi berbeza. Dengan pengalaman buat salah pada awalnya buat kita lebih berhati-hati dan matang. Sebab itu selalunya pendekatan orang tua lebih berhikmah. Bersandar pada pengalaman. Pengalaman sentiasa betul tak cukup membantu. Tapi pengalaman buat salah selalu menjadi guru.




Mari kita ambil iktibar dari mutiara sabda baginda yang tercinta. Allahumma solli ‘ala muhammad~

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : Setiap orang melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu bertaubat. ( Hadith riwayat Tarmizi)

Kita semua bersalah dan salah kita bermacam. Tahap dan keseriusan. Tapi kita mesti kembali. Saya terutamanya. Muhasabah. Bertaubat. Perbaiki diri. Tidak ulangi. Ah, seringnya ku ulang2… tak mengapa. Kembalilah. Kembali semula. Muhasabah. Bertaubat. Perbaiki diri… Masih ulangi. Terus. Kembali ke cycle tadi. Sampai saat kita kembali padaNya. Moga husnul khotimah.ameen.

Rasulullah berpesan lagi.

Dari Barra’ Ibn ‘Azib r.a meriwayatkan bahawa Asulullah s.a.w bersabda: Apakah pendapat kamu tentang kegembiraan seorang lelaki yang kehilangan untanya yang terlepas dengan tali pengikatnya bersama barang-barang makanannya sedang dia masih dalam perjalanan di padang pasir berseorangan tiada makanan dan minuman. Kemudian dia mencari unta itu sehingga letih dan putus asa. Apabila dia melintasi sebatang pokok dia melihat tali pengikat unta tersangkut di sana dan mendapatkannya semula? Kami menjawab : Sudah pasti dia sangat gembira. Baginda s.a.w bersabda : (Dengarlah) Aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa Allah lebih gembira dengan taubat seorang hambaNya dari lelaki yang gembira menemui untanya ini. ( HAdith riwayat Muslim)

Subhanallah. Allah sangat berkuasa untuk menghukum tetapi DIA pilih untuk mengampun. Kita wajarnya lebih lagi. Kita berbuat salah mari pilih untuk bertaubat. Mari pilih untuk kembali.

Kasih sayang Allah salurannya pelbagai. Kasih sayang DIA mungkin boleh keluar dari mulut teman rapat. Boleh juga dari mulut yang berbuat maksiat. Untuk menunggu orang yang menegur itu sempurna baru mahu ikut nasihatnya sampai bila-bila kita takkan berubah. kerna sebagaimana yang kita sepakati sebentar tadi, tiada manusia yang sempurna, bukan? Siapa pun yang berkata-kata, mungkin itu teguran dari DIA.






Allah kurniakan sukma kefasikan dan ketaqwaan.

Beruntung bagi yang menyucikannya

Merugi bagi yang mengotorinya.





Sekadar peringatan untuk yang membaca, penulis blog ini bukan malaikat. Dia juga manusia yang terdedah kepada kesalahan dan kecenderungan untuk menumpahkan darah atau merosakkan muka bumi ini tetapi mari doakan dia supaya jadi hamba Allah yang bertaqwa.Untuk segala salah silap penulis pada kalian mohon maaf sejujurnya.





Astaghfirullahal ‘azim 3x.


Saya, mari pilih untuk kembali! Mari pilih untuk introspeksi! Mari pilih untuk tak ulangi!

Jul 19, 2010

Nah! Untuk kamu~

My wish < Rascal Flatts>


I hope that days come easy and moments pass slow,
and each road leads you where you want to go,
and if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
and if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
if it's cold outside,
show the world the warmth of your smile,
more than anything, more than anything,

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
to your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but cha never forget,
all the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
and you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
and you always give more then you take.

but More than anything, Yeah, and more than anything,

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
to your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
and while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.







~ Rindu hadir kamu duhai bulan pembasuh jiwa. Ya Allah,berkati kami di istana Syaaban dan sampaikan kami ke mahligai Ramadhan alMubarak. ameen.

