Dec 31, 2009

=)





" Yang tahu itu usah ragu yang mahu itu usah malu kerna hidup ini hulur peluang pada yang baik dan mainkan peranan tidak untuk yang tahu dan diam sambil menjadi pungguk rindukan bulan dan akhirnya tertinggal terus di belakang! terus! lambat bukan soalnya.mahu atau tidak..semampunya~"

Dec 30, 2009

s e n y u m !



Senyum tanda tabah!!

Dec 27, 2009

tagged!

Salam.

entry ini adalah lantaran di tagged oleh anas(muslimcountrykid.blogspot).wu.cam pasrah je.heh.aasif jiddan. ksyah lambat pos.he.exam2.=)

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?-

Sejak di Maahad Muhammadi lilbanat. Di sekolah,BADATI adalah badan dakwah yang mengerakkan usrah ni. Bila naik tingkatan 5, usrah diwajibkan kepada semua pelajar. Samada jadi ahli atau naqeebah. Ingat lagi ayat ustaz Harun bila kami bertanya tentang usrah yang diadakan setiap petang rabu.. Pilih samada nak jadi ahli atau naqeebah! Hu. Ketegasan beliau mengerakkan medium penyubur rohani anak-anak didiknya sangat hebat. Sesiapa yang tak hadir tanpa alasan akan dirotan di medan thobur.wu.Moga Allah menilai usaha beliau dan kurniakan ganjaran yang hebat.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah??

Semasa di tingkatan 1, usrah belum diwajibkan.maksudnya terpulang pada inisiatif individu sendiri. Ada seorang kakak BADATI (gagal untuk ingat nama kak.wu.aasif) tanya sy. Aisyah join usrah tak? Sy diam. Dan kakak tu cakap. Aisyah, usrah ni penting. Lebih penting dari nasi kat kantin.Kalau budak maahad pun tak join usrah, sangat rugilah. Lepas borak ngan kakak tu, sy malu sendiri. Salah ke tak join. Ramai je kawan2 yang lagi baek dari sy ( tak bermaksud sy baik.wu) tak join pun. Sekarang sy mula faham maksud kakak tu. Moga Allah terus merahmati kak.

Sehingga sekarang sy pegang 1 prinsip. Sy tak mahu jadi biri2 seekor yang terpisah dari kumpulan lalu terdedah kepada terkaman musang yang makin meliar hari ini. Sedang sy faham tuntutan dan keperluan itu.Cabaran hari ini berbeza dengan 7,8 tahun dulu dan 12,20 tahun akan datang. yang pasti sy tak mampu tahan semua itu sendiri.


[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

If u wanna go fast, go alone. If u wanna go far go together.
Saya mahu pergi jauh bersama-sama. Mari!

“ Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan mudah diperoleh dan perjalanan yang tak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah “Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu. Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang yang berdusta.”

Surah At-taubah; 42


[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Syukur.Tenang. Tak tahu nak ckp ape=)

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah


- Saya makin tahu apa yang saya perlu tahu dan buat dalam hidup di sini dan di sana.
- Saya rasa disayangi.hu
- Ilmu yang diperoleh buat sy rasa kerdil di sisiNYa dan mahu mencari.terus.
- Saya tenang dalam majlis ilmu inshaAllah taman syurga di dunia.
- Saya mahu orang lain dapat dan rasa apa yang saya dapat dan rasa.


Sungguh!Benar sekali yang hebat sebenarnya bukan kerana kita yang hebat tapi kerna Allah yang menghijab aib kita semua dari pengetahuan orang lain. termasuk saya. tiada lebihnya pun berbanding sahabat2. tapi mari kita sama2 usahakan untuk mencari serpih redhaNya. kerna akan datang satu waktu semua di dunia ini dan alam seluruhnya akan hancur menjadi debu2 tetapi yang kekal dan agung hanyalah Allah s.w.t.sungguh,hari itu adalah janji DIA dan janji Allah itu pasti berlaku!

Selamat~

Bismillahi walhamdulillah..

Kembali =)

Moga tenang dalam usaha mensyukuri nikmat terbesar Nya. InshaAllah.

Cuti bermula. Sy masih di sini. Melangsai hutang tanggungjawab. Berkira-kira untuk memanfaatkan cuti sebaiknya.hu.inilah niat setiap kali permulaan cuti. Usai cuti wajib ada sesal kerna tidak seperti ingin di awalnya.he.

Sekadar berkongsi pesanan seorang sahabat yang lupa di mana beliau terbaca ayat ini.

“ If you wanna go fast, go alone..
If you wanna go far, go together.”

Sy mahu sambung. Let’s go together. Kita mahu pergi jauh, bukan? Jauh hingga mampu gapai redha DIA..InshaAllah.






"Pantas bisa buatmu lelah di tengah
Tambah jiwa seorang sering rentan dengan ujian
Meski jauh tapi punya teman
Rebahmu bisa terpapah
Lelahmu terbabas ke sungai pasrah
Yang muhim, tangan DIA di atas tangan-tangan ‘KITA’
Bukan di atas tangan ‘SAYA’."

p/s :

1)untuk sahabat2 yang mula bercuti, selamat semuanya. Sama2 manfaatkan. Kita hanya mampu sentuh sekali air yang mengalir di sungai. Tidak dua mahu tiga. Sekali dia berlalu yang lain pula akan menyusul. Jangan lupa untuk sangat menghayati dingin air itu. Dinginnya takkan sama untuk yang seterusnya =)





wal'Asr. innal insanalafi khusr~


2) Kak Z & keluarga, moga tabah dengan pemergian allahyarham. moga Allah terus rahmati kak sekeluarga. alFatihah.

3)Nadiah baek yang baru kembali sekolah, kuat2 ya. Kamu orang hebat!

4)Umi ayah,aen nak balik! tunggu neh..

Dec 26, 2009

InshaAllah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009


~ teruslah mencari!InshaAllah, we'll find the way T.T

Nov 23, 2009

Manusia sering buta..
akan kasihNya yang tersalur indah..
Tak menjelma di mata..
tak bermakna tiada..
tak terukir di hati..
tak bermaksud memungkiri.

untuk kalian yang menentuh hati,
terima kasih daun keladi.
=)

Nov 22, 2009

=)

I love the man that can smile in trouble that can gather strength from distress, and grow brave by reflection...and he whose heart is firm.

Thomas Paine (1737-1809)

Nov 20, 2009

Hari ini hari jumaat

Bismillahi walhamdulillah.

Kembali.

