Alhamdulillah. Da nak masuk minggu ketiga sem 2. bila dibelek2 jadual, nampak padat gak jadual sem neh.hu.tapelah.Adat study.. kate sorg sahabat.huhu.Em.tapi agak seronok tajuk awal2 physio sem ni.Sensory nervous system..explore ilmu2 di samping mengagumi kebesaran Allah dengan ciptaan yang sangat unik i.e OTAK..Subhanallah. mekanisme yang sangat kompleks dan hebat dari PENCIPTA AGUNG..patutlah manusia dimuliakan dengan kelebihan akal yang dikurniakanNYA..Maha suci Allah Tuhan yang Maha Pencipta.
the precious creation
Yang seronoknya belajar sal pain..em.Pain..Sakit..Sakit selalunya dikaitkan dengan perasaan ketidaksenangan, gelisah dan sewaktu dengannya.dan selalunya semua orang nak elakkan sakit ni.Logiknya tiada orang pun mengimpikan untuk sakit kan? Tapi walaupun cmtu,semua orang pernah rasa sakit..Sakit kepala,sakit dada,sakit perut..n sakit hati pun..Tentunya ada hikmah utk sakit diciptakan.
Pain is protective sensation.
Adanya sakit, menyebabkan kita elak perkara2 bahaya.betul tak? Dadah.Kita elak sbb kita tahu ada banyak ‘sakit’ yang menanti.Kita tak men panas myb sbb tak nak sakit kepala..kita elak makan kat kdai makan yang tak bersih utk elak keracunan or sakit perut..kita tak membaca dalam suasana suram, sbab takut sakit mata..dan sebagainya..
Dan..kita elak buat dosa dan maksiat untuk elak hati kita ‘sakit’..kan?
Bukan tu je, dengan rasa sakit maka badan akan bertindak balas dan ber homeostasis serta compensate itu dan ini utk stabilize kan balik badan..
Dan..hati yang sakit mendorong iman melonjak resah untuk kembali padaNya kan?
Maka sakit itu lantas satu keperluan.
Marilah sama2 kita bersyukur atas ujian sakit itu kerana ia adalah petanda kita dalam pemerhatianNya..ia mungkin penambah pahala atau pengurang dosa..selaku hamba kita semestinya mendamba kedua2 nya.justeru untuk ujian sakit kita perlu menambah rencah redha dan rela.Moga kita sama2 termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur dan redha atas nikmat sakit…
Susah itu tarbiah
Sabar itu indah
Sakit satu anugerah..
~Bila engkau melihat segalanya dari TuhanMu
Yang mencipta segalaNya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab padaNya..