Jul 13, 2010

~

Pepasir amanah berkumpul di sahara hidup

Sesekali dilanda taufan

Kaktus jua tegar bertahan



Musafir ini

Tuntut cekal hati yang tak kenal noktah



Musafir ini

Sekali rebah dua kali bangkit



Musafir ini

Endah sekalian jiwa yang manja



Musafir ini

Damba tulus niat bertapak di hati



Musafir ini

Langkah diorak penuh pasti



Duhai jiwa yang bermusafir

Jalan ini bukan dekat

Tidak jua mudah

Kerna jika ia begitu

Berduyun menjejak langkahmu

Tetapi ia jauh

Tambah sukar



Hanya hamba yang direnjis rahmatNya bisa bertahan

Lalu tegarkanlah hati

Tetapkan kaki

Usah mengalah

Ukir senyuman tanda tabah

Untuk jalan menuju pasti.



Terus!


~ Keadaan tak seringnya menyebelahi kita. Sebagaimana kita punya mata tuk nilai yang lain, jangan selalu lupa ada mata yang menilai kita. paling penting nilaian DIA.

~Tutup mulut dua kali untuk mendengar sekali. Pejam mata zahir tapi jangan tutup mata lahir. Biar mereka buta melihat sisi indah jika ada tapi jangan terlalu celik melihat sisi gelap mereka.

~ Suka lah lidahmu bicara apa sahaja. dan hatimu prasangka apa sahaja. aq mungkin terluka seketika tapi langkah perlu terus. maafkan aq tidak sempat berlama.


Saya, terus kuat!

Jul 12, 2010

Cerita semut~

Pada zaman dahulu, ada 3 ekor semut yang bersahabat baik. Mereka bernama Emot A, Emot B dan Emot C. Ketiga-tiga semut itu bersahabat baik sehinggalah ada satu kejadian yang berlaku. Emot C mahu bermusafir ke luar daerah. Katanya mahu mencari ketenangan setelah hatinya gusar sekian waktu di tempat mereka membesar itu.

Emot A dan Emot B sangat bersedih hati kerana mereka akan ditinggalkan oleh Emot C. Walaupun telah dipujuk berkali-kali Emot C tetap berkeras mahu ke luar daerah meneruskan hasrat hatinya.

Emot B sangat kesal kerna menganggap Emot C sudah mula melupakan persahabatan mereka. Dia mula berhenti memujuk Emot C tetapi jauh di sudut hati dia mendoakan agar Emot C tidak meneruskan niatnya itu.

Satu malam Emot A tidak dapat tidur lena kerana memikirkan perihal Emot C. Dia memikirkan bagaimana keselamatan Emot C sepanjang perjalanan ke luar daerah itu.Selamatkah dia seekor diri tanpa teman. Sampai di luar daerah dengan siapa dia bakal menginap. Tidakkah hilang arah tuju nanti. Selamatkah dia. Emot A bingung. Lantas dia bangkit dan memohon doa.

“ Ya Allah, Kaulah yang Maha tahu atas sesuatu. Sekiranya pemergian sahabatku Emot C ke luar daerah bisa rungkai gusar hatinya dan itulah ketetapanMu yang terbaik buatnya permudahkanlah urusannya. Tetapi jika pemergian ini hanya ujian untuk Kau duga keyakinannya pada tanah dan persahabatan ini Kau kuatkanlah hatinya kurniakanlah dia hidayah moga dia tahu hakikat kebenaran itu. Moga dia juga tahu aq dan Emot B sangat bimbangkan dia…”

Emot A terlena selepas tulus berdoa.

Beberapa hari selepas itu, Emot C memanggil Emot A dan Emot B untuk memberitahu keputusan terakhirnya.

Keputusannya adalah ..................................


Serah pada yang membaca tuk habiskan.