Sihat semuanya ya? Alhamdulillah.

Rasa kemarau semacam blog ni.nak kata kemarau, hujung tahun selalunya tengkujuh kan? he.mungkin kurang disiram. Kot. Mungkin juga aura menulis makin hilang.harapnya tidak. =)

Minggu lepas belajar tentang nutrisi. Mari kawan-kawan! Kita makan makanan yang berkhasiat.halaalan toyibba.





Lama juga tidak bersenam. Otot damba diregang. Mari! Kita pergi beriadhah!!


Saya sudah rasa sihat. Anda?


p/s : Selamat hari lahir untuk dia yang dah berumur 22 tahun 18 Nov lepas.Untuk kamu~


Oct 31, 2009

ombak semakin letih..

Bismillah walhamdulillah.

Selepas menjengah ombak di pantai Irama, dapat pengajaran dari ciptaanNya yang indah itu. Bijak dia mengurai gundah.Agung DIA melepas resah.






Maka berkira-kira untuk kembali ke tempat pertarungan wajarnya dengan semangat baru. Celaru dan haru dengan hamburan pendidik disayangi untuk hasil yang tidak memuaskan bakal bertukar jadi nasihat yang sarat dan semangat yang melonjak~







Menghadap semester baru yang lebih mengujakan jika tidak kuat ke Jordan nanti dengan rasa tidak enak.Tidak mahu bukan?





Mari!
Berakit ke hulu berenang ketepian.
Bersakit dahulu bersenang kemudian.






~esok kembali sekolah!

Oct 30, 2009

anNasr~






In The Name of Allah, The Beneficent, The merciful

1. When there comes the help of Allah and victory,
2. And you see people entering Allah's religion in multitudes,
3. Then celebrate the praise of your Lord and seek His forgiveness, (for) surely He is Oft-returning (to mercy).


~ the time will come..

Oct 28, 2009

kalau....

Bismillahirrahmanirrahim..

Diam tak diam dah habis 1 semester di tahun 3.wah.serasa amat pantas masa berlalu. Dah nak masuk sem 2.yang pastinya akan berlalu lagi pantas sebab 2nd pro exam menanti di hujungnya.he.tiba2 cuti ini tidak semacam cuti. Heh.macam tak bersyukur pulak penyataan ni.heh.astaghfirullah..kebanyakan kita rasa begitu bukan.lelah usai exam bercampur resah menanti result yang kedengaran tidak berapa enak. Tidak ditambah perencah masalah kehidupan lain.heh.

Pernah tak rasa mahu lambatkan masa? Selalunya di saat2 menggembirakan. Sangat tak nak masa berlalu cepat dan ingin berlama2. Seringnya begitu.

Pernah juga kan ingin cepatkan masa? Moga yang pedih2 itu pantas tinggalkan kita. Yang sedih2 itu itu tidak melakar luka lama dan yang sakit itu cepat sembuhnya..sering juga begitu.

Kalau masa boleh dilambatkan…kalau masa boleh dicepatkan…kalau begini..kalau begitu…kalau..kalau..

Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawaRasulullah bersabda : Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai daripada seorang mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan. Ingatlah apa-apa yang memberi manfaat kepada kamu hendaklah kamu merasa tamak dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu berputus asa. Dan jikalau sesuatu (kerugian) menimpa kamu janganlah kamu berkata ; Kalau saya berbuat begini atau begitu , pastinya perkara itu tidak akan terjadi. Akan tetapi katakanlah ; ini kerana ketentuan Allah, maka apa yang DIA kehendaki pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan ‘kalau’ membuka pintu bagi syaitan bekerja. (HR Muslim)

Keterangan : Seseorang yang berkata “ kalau aku buat begini tadi sudah tentu tidak akan terjadi seperti ini.” Perkataan seperti ini adalah dilarang selagi ia bertentangan dengan taqdir, merasai penuh yakin dengan usahanya dan dia berakidah bahawa kerja-kerjanya sedikit pun tiada kena mengena dengan taqdir. Dalam keadaan seperti ini syaitan telah berjaya meroskkan keyakinan seseorang pada taqdir Allah.

Peringatan buat diri dan teman2. Sungguh yang dah berlaku mahupun akan berlaku dalam perencanaan Dia. Yang terbaik DIa aturkan untuk kita. Berhentilah mengeluh untuk hikmah yang belum kita ketahui indahnya. Sakit kita berjalan tanpa kasut sakit lagi diluar sana yang tidak punya kaki. Kita mungkin terlepas segelas milo ais tapi ada yang terlepas 1 jag carrot susu yang sangat besh.

Percaya atau tidak, yang pasti andai kita redha dengan ujianNYA, Dia redha dengan kehidupan kita dan seluruhnya. Mudah lidah bicara tapi lelah hati menanggungnya tapi kuat bila yakin DIA tidak pernah tinggalkan kita jauh sekali menganiayai hamba-hambaNYa yang lemah. Seperti kita..jadi.jangan lemah.jangan lelah.DIA ada. Ada cahaya di hujung terowong gelap itu. Justeru..Terus!!






~ Cukuplah Allah bagiku DIA yang terbaik tempat aku bergantung..

Oct 25, 2009

Bismillahi walhamdulillah..

Sungguh hari- hari berlalu..
Tersusun ibrah dan hikmah
Sedang yang lelah bersandar di tiang menumbang
Tidak sekadar Katsana yang menggoncang
Tapi luntur kepercayaan yang mencincang

Teruslah dengan tarimu yang sumbang
Andai serasa lahadmu takkan menyempit
Hingga merapat rusuk

Teruslah menabur benih hitam
Andai serasa mizanmu nanti
Buah noda tidak memberat ke neraca dosa

Teruslah memaku fitnah
Andai serasa siratmu nanti
Bisa seluas jambatan Pulau Pinang

Teruslah menzalim jiwa tulus
Andai serasa
Gaung jahannam tertutup
Untuk insan ‘mulia’ sepertimu..

Teruslah
Buat apa sahaja sesukamu
Tapi
Biarkan Allah jua
Menghitung sesukaNya

Tika itu,
Usah rintih maaf dariku
Tidak lagi ampunNya untukMu.
Kerna nasi bukan sudah menjadi bubur
tapi tercurah ke tanah
disantap ayam itik yang lebih mulia
dari makhluk yang sering rasa dia begitu.
Sedang tidak!

~ Aq pohon hati sarat dengan serpih tenang dari Mu Tuhan... dan hidayah untuk makhluk yang dambakannya.


