Jun 19, 2008

Kek Coklat Untuk Ayah

“ Kak aen, gula halus nak bape cawan?”
“ Umi, tolong kacau atas dapor tu..”
“Itah, g men luar nuh.jange men la tepung tu..”

Huhu.15 Jun 2008.Suasana yang ‘besh’ di dapur tadi.hu.Gara-gara nak menyiapkan kek coklat secara ‘berjemaah” untuk ayah.huhu. Semua orang nak menyumbang saham.hehe..mcm biasalah.lau da berkumpul tu takkan nya senyap dan sopan. Agak meriah la jadinya.
Lucu betul bila kak menyuarakan ‘hasratnya’ untuk menjadi pengajar ‘akademi kek coklat’..haha.serasa saya (yang ‘bakal’ dilantik jadi pengetua akadimi kek coklat oleh umi nes.hahahu)lau kak jadi pelajar pum terkeluar tak sampai minggu kedua (ampon,kak!!)huhu..Asma’ pula dah makin pro.heh.kitorang slalu panggil dia amatur.tu yang dia tercabar tu.heh.kecoh2 pun saya rasa sgt senang dlm situasi ni… Ayah suka makan kek coklat yang kami wat.katanya gula terkawal.kek coklat kat kedai selalunya manis2.huhu.Ayah tak suka p hospital jd kna lah sgt mnjaga kesihatan..huhu.
Kek coklat untuk ayah..


Masuk tahun ni,ayah sambut hari bapa yang ke 30 kali da..Saya kira 30 tahun menjadi seorang ayah yang dedikasi dan hebat bukan tempoh yang sekejap. 3o tahun ni, kalau pokok durian dah lebih setinggi berdiri saya (heh.tinggi amat la saya nes..hu).da dpt makan hasil da.. 30 tahun, lau orang, da pandai atur hidup sendiri dan leh jd ayah balik da..em.Tempoh yang bukan sekejap.Tempoh yang tidak sebentar untuk menjaga kami adik beradik hingga ke seusia ini. Tempoh yang agak meletihkan untuk melayan karenah dan keletah kami tanpa jemu.Dek tempoh yang selama itu, tidak sedikit didikan yang menjadi inspirasi kami untuk menjadi manusia walau hakikatnya banyak lagi yang kami dambakan untuk teruskan kehidupan..Yang pasti jasa ayah kan kami kenang dan hanya Allah mampu membalasnya.

Ayah sangat sukakan sastera. Ayah sangat besh dalam menghasilkan sajak yang besh.huhu.dan ayah selalu terlibat ngam aktiviti DBP.Waktu saya kecik dulu (tak besa2 ag pun skam.heh) bila ayah wat sajak saya la orang pertama berebut nak baca..walaupun tak la faham sgt2 pe maksudnya.tapi saya sgt suka sajak2 ayah..mungkin tu antara sebab saya berminat ngam puisi2 ni. Terdedah sejak kecik..Saya nak besh macam ayah gak dlm wat sajak.tapi tah la bila baru leh wat mcam ayah.hu..

Hmm..
Selamat Hari Bapa untuk ayah aen (Salahudin Yusoff) yang besh..Moga ayah sentiasa dalam lindungan Allah dan dikurniakan kesihatan untuk terus menuntun kami adik beradik..terus dalam meneruskan hidup ni.Aen doakan yang terbaik untuk ayah.Seinfiniti terima kasih atas segalanya.Alhamdulillah..atas nikmat kasih seorang ayah.. I love U.much3!!Ayah…



1 comment:

mAtTpEeT said...

wah... ayahande yg sasterawan negare. mintak satu puisi bley? hehe