Pengajaran :

1. Semut pun tahu berdoa. Jangan lupa untuk terus berdoa. Hati itu milikNya.
2. Perlu fikir banyak kali untuk tindakan yang libatkan bukan kita seorang.
3. Emot C, ramai yang sayang kamu! Moga kamu sayang pada diri sendiri jua~

Jun 2, 2010

Dari ‘Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda di dalam sebuah hadith qudsi : Tuhanku (Allah) telah berfirman :

CintaKU wajib bagi mereka yang mencintai satu sama lain kerana Aku.
CintaKU wajib bagi orang-orang yang bersimpati antara satu sama lain kerana Aku
CintaKU wajib bagi orang-orang yang bertemu satu dengan yang lain kerana Aku
CintaKU wajib bagi orang-orang yang berbelanja ke atas satu sama lain kerana Aku
Dan mereka akan didudukkan di mimbar-mimbar Nur yang kerananya para anbiya’ dan siddiqin akan beriri hati pada mereka kerana darjat yang tinggi.
(HR Ibn Hibban)

Dalam riwayat yang lain dari ‘Ubadah bin Samit r.a katanya : CintaKu wajib bagi orang yang memelihara hubungan kerana Aku.
(HR Musnad Ahmad)

Dalam satu riwayat dari Muaz bin Jabal r.a katanya : CintaKu wajib bagi mereka yang duduk bersama kerana Aku.
( HR Muatta’ Imam Malik)

Dalam satu riwayat dari ‘Amr ibn Abas r.a dikatakan : CintaKu wajib bagi orang-orang yang bersahabat kerana Aku
(HR Tabrani dan Majma uzzawaid)



Mutiara hikmah ulama’..

“ Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu.Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan. ”





Maafkan aq kerna cinta tidak setulus dahulu

Maafkan aq kerna tidak selalu menunggu

Maafkan aq kerna kerna dada tidak selapangmu

Maafkan aq kerna mesra mendingin bak salju

Maafkan aq kerna kerna lelah dengan bisa lakumu

Maafkan aq kerna lama memendam hingga terlahir bibit dendam

Maafkan aq kerna kerna mata ini tak mampu lagi menghayati sisi indahmu

Maafkan aq kerna sering sahaja begitu mengikut acuan fikirmu

Maafkan aq kerna senyum tidak lagi harum

Maafkan aq kerna mahu tarik diri dari rasa hina ini

Maafkan aq kerna perlu waktu sebagaimana kamu

Maafkan aq…

Kian meresah hati ini

Menanti helai muka surat tuk kita kembali ikhlas

Memaafkan dan dimaafkan

Ku tunggu dari episod ke episod

Bab ke bab

Mohon dariMu ya Allah duhai pemegang hati

Ku redha andai di jilid terakhir usia ini

Tapi jangan ya Allah

Di hela nafas terakhir..

Aq ingin masih sayangi dia

Lebih dari dahulu..

Sungguh KAU lebih tahu~



~ Ya Allah.. sukar benar tuk kami wajibkan cintaMU pada kami... tuntunlah hati-hati ini ya Rahman Ya Rahim..

May 19, 2010

Jasamu Dikenang =)

Bismillahi walhamdulillah

Seminggu ini saya rasa terlalu dekat dengan masa lalu. Barangkali sebab kerap menjenguk ke sekolah lama tuk rungkai rindu yang sering mendera.hu.

Alhamdulillah. Ahad 16 Mei 2010 kami bekas pelajar telah anjurkan program ‘Jasamu Dikenang’ di Maahad Muhammadi Lilbanat. Program ini sempena Hari Guru. Nak raikan semua guru MMP di samping sudah lama tak menziarah ke sekolah.




Dengan rahmatNya, walaupun hanya berahli jawatankuasakan 5 orang dan perancangan 3 hari Alhamdulillah..semuanya berjalan indah. Allah permudahkan usaha untuk lebih cintai cikgu2 yang sangat berjasa ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Shafira, Ada, Hasanah, Fatin, AIna, Kak Aishah Fauzi,Norish dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Moga Allah nilai usaha kalian semua.

Saya tidak jangka program jadi seindah ini.Perkiraan saya sederhana sahaja. Tapi rencana DIA sangat sempurna. Dengan MC nya nor AISHAH, ucapan bekas pelajar yang disampaikan oleh AISHAH fauzi. Dan deklamasi sajak oleh siti AISYAH Salahudin. Hu.sangat terkenang zaman itu. Dahulu sering juga saya mendeklamasi sajak dalam program2 tertentu. Kali ini berpeluang lagi. Terasa baru semalam saya tingkatan 5.hu. Saya pilih sajak Usman Awang yang tajuknya “ Guru Oh Guru”. Suka benar sajak ini. Mesej sarat. Bahasa tidak berat. Hebat!