1242 a.m
111009
Sudut.

Sep 24, 2009

Sanah helwah nija!!

salam..

waah. cepat betul masa neh..esok dah nak ke kl balik da..
exam pun dah tak lama.hu.hari2 lepas cuti yang ngeri dan syahdu.heh.

~kepada nija yang sudah tua hari ni..hehe.
selamat hari lahir,deq =)..moga kuat selalu dan sentiasa lebih baik dari semalam.
thanks 4 always being there 4 me! get blessed..

Jadilah baik!

Sep 19, 2009

Allahuakbar.. Allahuakbar..Allahuakbar.. Walillahilhamd..

Salam Aidilfitri 1430h.
Kullu Aam Wa Antum Bikhair


Maaf Zahir dan Batin


~Sebulan kita mentarbiah diri
Sebulan kita mendidik nafsu
Sebulan kita menghindar dosa
Moga istiqamah mengambil tempat di raja jasad..


Sep 17, 2009

Nak raya dah?

Salam..

Indah sungguh rasa balik rumah ni kan? Nak2 musim raya ni. Rasa yang selamat.Alhamdulillah.pagi tadi sampai kat rumah dengan selamat. Sampai2 rumah, kak tengah buat biskut raya sorang2.Tape2. pembantu yang setia telah tiba.hehe.pembantu ke pembantut neh? Hu.. tiba2 sangat kejap je sebulan. tinggal sehari dua lagi kita akan sambut hari raya. sangat sekejap kan..em.

Waktu kecik2 dulu selalu dengar orang cakap raya ni budak2 je seronok beraya sebab bila dah besar dah tak seronok dah.hehe. mungkin yang rasa macam tu sebab lau kecik2 dapat duit raya lau dah besar kena bagi duit raya..hehe.

Apapun, terpulang pada definisi raya individu tu sendiri. em. Lau rasa raya tu adalah biskut raya 7 balang setengah beserta baju raya 3 raya pasang maka tanpa yang disebut itu tiadalah raya. Lau raya itu adalah duit raya penuh poket maka jika separuh atau suku poket tidaklah namanya raya. Dan lau raya itu adalah hari kemenangan maka tanpa satu rasa yang berjaya ‘membasuh’ hati yang keruh dan menyental jiwa yang melusuh maka tiadalah erti raya. Kan?

Indah2 balik kampung ke pangkuan keluarga dan sanak saudara semua ni, indah lagi rasa kembali ke fitrah yang suci dan pencucinya adalah ramadhan almubarak.

Analogi mudah.

Sekian lama bergelumang dengan kesibukan kerja dan belajar dan ingin kembali ke kampung halaman. Ingin kembali banyak amat cabarannya. Nak balik dengan bas kena beli tiket. Lagi syahdu lau dah abes dijual. Nak balik dengan kawan mungkin ada mungkin tiada ruang sudah. Nak balik dengan abang terasa agak lewat sampainya di malam raya nanti memandangkan cuti bermula awal.. Tapi yang pasti ingin pulang. Dah dapat pulang, dalam pada seronok ditemani lagu ‘ Balik Kampung’ oleh Sudirman sesak pula jalannya. Jem dan sebagainya. Dan risiko terlibat dengan kemalangan tidak sedikit tapi stress membukit. Terus hati perlu tenang jiwa perlu sabar. Tidak cukup minyak kereta perlu diisi penuh, kad touch n go perlu di top up dan kereta mestinya diservis dahulu.moga perjalanan nanti lancar sahaja. Lantas perjalanan yang penuh berhalangan itu amat indah sejejak kaki di laman rumah dan sesudah salam dengan ayah bonda bukan?

Maka begitu juga tarbiah ramadhan, sekian lama hati terendam mazmumah yang memekat dan jahiliah yang menjerat. Ingin kembali ke fitrah. Ingin pulang ke pangkal jalan dan berhijrah. Mediumnya sudah ada. Wadahnya tersedia. Servis diri dan top up amal serta taqwa. Risiko2 terbabas dari memperoleh ganjaran solid dariNya seperti merela diri terus tenggelam dalam sungai lagha dan ‘thabat’ dalam berbuat dosa wajarnya ditepis dengan hayunan iman yang mekar dek nafsu yang terdera dengan lapar dan dahaga. Wajarnya begitu bukan. Tetapi realiti, ramai yang isi minyak cukup2 sahaja lantas di pertengahan ramadhan saf2 makmum di masjid berkurang mendadak dan sepuluh malam terakhir ramai memenuh di KB mall atau Jalan TAR dan mengurang di surau dan masjid. Terus, sampai atau tidak ke destinasi? Tepuk dada Tanya iman.

Justeru,hadiah Ramadhan ini adalah untuk semua hamba yang meyakini kalimah syahadah. Bagaimana untuk menghargai dan menghayati terpulang pada kadar iman dan taqwa yang tersema di dada. Tamu agung ini sudah ingin beredar. Bersua atau tidak di masa nanti hanya DIA yang maha mengetahui. Sekiranya berpeluang Alhamdulillah tapi sekiranya tidak, beruntunglah yang memanfaatkan sebulan ini dan istiqamah seterusnya tapi rugilah bagi yang mensia-siakan peluang yang dicampak ke riba tapi dibuang ke tanah begitu sahaja. Na’uzubillah.

Masih ada 2 hari. Mari! Kita manfaatkan!!

~ Untuk yang akan pulang ke kampung halaman, pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang..=)

Aug 24, 2009

ahlan ya ramadhan~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan ya Ramadhan..



Bertamu kembali duhai tamu agung
Syukur diberi peluang dan ruang
Pohon kekuatan tuk manfaatkan~

Allah..
Kurniakan kami kekuatan untuk berlama di sujud mohon nasuhaMu.
Kurniakan kami keindahan rasa dalam menjauh laku yang mengundang murkaMu.
Kurniakan kami kemahuan yang tiada hingga tuk istiqamah di jalan redhaMu.
Kurniakan kami tuntunan tuk menjadi hamba rabbani tidak hanya ramadhani.


“Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil ‘alamin..”


