May 15, 2008

Di sebalik 15 Mei...

Pagi tadi saya sempat membelek sisipan Mega akhbar Utusan Malaysia.Muka depannya seorang nenek tua yang sedang memeluk seorang anak kecil yang wajahnya sangat tak bersalah.Tertulis tajuk besarnya "60 tahun Al-Nakba"..mungkin sebilangan kita mengetahui dan kebanyakan kita tidak tentang hari Al-nakba..dan saya hanya tergolong dalam sebilangan itu setelah habis membaca 3 halaman penuh artikel mengenai 60 tahun kesengsaraan Palestin dan yaumul nakba..

apa itu..
~yaumul nakba @ hari al-nakba @ Catastrophe

-penduduk Arab Palestin menganggap semua pengusiran dari kampung halaman dan sejak Mandat British (1920-1948) sehingga peperangan Arab-Israel 1948 yang menyebabkan 700 000 warga Arab Palestin menjadi pelarian sebagai Al-Nakba..

Sambil terus membaca artikel itu, tertanya sendiri apakah nasib Palestin langsung dipandang enteng oleh dunia. Saya bukanlah orang yang sangat mengikuti perkembangan politik dunia tetapi bagi saya isu palestin adalah isu umat Islam.sekurang-kurangnya bila disebut palestin, ada suatu rasa sensitif mengenang nasib saudara seislam di sana..lantas ada doa dikirim dari jauh..

Adakah zionis dan sekutunya terlalu dungu sehingga gagal untuk mendefinisikan kalimah keadilan dan belas kasihan dengan mata hati dan saya pasti murid PASTI Terusan Limbat pun boleh membantu mereka mendefinisikannya. Malah kian mereka bangga apabila mengendahkan suara dunia yang menentang penafian hak warga Arab Palestin secara total. Huh..hukum karma. Siapa kuat dia berkuasa..Benarlah kiranya kuffar laknatullah takkan pernah redha dengan umat Islam sehingga mengikut jejak langkah dan agama mereka dan dengan rahmatNya sekali kita dalam addin yang syumul ini, takkan pernah berpaling lagi hingga akhirnya. *amen*

Saya amat yakin, entry ringkas ini takkan membuka mata walau sepicing pun Zionis dan sekutunya untuk “bertindak lebih adil” pada dunia Islam. Sekadar meluah apa yang terkilas di hati. Serasa ingin bertanya pada diri sendiri dan kalian yang membaca..

Sehingga saat ini, apakah yang telah kita di bumi yang aman sejahtera ini sumbang pada saudara seislam kita yang menderita di sana?? Sampaikah saban hari kiriman doa yang menharapkan kesejahteraan dan keselamatan mereka dari kita??

Takala kita gembira bersantap bersama keluarga walau dengan kenaikan harga beras, mereka di sana kelapaaran kekurangan makanan dan kematian keluarga tercinta…

Tatkala kita senang memandu tanpa gangguan di jalan raya, mereka di jalanan membaling batu pada tentera bersenjata..

Tatkala kita meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi, cita-cita mereka langsung terkubur bersama runtuh sekolah yang dibom zionis tak punya hati...

Tatkala kita terlupa mendoakan keamanan mereka, terusan di sana ada tangis yang mengharap bantuan dari saudara seislam mereka.

Tatkala kita diuji nikmat sejahtera ,mereka dikurnia ujian sengsara…


~Ya Allah, kurniakanlah ketabahan dan kekuatan pada saudara kami yang dianiaya di bumi Palestin. Moga berlalu awan tahzan dan terbit fajar kesejahteraan buat mereka..ameen..


P/s: Bersama kita menyumbang apa yang termampu demi kemaslahatan sejagat.Muslim yang terbaik adalah muslim yang memberi manfaat pada orang lain..



4 comments:

Faiz Shukri said...

makhluk2 yang bangang macam zionis tu memang takkan faham pun apa yang kita ckp ni..lebih2 lagi kalau benda baik dan betul..lagi diorang tak paham..

takpelah, at least kita dpt sedarkan kita umat Islam..spy kita igt kat saudara seIslam kita kat sana..sekurang2 kirimkan doa..tu kan senjata utama kita orang Islam..kita tak payah risau apa sebab kita ada Allah di sisi kita :]

aen_aisyah said...

em.btol la tu.
slagi DIA di sisi,tak siapa mampu atasi..
Allahumansuril islama wal muslimin fi kulli makan..

pulasan007 said...

Dr. Yusof Qardhawi baru2 ni jmp ngn 2 org rabbi.beliau menegaskan umat Islam x pernah membenci org Israel,yang umat Islam benci dan melaknat ialah zionis.

n apa yg menarik ms derang berjumpa tu,rabbi tu ckp,org yahudi yg btol2 ikut kitab x penah setuju n sokong tndkn zionis ke ats penduduk Palestin.bahkan,derang mengutuk n menentang tindakan tersebut.

masya-Allah.btolkan pndgn kita terhadap bani Israel.derang x bersalah,yg bersalah ialah zionis.nk tau sapa sbnrnya bani Israel?tgu post hamba nnt.keh3x

kaiy_ium said...

dahsyat nye kak syah...
memang patut pun hari al nakba ni lebih diangkat berbanding holocoust

apapun, semangat kak syah!!