Sewaktu kak Aishah Fauzi berucap mewakili bekas pelajar, saya kesan nafas dihela berat. Tiba2 beliau sebak waktu merakamkan penghargaan untuk cikgu2..wahh. ini kondisi yang syahdu nih. Mula ada cikgu2 yang tunduk dan mengesat mata. Saya pun tidak mampu menahan lama. Tapi sangat bersyukur dan juga berterima kasih pada kak Aishah yang membawa ‘mood’ program dengan bagus.Itu memang kepakaran dia sejak dahulu lagi. Huhu. Tidak rugi juga dia tangguhkan perjalanan balik ke KL pagi itu semata-mata ingin jumpa cikgu2.




Apapun, saya sangat bersyukur program ini berjalan lancar. Rasa meriah tengok wajah2 cikgu yang gembira. Wajah kawan2 yang seronok jumpa cikgu.hu. Suasana indah!! Alhamdulillah.



Mengolah ayat yang pernah dibaca. Jangan salahkan perpisahan salahkan tapi pertemuan sebab tanpa pertemuan takkan ada perpisahan.hu. Susah jugak tuh. Tapi tak mengapalah. Kerana ia adat. Kerana pertemuan dan perpisahan itu adat kita akur. Sunnatullah sebenarnya.

Tahap kemanisan dan keindahan sesuatu kenangan BERKADAR LANGSUNG dengan tahap kesakitan atau kerterderaan bila nak ingat kembali (waah.persamaan apakah ini?)betul tak? Kadang2 bila ingat kenangan pahit kita mungkin akan tersenyum sebab memikirkan betapa Allah kurnia kekuatan untuk langsung ke tangga hidup seterusnya. Tapi bila kenang sesuatu yang indah dan manis mungkin ia akan berteman air mata dan sesak dada. Kalau kita tak cukup menghargai, kita akan mula sesal betapa tidak kisahnya kita. Kalau pun cukup kita hargai waktu itu, syahdu bila sedar hakikat ia takkan berulang. Ibarat air sungai yang mengalir laju dan kita berdiri di tengah2 sungai. Kita hanya akan menjamah air itu SEKALI sahaja. Hanya SEKALI.

Tapi jangan jadi orang yang lemas dengan masa lalu. Lena dengan indah masa lalu hingga lupa yang ada hari ini perlu dicorak dengan warna iman supaya cantik direnjis redhaNya. Ada hari ini yang harus dilalui dengan tabah.Ada hari ini yang mesti dihadap walaupun tak cukup kuat. Ada HARI INI!

Itu baru hari-hari di dunia. Jangan lupai wahai diri kita punya alam satu lagi yakni DI SANA.. di sini tanah tempat berladang di sana tunggu hasil tuk dituai. Banyak yang ditanam inshaAllah banyak juga yang bakal dituai. Banyak yang baik-baik diamal. inshaAllah kan berat timbangan kebajikan..

Semacam ingin buat konklusinya begini. Hargailah masa yang ada SEKARANG. Sayangilah insan2 di sekeliling kita SEKARANG.Amallah apa sahaja kebaikan tuk tarik perhatianNya SEKARANG.Ciptalah yang indah2 itu SEKARANG.sebab SEKARANG akan pergi dengan pantas. Sangat pantas.

Dan waktu itu, MASA DEPAN sudah menjadi SEKARANG dan SEKARANG sudah jadi MASA LALU..tika itu JANGAN MENYESAL!

Hidup sekali. Mati sekali. Jadikan ia beerti. Moga redhaNya jua yang kita cari~

InshaAllah.

“ Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian..”


p/s :

1. Selamat Hari Lahir untuk kak Aishah Fauzi. Kamu antara insan hebat yang saya sayang.Moga diberkati dunia akhirat..=) Ukhuwwah fillah InshaAllah~

2. Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 yang dikasihi. Hanya Allah mampu balas semuanya, cikgu. Sayang cikgu2!!