Buat sahabat2 perindu malam lailatul qadr,

Selamat menghayati ramadhan al mubarak.. Selalunya manusia akan lebih menghargai peluang terakhir. Sama2 kita manfaatkan peluang ini. tiada siapa tahu nasib di hari esok lebih-lebih lagi di ramadhan yang akan datang. mari! kita manfaatkan!! selamat berpesta ibadah~

wassalam.
Memori itu
Punya ruam yang menyakitkan
Perit nanah bersimbah
Lantaran ada yang rasa berkuasa
Kerna bersimpuh di takhta ampun
Lantas terus lupa
Ada jiwa yang tersiksa
Dek pintas tak berbalas
Salah tak bermaaf

Kali ini
Biar lidah berteleku
Kelu
Kerna pasti sekali
Alun lidah andai tersalah langkah
Selumbar kata terus ke raja jasad
Diam menetap
Luka berulat

Dan dia tega berhasad
Damai melesap..

2.26 am
190809
pm~

Jul 10, 2009

~



“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu maka tidak ada apa yang dapat menghilangkannya kecuali DIA. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu maka tiada yang dapat menolak kurniaNya.Dia memberikan kebaikan di antara hmba-hambaNya dan DIalah maha pengampun lagi maha penyayang."
Surah yunus;107


Allah.Aku sedang lelah.Mohon belasMu menyimbah~


Saat pantas berlalu.terus dan terus. Golekan dadu yang membantu tidak seringnya enam.selalu juga dua atau satu yang menang.moga kita semua kuat merintang ujian.ya!inilah kehidupan!! Terus!!!

Jun 7, 2009

wah.esok dah mula sekolah~


Bismillahirrahmanirrahim..

em.sihat dan tenang semuanya ya?moga begitu selalu.hu.

wah.tiba2 sy rasa masa sangat cepat berlalu.sy dah pun habiskan 39 hari bercuti dengan seronoknya.seronok?mungkin=). dan esok kembali.alhamdulillah.kembali ke fakulti yang sama tapi dewan kuliah yang berbeza.ibn sina Lecture hall.untuk tahun 3 yang semestinya lebih banyak dugaan berbanding 2 tahun yang dah pun berlalu..sering juga mencongak2 tahun. kerana totalnya 6 tahun.wah.masih 4 tahun untuk habiskannya.em.moga tahun2 ini dan akan datang berlalu dengan indah.definisi indah yang sangat variasi untuk berbezanya individu.

ada satu hari tu, saya berbual dengan cikgu sekolah lama saya.dia bertanyakan pengajian sekarang.he.saya pun ada mengeluh lambatnya nak habis belajar.hehe.dah agak akan dapat sesi motivasi percuma.saya rindu tapi. mengolah ayat beliau. grad bukan kayu ukur untuk kita boleh berhenti belajar.belajar adalah untuk seumur hidup.ada hadith baginda.utlubul ilm minal mahdi ilal lahd~tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. belajar tu kebajikan dan lebih indah diniatkan keranaNya.setiap langkah ada nilaianya. dikira syahid seandai meninggal dalam tempoh menuntut ilmu.jadi lebih lama kita belajar lebih lama kita dalam lingkungan rahmatNYA.apa sahaja ilmu yang DIA redha.

Lantas bersyukur kerana dikurnia peluang untuk belajar. masih ada di luar sana yang ingin tapi tidak berpeluang dan berkesempitan.betapa saya mengkhianati nikmat ini jika tidak memanfaatkannya. semakin sedar bahawa saya diberi peluang untuk membuat lebih banyak kebajikan dalam hidup yang singkat. sebenarnya milik kita adalah apa yang kita beri dan kongsi. sebenarnya not biru, hijau atau merah mahupun biru kundang dalam purse hijau BUM saya bukanlah milik saya.Ia akan jadi milik saya bila ia diguna mengikut syariat. contoh mudah ke tabung masjid beserta ikhlas. maka pahala yang dijanjiNYA itu memang akan menjadi milik saya. tapi selagi ia dalam purse tu mungkin hilang mungkin juga akan ke shopping complex untuk berhabisan tanpa kawalan.sebegitu sahaja. ia belum tentu milik saya. rahmat Allah bagi orang yang memperuntukkan hartanya untuk infaq dan dibelanja ke jalanNYA.

Sama seperti masa.

Ia bukan milik saya.sesaat pun bukan. tapi ia akan jadi 'milik' saya seusai saya menggunakan masa itu sebagaimana disabda baginda dan difirmankanNYA. maka dengan belajar dengan ikhlas keranaNYA adalah salah satu cara jika saya ingin masa itu menjadi 'milik' saya.balasanNya jika tidak di sini mungkin di sana. paling utama redhaNYA dalam tiap langkah hidup yang sangat fana ini.moga saya yang sering leka sedar bahawa masa itu beserta dengannya amanah dan tanggungjawab yang bakal disoal. Astaghfirullah..

sukar itu indah bila pergantungan utuh pada Allah.

lelah itu indah bila tiap hela nafas berhembus kerana Allah.

'ya Allah,aku hamba yang lemah ini dambakan hati yang kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang..'

buat sahabat2 year 3 yg disayangi, selamat kembali. kita akan bersungguh lagi bersama2. moga bukan untuk periksa di hujung semester dua semata tapi dana untuk dunia yang kekal selamanya. chayok2!ijtahid!

~ hidup ini hanya sekali.jadikan ia bermakna. mati itu juga sekali. berusahalah moga dalam redhaNYA..

Hancurkan rasa memiliki

Saat hati melonjak
Merasa wajar melindungi
Berasa amanah bersandar di sisi
Usah lupa
Bahawa kita sekadarnya asbab
Pada sebuah taqdir yang ditadbir

Hancurkan rasa memiliki
Moga hatimu tenang
Segala rentak hidup yang mendendang
Itu dalam rencana
Ia bukan kebetulan atau tidak sengaja
Kerna di balik tiap helai peristiwa
Ada juta hikmah berganda

Hancurkan rasa memiliki
Moga nanti kau kembali sedar
Bahawa penentu segala
Bukan dek rancang kita di kertas putih
Bukan kerna legam dakwat di mana pena bertatih
Penentunya adalah DIA

Hancurkan rasa memiliki
Moga akalmu rasional
Bahawa nyawa di jasad-jasad kesayanganmu
Bukan milikmu
Terus
Ia adalah nikmat pinjaman
Bagimu biar mengerti
Taburlah kasih sayang
Selagi ia terpinjam
Buat keluarga dan seluruhnya
Kerna saat tamat tempohnya
Usah kau tangisi
Suatu yang bukan kau miliki
Tetapi peluang yang dipersia
Dan ego yang membaja

Hancurkan rasa memiliki
Moga kau yang beriman
Akan terus mengimani
Bahawa hanya kepada Allah
Seluruhnya bakal kembali
Tidak esok hari ini…

Hancurkan rasa memiliki…




aen aisyah
mahkota cheras
1229 p.m
070609







Jun 3, 2009

Dia yang pasti mengerti=)

Bagi seorang itu, dimana ada kemahuan di situ ada jalan
Bagi seorang ini, dimana ada simpang di situ ada traffic light.
Traffic light yang ada 3 warna.
Hijau. Silakan.
Merah. Jeda.
Kuning. Sedia.

sudahlah kuning, jalan sehala pula.