3. Untuk kawan sekelas saya Sharifuddin yang baru kehilangan ayahandanya Sabtu lepas, moga kuat! Kita semua doakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan yang beriman.. Alfatihah~

4. Saya, mari sentiasa ingat mati! Kerna ia pasti.


Wallahu a’lam.

May 8, 2010

....

Bangsaku kian tempang
Songsang dihanyut irama
Ghairah mengejar fatamorgana
Pemuas nafsu durjana

Ku seru dengan hati
Mari kita kembali
Sebelum jalan lurus makin menjauh
Dan langkah kian sasar
Dari destinasi redha

Usah undang murkaNYa
Jangan halalkan bala mencurah di tanah ini
Sedang yang merintik pun sudah tak tertanggung
Lelah tuk dibendung
Terus bala tidak kenal siapa

Kamu imam pencinta agama
Atau aku insan biasa
Mereka pemerintah berkuasa
Atau kalian petualang pendosa

Sekali ia turun
Tiada ilihan mangsa
Semua bertanggungjawab atas tiket
Khalifah pemakmur dunia

Kita pilih
Mahu abadi bahagia
Atau terus selama sengsara
Di alam kekal seperti dalam janji-janjiNYa..

17 Mac 2010
1930 pm
Pandan Mewah

p/s : give up da nak upload pics di Jordan..heh.

Apr 27, 2010

kamu kuat!

Bismillahi walhamdulillah..

kembali. sejahtera semuanya ya inshaAllah..

Sekembali dari Jordan. jam biologi sedikit terjejas. sekarang jam 330 mata masih tak mengantuk. alhamdulillah kesihatan baik2 sahaja. sakit2 tekak dan suara makin ke'ella'an hanya penambah indah rasa brjaulah ke sana.hu. alhamdulillah 'ala kulli halin wani'mah..

Entry ni mungkin bukan untuk bercerita pengalaman ke bumi anbiya'. inshaAllah next entry.

saya masih di pandan indah. menunggu majlis akad yus khamis malam sambil mengemas barang2 ke rumah baru. asyik bertangguh. bila agaknya nak siap pindah.hu.

yang semacam selalu..cuma ini khas untuk yang sedang diuji. dan kamu tahu ini untuk kamu..tak terkecuali aq..

Saad bin Abi Waqqash pernah bertanya pada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, siapa yang paling berat ujian dan cobaannya?” Beliau saw. menjawab, “Para nabi kemudian yang menyerupai mereka dan yang menyerupai mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya lemah dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.” (Al-Bukhari)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul berat sungguh hati yang terpukul.. tapi yakinlah saudaraku Allah itu maha mengasihani sehingga Dia tidak akan pernah bisa menganiayai hambaNYA. kamu akan terus kuat untuk tempuh ujian ini dengan bantuanNya. Pautkan keyakinanmu padaNya. kerna sungguh!! keimanan membuahkan keajaiban dan rahmatNya untuk hamba yang sabar.

Sabar dan solat dalam memohon pertolongan dari Allah.

aq doakan dari ceruk bumi ini. kebaikan dan kekuatan untuk kamu tempuh semuanya.. mungkin ini titik terbawah dalam hidupmu. jika demikian syukurlah kerna selepas ini tiada lagi terbawah. tapi jika ini masih belum terbawah bersedialah..ujian ini masih ringan berbanding selepas ini dan kamu pasti akan jadi lebih kuat untuknya.

Demi Allah yang seluruhnya nyawa di tanganNya, tiada apa pun di alam semesta ini berlaku tanpa izinNya. hatta gugur sehelai daun atau matinya seekor semut..

dan inshaAllah dengan izinNya jua segalanya akan kembali tenang. sesekali air berkocak maka keruhlah ia.tapi keladak yang keruh akan termendak. dan air kembali jernih.. sehingga itu.moga kamu kuat!

Apr 2, 2010

Bismillahi walhamdulillah

Hari ini 2 April 2010. Masa yang sangat cepat.Hampir berlalu suku pertama tahun 2010. Pro exam pun dah usai. Result dah pun keluar. Sekarang tengah bergelumang menyiapkan research proposal sebelum bisa terbang ke Jordan. Hu. Perlu penguasaan perasaan yang ampuh supaya tidak kebosanan menyiapkan tugas ini. =)

Macam-macam ragam dan karenah semua orang mengadap kursus yang 'seronok' ini.wuwu. Saya tak terkecuali. Tajuk pun macam-macam . Back pain among primary school children, smoking and oral cancer…etc. head lice infestation among primary school pun ada. Dalam kesibukan menyiapkan research, kebanyakan kami akan berpindah ke rumah lain. Ada yang ke Sri pandan dan kekal di Pandan Mewah. Saya kekal.Cuma bertukar rumah. Saya dan zatil akan ke rumah senior year 4.hu. Suasana baru. Lebih seronok. InshaAllah.

Em. Tadi seorang kawan. Gembira sungguh dia. Katanya dapat duit dari ibu. Hu. Waktu2 genting semua orang tengah berjimat untuk ke Jordan.he. walaupun dia tidak. Apapun yang buat dia gembira sebab dia tengah perlukan duit dan tanpa dia minta, ibu bagi..hehe. Boleh belanja ksyah la lepas ni.

Kembali.

Gembira kan permintaan kita dipenuhi?

Tambah-tambah dalam keadaan terdesak ada tangan yang menghulur bantuan.

Seronok kan kalau keadaan kita dalam zon yang senang tanpa tekanan?
Lagi berganda dalam situasi tak perlu kita bersusah-susah. Follow the flow.heh.

Justeru sebagaimana besar penghargaan kita pada sesama makhluk yang membantu kita dalam kesusahan wajarnya lebih besar kesyukuran kita pada Khaliq yang melimpah nikmat tanpa had tatkala senang mahupun susah.

Nikmat Iman dan Islam yang menabalkan kita menjadi makhluk mulia tersangat besar hingga infiniti syukurnya. Belum tambah dengan nikmat sihat dan keluarga. Nikmat teman dan harta benda. Tapi seringnya kita terlupa. Saya terutama. Nikmat menuntut ilmu di FPSK, USIM dengan bi’ah dan teman-teman yang indah + JPA + Pandan Mewah + lulus pro exam + trip ke Jordan + infiniti i.e tak terhitung.. tapi selalunya yang kita kisahkan bukan banyaknya yang kita DAH DAPAT tapi banyaknya yang BELUM DAPAT..dan natijahnya keluhan demi keluhan..


Ibarat dalam kes kawan saya tadi.Tanpa dia minta tapi sebenarnya dia nak, ibu bagi RM100.

Katalah instead of berterima kasih dia cakap “ Alaa….takkan seratus je…. Tambah lah 2 ratus lagi…”

Ataupun

“ Ala.. takkan sebilik 4 orang.. sempit la. 2 orang je la..dah lah ramai..mesti banyak karenah lepas ni.”

Ataupun

“ Ala… dapat 5B je.. nak 5A…”

Saya rasa dalam kepala yang membaca anda sudah boleh klasifikasikan situasi ini bagaimana.



Serah pada anda konklusinya.

Cuma mari kembali pada firman Allah yang mafhum ayatNYA .Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat-nikmatNya dan sesiapa yang kufur dengan nikmatNya pada mereka azab yang pedih. Na’uzubillah…

Lantas kita pilih.

Mahu jadi hamba yang bersyukur, berterima kasih dan tahu menghargai..

Atau

Sebaliknya.

Kita bakal jenazah yang akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lakukan..


~ Ya Allah maha pemberi nikmat .. tetapkan hati kami untuk terus bersukur..


p/s : kawan2, mari kita siapkan proposal!!

Mar 30, 2010

Kawan Saya

bismillahi walhamadulillah..

Saya ada kawan yang baik =)





Dia suka tolong orang. tolong fikir dari jauh..



Dia orang kuat. sebab selalu ingat DIA.



siapa dia?





moga Allah lindungi kawan baik saya ini sentiasa. yang terbaik untuknya dari DIA~


p/s : tahniah result..walaupun x dapat kambing =)he. amek yang ni je lah.huhu.


Mar 26, 2010

alhamdulillah ya rabb..

bismillahi walhamdulillah..

Saya sangat bersyukur. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat ini......


tenang tenang..