Maka bila hijau, eh..sila .gerak. jangan nanti kuning lagi..

Dia senyum kembali.


Saya sedia dipersila untuk jeda.

~ jangan menangis lagi

Jun 1, 2009

Eh..ewah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama dan selamanya saya mohon perlindungan Allah dari godaan syaitan yang direjam dan emosi pincang yang terpendam.saat ini diri dilanda kegeraman.lantaran tertonton rancangan yang bagi saya cukup menjentik maruah. secara peribadi saya sangat alah dengan kebanyakan rancangan tv sekarang.samada menonton atau terpaksa mengawal lidah dan emosi dari dosa kering atau terus jangan menonton sedari awal.

Saya kehairanan melihat seorang ibu a.k.a pengacara boleh terlonjak-lonjak galak bersama lelaki pangkat adik a.k.a pengacara tapi tetap haram hukumnya bergaul sebegitu. Rancangannya cuma lah siapa paling boleh membina ayat tanpa tersekat-sekat.Memasukkan gelang getah sebanyaknya ke dalam kon yg tersedia.dan beberapa lagi . Serasa saya tanpa tergedik2 di pentas dengan iringan lagu dangdut yang mencacatkan pemandangan dari kaca mata seorang muslim yang melafaz syahadah itu boleh sahaja program itu berjalan dengan meriah. Mungkin lebih meriah dan terarah.

Saya semakin hairan dengan kehadiran penonton yang tidak penat bertepuk tangan menyokong pasukan biru,merah atau pun kuning itu.Seolah besar benar ganjaran tepukan itu. semacam hebat sungguh galakan dan sokongan padu. hakikatnya tidak sedar ada pihak mengaut laba sedang mereka mengaut dosa.maafkan saya.bukan maksudnya saya terlalu sempurna untuk menghukum anda berdosa tapi mari kita kembali kepada hadith baginda s.a.w.

Rasulullah bersabda :
" Allah sangat murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan jahiliah dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seorang tanpa haq." (riwayat Tabrani. Diriwayatkan juga oleh Bukhari dengan sedikit tambahan)

Baiklah saya berdiri di atas papan realiti sekarang. semua maklum, masyarakat dilambakkan dengan rancangan realiti tv dan pelbagai agenda hiburan songsang yang kian hari kian menipiskan ozon iman masyarakat. semacam tidak cukup program2 hiburan yang melubangi jiwa2 insan yang yang makin kontang. makin ditambah-tambah lagi. tambah lagi. makin berlubang. sudahlah air pengisian rohani tidak sebanyak mana dituang ke kelongsong jiwa itu, bocor dan berlubang pula..hanya forum perdana ehwal Islam sejam seminggu yang diselangi 4,5 kali iklan.dan beberapa lagi yang mampu dibilang jari.maka bagaimana? Sahabat yang dirahmati Allah, mari kita renung bersama..

Firman Allah s.w.t :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui."
(Al-ankabut : 64)

Sangat ingin memperingatkan diri sendiri dan kalian semua, dengan usia yang kita tidak tahu sampai bila ini, kita sangat bersungguh mempersiapkan diri dengan belajar bersungguh-sungguh dan menanam impian menyambung ke peringkat tertinggi moga terjamin masa depan kita dan keluarga. moga nantinya punya rumah besar, kereta selesa keluarga sempurna.

Sahabat sekalian, masa depan yang kita bicarakan itu mungkin sehingga usia 63 tahun atau lebih dan tak mustahil kurang.tetapi persiapan kita untuk menselesakan kehidupan adalah sedari darjah 1, sekolah menengah seterusnya universiti tidak cukup master terus ke phD.tidak genap segulung ditambah dua tiga..dengan harapan hidup terjamin dan selesa..tetapi bagaimana ya persiapan untuk suatu kehidupan yang kekal?yang tiada penghujung? yang kita mengimani akan berlaku suatu masa nanti? maka serasanya cukupkah 63 tahun atau lebih dan tidak mustahil kurang itu kita persiapkan untuk selesa ke akhirnya. Kita beriman adanya hari itu bukan?

Firman Allah s.w.t :
" Dan alam akhirat adalah tempat yang lebih baik dan tempat yang kekal abadi.." (Al-a'la : 17)

maka bagaimana?

Firman Allah s.w.t :
" Dan carilah apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadamu ( kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) di dunia ini..." (al-qasas: 77)

Imam Ibn Kathir berkata "dan janganlah kau lupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) di dunia ini" bermaksud ambillah apa yang diharuskan Allah daripda makanan,minuman,pakaian tempat tinggal dan perkahwinan.(Dan ingatlah) Tuhanmu ada hak ke atas kamu, dirimu ada hak ke atas kamu, keluargamu punya hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Justeru berilah setiap mereka yang berhak di atas haknya.

Bukankah Imam Ghazali mengumpamakan dunia sebagai ladang kepada akhirat. Kita bakal menuai apa yang kita tanam.Ingin tuai tomato jangan ditanam benih durian. ingin menanam buah kechupu janganlah mengharap strawberi nantinya..moga setiap amalan kita dari sekecil-kecilnya hingga sebesarnya kita diniatkan untuk gapai redhaNya.inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil 'alamin..Iman yazid wa yannqus.Semua maklum. Iman bertambah dan berkurang. Saat ia naik, mari kita mengingatkan.saat ia turun redhalah untuk diperingatkan.Tiada siapa yang sempurna melainkan DIA.

" Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal sebagai persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah yang mengikut hawa nafsunya(di dunia) kemudian mengharapkan kemurahan Allah tanpa beramal soleh."
(riwayat Tarmizi)

Wahai diri dan sahabat yang dikasihi,
Mengolah nasihat seorang yang sangat saya hormati. Muslim apa yang taknak jadi Muslim yang sebenar-benar Muslim sehingga memilih2 apa yang ingin dipraktikkan dan memilih2 maksiat mana yang ingin dijauhi.Kata beliau lagi walau apapun nasihat kita,kalau nak jadikan hawa nafsu sebagai penenang hati, nasihat pasti takkan memuaskan.Kata2 Saidatina Aisyah r.a "Jangan fikir besar mana maksiat yang kamu pilih nak buat tetapi fikirlah dengan siapa yang kamu akan berurusan apabila membuat maksiat tersebut."