" ya Allah, kurniakanlah kami ketaatan menerima taqdirMU dalam segala keadaan.."



ameen ya Rabb..

Mar 25, 2010

Bismillahi walhamdulillah..





Tiada seorang pun orang suci yang tiada masa lampau

Tiada seorang pun yang berdosa yang tiada masa depan.




Untuk kalian yang menjadi asbab hidup ini lebih indah, sy doakan kebaikan kalian dunia akhirat.
Mari kita kuat. Bertatih dan jatuh. Bangkit dan terus.






Yang kekal menuntun,silakan. Jangan pernah lelah. Mohon langkah ini dalam nilaianNya..

Sungguh. Sy sayang kalian keranaNya. Dan makin sy tahu nilai sesuatu itu saat dia makin sirna dari pandangan.hilang dari genggaman.






Sy yakin rencanaNya adalah yang terindah.Pasti!

Allah ada = kuat


p/s : esok petang result 2nd pro..doakan yg terbaek dariNya.inshaAllah..



wallahu a'lam~

Feb 10, 2010

~AmiraAisya~


Mulus bayi itu
lahir ke dunia fana
dipundak terpasak amanah
menjadi khalifah ALLAH
dengan izinNya solehah

Dia menyambung cinta
Dia menyulam rasa
Dia mengundang rahmah
Dia menjalin mawaddah
ibu dan ayah...


Selamat datang ke dunia cinta
duhai anak...



12.08pm
09Feb2010
Ibn Sina


p.s: 1. dedicated to AmiraAisya (bukan nama sebenar) <3.37pm_08feb2010_2.8kg>
2. tahniah to k.yong!
3. jzkk,kak!


~posted by SatoharaMiki on behalf of aen_aisyah~

Jan 28, 2010

::mari bersenam::


bismillah..

~bersama menjaga kesihatan tulang~

...lecture pharmaco di Ortho Clinic,Hosp. Ampang...
270110
10am


p.s: 1.Gambar xbez sgt sbb gne kamera hp Miki-san yg xcanggih.. =p
2.Thanks to all docs yg sgt bez!!

~by; SatoharaMiki on behalf of aen_aisyah~


Jan 27, 2010

maghoh=kaloh


salam,
to sariat,..jgn maghoh2..nnt xjangok...=)
dari; ~aen_aisyah + SatoharaMiki~

Jan 26, 2010

::untitled::


Aku mahu bercuti
dari lakar senyum
bisa?

Temanku membalas dengan kerut wajah
dia tuntut haknya
hak manis wajah saudara

Aku direnggut letih
biarlah aku di ruang lapang
moga rasa-rasa ini indah ku anyam
dan rasa pincang ini sempat ku cincang
terus aku buang..

Aku dikunjung lelah
aku damba sela masa
biar teratur nafas ku hela..

Aku mahu bercuti
sebentar cuma
bisa..

Lalu usah ditanya mengapa..


Payung hatimu
Jangan biar rintik prasangka
membasah...



p.s : sekadar membantu
setakat termampu
harap ini membantu
~SatoharaMiki~

Jan 5, 2010

Nilai sebuah janji

Bismillahi walhamdulillah.

Sepurnama lepas seorang kawan sy minta sy berjanji dengan beliau. Sy keberatan. tapi hak seorang sahabat wajar sy tunaikan.

Sy cuma nak berkongsi. sebagaimana semua maklum antara tanda2 munafiq bila berjanji dia khianati. sy ingin ingatkan diri. ingatkan pada yang membaca. supaya akur pada janji. supaya pandai menjaga janji. supaya tidak berjanji sekirnya rasa ingin mungkiri itu ada di hujung hati.paling penting,jangan bersifat munafiq.

sy mohon moga DIA kurnia kekuatan untuk untuk mengotakan janji-janji yang telah dibina.

pernah tahu satu ayat. dari filem hindustan kot.huu.

1. Tunaikan janji-janji anda
2. Jangan berjanji.

jadi. sy rasa ingin buat yang ke 2. andai mampu, sy tak ingin berjanji lagi!


~ ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk menjadi hamba yang menjaga janji. Jauh sekali untuk mungkiri.Ameen