Allah itu maha luas rahmat dan pengampunanNYA. maha pengampun dan penyayang. maka, kita hamba yang lemah dan mungkir ini, jangan pernah lelah untuk pohon keampunanNYA.
Semua hamba berdosa tetapi sebaik-baik yang berdosa adalah yang memohon taubat.

Mari kita menjadi sesuatu hatta satu titik yang menyumbang terhadap kemaslahatan ummah hari ini.Biarlah hanya satu titik sumbangan kita, kita mampu padukan titik-titik itu. akan ada kesannya. kita jadi bintik degil yang tidak bisa disental dengan Dynamo jahiliah moden..kita bilas hedonisme moden dengan upaya yang yang ada.semampu kita.Allah tahu itu.dan DIA tahu kita ini lemah.sering lelah.tak mengapa. DIA punya kuasa memapah.

moga bermanfaat.

~Ya Allah, aq berlindung dari kata2 yan tidak kukota...

p/s: rujukan dari buku 'Empayar Minda Muslim' oleh dr. danial.

May 28, 2009



.:Dengan ILMU hidup menjadi mudah :.








.: Dengan SENI hidup menjadi indah :.








.: Dengan IMAN hidup menjadi terarah :.




May 24, 2009

hati..jangan buta!

sering laku yang buta
dituntun hati yang berkusta
laratnya merebak ke serata meruap
laku yang buta
ubatnya hati nan celik
hati yang berkusta
penawarnya iman yang mendidik..

Terbang..

terasa ingin terbang..
cari burung buat teman..
mari..



sedia ya..



mari terus..



terbang.



terus tinggi..


lagi tinggi..



aman benar ya Allah..


mana burung itu?
janjinya di sini..
mungkir barangkali.
moga tidak di lain kali..


aku wajar pulang..
sebelum senja usang..
jumpa lagi.mungkin.


aku harus kembali.
walau ada janji
yang TAK ditepati



jangan LENGAH lagi..
baliklah..


selamat.semuanya..




alhamdulillah 'ala kulli halin wa ni'mah...

p/s :

~ foto adalah sekadarnya.tidak seenak yang diambil oleh kamera yang meriah.anyway,tq in advance to kak.hehe.rompakan kamera tak bersenjata.tengah meng'imagine'kan view dari atas powered paraglider tu lau di amek oleh sis azah @ bro awe @ bro ucop @ bro jamil dan seangkatan dengannya.hu.msti besh..eh arep pun.hehe.credits to pak cik soh=)

~ ada hari kaki pijak ke tanah bumi.seringnya begitu. ada hari tangan gapai awan. kekadang tidak selalu. akan ada hari jasad tertanam jauh ke bumi. roh terangkat naik.bebas mencari Rabb.itu pasti tiada ragu..Damba kami husnul khatimah..ya Ghaffur ya Allah~

May 21, 2009

Hujan itu..

Hujan itu..
Dia sangka membilas
Lekit khianatnya sedekad lalu

Dia sangka mencair
Sisa dendamnya yang berbaki

Dia sangka menyingkir
Leceran dosa mudanya

Yang benar

Hujan itu

Rintiknya melebat
Membasuh luka lama

Makin melebat
Menghadir bilah insaf

Makin makin melebat
Menambah isipadu taqwa

Orang tua itu
Membilang waktu
Tadi masih terngiang
Kokokan ayam dinihari hidupnya
Kini senja menjelang sudah

Orang tua itu
Mula dihiris bimbang
Saat rebah belakang
Adakah rohnya diragut atau dijemput
Bimbang libasan mungkar nakir

Orang tua itu
Ditetak sesal
Direnggut kesal..

Ahad
2101 pm
170509

Hari yang berlalu~

Aku dibelah ragu
Apa benar tari itu
Andai ku tiru
Kan berseni gemalainya

Aku diracik pilu
Luka bucu dahinya
Duka aku sedalamnya


Cukuplah ia menitis
DIA tidak pernah tiada~

di situ

10.17 pm

210509

May 20, 2009

....?


~life is always like that..

May 16, 2009

Tenang itu di hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Malam jumaat lepas, saya sempat menonton forum perdana ehwal islam.walaupun bukan dari awal. He.Dah round yang nak ke akhir2 da. Teringat wktu dulu waktu kecik2 macam tertunggu2 pula malam jumaat sebab nak tengok rancangan tu.waktu tu zaman dr masyitah tak masuk parlimen ag,zaman ustz ridhuan tee,ust badrul amin,ust Ibrahim tuan man,ust noh gadot dan seangkatan dengannya. Bukan rancangan itu sebenrnya yang sy nak kongsikan.hu.tp input tajuk malam tu. Tajuknye pasal zikrullah..

Sy tak ingat exactly semua yg sy dengar tp secara keseluruhannya ada beberapa kesimpulan.

~ Zikrullah merupakan terapi rohani. Sangat menenagkan. Lazimilah mengingati Allah dalam semua keadaan. Bukan setakat bismillah sewaktu suap makanan tetapi juga Alhamdulillah di waktu basuh tangan.Tidak setakat bertaawwuz sebelum melangkah ke bilik air tapi juga memanjatkan hamdallah seusai urusan kerna menghilangkan penyakit dan sebagainya.

~ melatih diri untuk berzikrullah. Kata seorang panel, apa sahaja yang terkandung kalimah ALLAH. Subhanallah Alhamdulillah allahuakbar sebagai contoh even Allah sahaja pun dikira zikrullah.Beliau menambah moga2 saat melihat sesuatu yang indah perkataan yang pertama keluar bukan lah..”fuyoo..cantik seyh..” atau “waa..cantek siot” dan sebagainya..tetapi subhanallah indahNya ciptaan Allah.tak terucap di mulut mungkin ada maafnya tapi tak terungkap di hati sangat banyak pincangnya di hati kita sebagai muslim dan inshaAllah mukmin..




Kadang2 ada pendapat “ala..de tu nampak je camtu hati de baek..”. Mengolah ceramah seorang ustaz mengenai pendapat sebegini, hati memang milik Allah untuk dihakimi dan diuji tapi zahirnya hati ni kalau pincang akan terjemahkan perilaku yang songsang.Bukankah ia raja pada jasad. Baik seketul itu baik lah seluruh jasad dan sebaliknya. Kayu yang bengkok takkan hasilkan bayang2 yang lurus.Maka di sini lah peranan zikrullah. Menjaga hati dari mati dan dimatikan yang seterusnya hilang rasa sedih saat ketinggalan untuk berbuat kebaikan dan tiada kesal saat berbuat kemungkaran dan dosa. Bahaya bukan? Zikrullah akan membuat hati tertaut dengan amal kebaikan lantaran melaziminya akan membuahkan rasa rindu pada Pencipta. Terus tangan tidak berat menghulur sedeqah kaki ringan ke masjid dan hati bergetar langsung mendengar peringatan dari ayat-ayat cintaNYA. Nyata itulah kepentingan zikrullah..ketahuilah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang..

Menyeru diri sendiri dan kawan2, mari kita lazimi yang satu ini! Janji Allah itu pasti~


“..Allah, aku berlindung dari kata yang tidak ku kota..”

p/s :
Untuk dia yang resah, moga tenang2 selalu.Allah bersama.DIa ada.melihat segala..

May 13, 2009

Snada- demi matahari

~ Demi Dia yang membolak balik hati hamba yang lemah, pegangi kami dari tersungkur dalam lembah dosa..ameen.

May 8, 2009

seorang guru yang kembali~

bismillahirrahmanirrahim...

sebentar tadi sy mendapat sms dari teman sekelas tingkatan 5 di maahad dahulu..

salam,sedekahkan alFatihah untuk cgu zainun yg bru shj kembali ke rahmatullah.semoga Allah tempatkan Allahyarhamah di kalangan ahli syurga dan org yg beriman..ameen.

kelu.tiada perkataan yang ingin berebut keluar seperti selalu.cikgu zainun.cikgu BM kesayangan saya merangkap guru kokurikulum yang sgt dedikasi dan baik hati..terlalu banyak kenangan peribadi sy dgn cgu..biarlah.biar ia hanya berputar di kotak ingatan ini..terus dan terus.. T.T

walaupun tak sempat ucap selamat hari guru tahun ni, cgu tetap cgu yang hebat di hati kami sampai bila2..........T.T

Ya Allah,

tempatkanlah allahyarhamah bonda kami ini dalam kalangan hambaMU yang beriman dan bertaqwa..

ameen.......

~alFatihah..

bismikallahumma ahya wa amut..=)

tika pena ini ku tarikan
buntu menjejak
segenap simpang di benak
menyekat
terbejat
sukar benar menumpu fikir
kala tubir mata ngilu
meneliti helai ke ratus yang lima
anak mata meronta
damba kelopak
mencipta gelap
malap...
sudut itu
glenview
1150pm
april '09

May 6, 2009

Prinsip air mutlak~

Air mutlak. Suci lagi menyucikan.

Saya teringat zaman sekolah rendah dulu. Waktu itu, kelas fardhu ain (he.ada anak jiran baya 5,6 tahun waktu tu bertanya kenapa fardhu ain, bukan fardhu Fatimah or fardhu angah..hehe)di hujung minggu.

Antara dialog dalam kelas seawal kelas bermula..

Ustazah: Air sirap boleh buat wudhu’ tak?

Murid : TAK BOLEH!!!

Ustazah : tapi air sirap suci kan? Boleh minum kan? (cuba menduga keyakinan semua)

Ada yang diam tanda berfikir.berkerut2 procerus mencari rasional.ada yang terduga telah berubah pegangan.walaupun tanpa sandaran.ada yang tiada jawapan.ada juga yang menjawab..

Murid : ustazah, nati belengah..semut ketik gak..( nanti melekit..semut gigit.hehe)

Ustazah menggeleng sambil menahan gelak..

Ustazah : bukan..air sirap memang suci untuk diminum.tapi tidak menyucikan..untuk berwudhu’ kita kena guna air mutlak..sebab ia suci lagi menyucikan..

Murid : OOoooo…hehe.

Ustazah : Siapa tahu jenis2 air mutlak?

Murid A : Air paip ...kat surau ada air paip wat amek wudhu’.


Ustazah :betul jugak tu. Tapi air mutlak ada 7 jenis..siapa nak jawab..

Diam semuanya..tunduk taat.he.mengharap ustazah tidak memanggil nama2 kami untuk menjawab.Ustazah yang maklum akan ketidakmakluman anak muridnya yang comel2 itu terus mencapai kapur.Biar papan hijau ini yang berbicara.ceh.

Jenis-jenis air mutlak

1. Air hujan
2. Air perigi atau telaga
3. Air laut
4. Air sungai
5. Air mata air
6. Air salji
7. Air embun

Anak murid yang masih mutlak bersih hatinya itu menyalin ke buku latihan coklat itu taat. Kelas terus berjalan...hingga bunyi loceng yang dinantikan. Aiskrim pom..yeye..

Waktu itu, saya tidak terlalu menghargai ilmu ini.ilmu air mutlak.kerna setiap kali wudhu’ tidak perlu mencari air sungai kah laut kah hatta embunkah utk berwudhu’.air paip kn ada.tapi prinsip air mutlak itu indah benar.SUCI LAGI MENYUCIKAN.

Analogi.orang itu indah benar kalau baik dan mem’baik’kan orang lain. Tidak cukup dia yang baik tapi meyebabkan orang lain menjadi baik. Tidak cukup dia yang berilmu tapi cuba mebuat orang lain sama2 tahu.bukan sahaja dia yang beriman tapi semampunya berusaha menjadi asbab meningkatnya keimanan orang di sekeliling. Kheyrunnas man yanfa’unnas. Alhadith.Sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat kepad orang lain. Satu lagi yang selalu kita dengar hadithnya..kheyrukum man ta’allamal quran wa’allimhu.Sebaik kamu adalah orang yang belajar alQuran dan mengajarkannya.

Kesimpulannya, segala apa yang yang ada dan berlaku disekeliling kita sama2 kita ambil manfaat dan berfikir akan hikmahnya.even keberadaan AIR MUTLAK.em.sering Allah tegaskan dalam alQuran ..Afala ta’qilun.afala tatafakkarun..jadi,wajib kita menyeru diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan ini.em.

Selalunya sindrom kita pada hari ini termasuk yg menimpa sy..”Alaa.aq pun tak baik nak ajak orang konon..” “biarlah,dia da besa.skul agama jugak pun dulu.masing2 ada ego sendiri..” “tak mungkin kita akan kembali ke zaman tulus mcm wktu fardhu ain dlu..semua da besar..”..hehe.macam tulah lbh kurang keluhan2 nya.

Tapi sahabat2 yang dirahmati Allah..hidup kita kat dunia ni persinggahan je.tak lama pun.bulan lepas mak sedara kat kampung meninggal,2 minggu lepas jiran belakang rumah pulak kembali kerahmatullah..semalam ustazah sebelah rumah accident dijemput mengadapNya dlm perjalanan ke hospital..lepas sorang2 orang di sekeliling kita.kita bila? Jap g ke? Pas ni ke?esok? lusa? Atau seusai entry ini diposkan? Jadi serasanya bertahankah ego itu?sampai ke mana ye hendak dibawa? Sampai talkin dibacakan kah? Em.peringatan untuk diri yang lemah ini juga.


Sama2 kita melazimi menda kecik yang kita mampu buat demi meraih redhaNya.bermanis muka dengan saudara dan sahabat2 kita pum dikira kebaikan.tak mampu nak bersedekah dek biasiswa JPA pun hamper kekeringan..tak mengapa kita masih ada nikmat wajah yang indah.he.definisi indah terserah.hu.tapi selagi bibir leh menguntum senyum ikhlas masih merias wajah..mari..mari kita senyum seikhlasnya.tanda syukur nikmat wajah sempurna.alhamdulillah.tak diuji dengan cleft palate ke cleft lip ke strok ke.em.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Tiada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh(manusia) untuk bersedekah atau membuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barangsiapa yang melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.”


Surah Annisa’ : 114

Jauh benar menyimpang dari kisah air mutlak sy.hehe..btw, moga bermanfaat! Jadilah baik! Lillahitaala..


Air mutlak..suci lagi menyucikan..=) (mcm iklan safi lak..hee)

May 4, 2009

Janjiku terlunas sudah=)

Ratna pelangi sore itu
Ada riak wewajah yang ku rindu
Lakarannya indah
Seindah ukhuwah yang tertaut..
Infiniti syukur yang berpaut..



Ku lantas melontar ingatan
Di jalur warna pertama
Merah semangatnya membakar
Membara pantas
Pantas jua tersimbah salju
Namun tekadnya ampuh
Mencipta kagum
Di lubuk hatiku

Seorang dia ini
Uniknya pada tingkah yang jujur
Terjalur tulus pada Tuhan
Telus pada teman
Kadang langkah emosinya meninggalkan logik setapak dibelakang
Tapi sedarnya selalu meranum di bucu ujaran

Sering jua
Dia menjamah hatiku
Meramas dengan mesra berpanjangan

Sejalur hijau itu
Menenggelamkan daku
Dalam merdu suaranya
Dalam hikmah bicaranya
Saat hatiku bersenandung melankolik
Dia alunkan irama mengingati Tuhan
Dia lagukan tabah tuk ku redah kehidupan
Abstrak lirik gubahannya
Merenjis teguh padaku
Terus membutuh..

Sesekali..
Ku susuri plot hidupnya
Likunya tidak sedikit
Namun sabarnya membukit
Cubaan yang menduga
Kadang memaksa air matanya
Mengalir ke sungai nil
Tapi sujudnya berlama
Tanda qada’ qadar selamanya diimani…

Benakku berhembus ke jalur biru
Memimpin aku mengingat dia
Betapa Allah maha kurnia
Panjang tangannya menghulur budi
Tanpa pinta balasan

Dia ini
Seumpama namanya
Menyebar bauan indah kalangan teman
Sedalam makna nama pilihan ayahada
Bauan syurga impian sekalian hamba
Lazim tuk lidahnya kelu
Tatkala aku menghambur keluh
Namun sifatnya mendengar
lantas jemarinya erat menggenggam
aku tenang .. dia senang ..
Dia ini
Tekun menggalas amanat bonda
Bersungguhan menuju puncak
Mengejar bahagia di sana
Dalam redha keduanya..

Langkah benakku pantas ke jalur ungu
Aku kelelahan
Dalam mencongak budinya
Kala sukar menyadung langkah hidupku
Hulurannya pertama menuntun
Namun ku tak pasti
Saat titis pertama air matanya
Tanganku kah pertama yang menyeka
Sebak melemaskan dadaku
Dek kegagalan itu..

Dengarkan aku bercerita
Tentang dia yang seorang ini..

Dia ini
Terlalu indah
Untukku terjemahkan dengan bait puisi
Hanya Allah saksi murni hati
Maslahah teman sering dalam dacing hidupnya
Tidak dia benarkan memberat ke arahnya
Dia senang sahaja memetik bulan
Untuk teman yang kesempitan
Dia bisa sahaja
Menganyam bantu pada yang perlu

Andai kumampu menahan cubaan
Yang terusan menduga hati mulusnya
Pintalah apa sahaja dariku
Hatta hatiku yang sekeping ini untuk mengganti
Nescaya dengan izinNYa
Tiada pernah keberatan tuk ku beri
Namun ku akur
hikmah ketetapan Ilahi
UjianNYA tanda kasih
Hadirnya bukan tuk melemah
Hanya akal yang dilangkaui gagal menterjemah
Dia menjadi insan terpilih
Tuk merasa manis iman
Saat musibah kunjung bersilih

Yang tabah..
Adalah dia..






Ya Allah,
Aku kasih benar pada teman-temanku ini
Namun ku tahu kasihku pada mereka
Hanyalah
Ibarat sebutir pasir diSahara
Setitis air di telaga zamzam
Andai dibanding kasihMU pada mereka
Lantas..
Dinihari ini menjadi saksi
Tulus doaku untuk mereka
KAU dakaplah mereka berpanjangan dalam belasMU
Alirkan kehidupan mereka ke laut redha
Kurniakan mereka nasuha yang didamba
Kerna KAUlah yang terbaik
Menjaga tiap degup iman mereka
KAU jadikanlah ukhuwah ini saksi taat kami
Di hari tiada bumbung selamat
Melainkan bumbung rahmatMU

Terima kasih teman
Terima kasih sahabat..
Untuk sejauh ukhuwah ini bertatih..

Andai aku rebah
Jangan kalian turut lemah
Kerna ku harap pautan kalian memapah…

~Moga kita sentiasa dalam redhaNYA..




erk.. ni gambar zaman muda2..hehe.zmn tak berkesedaran memboikot ag..hehe..



Aen aisyah
Glenview
300409
0445 am

=)

Bismillahirrahmanirrahim..

hu.Lama benar tidak ku jenguk blog ini.he.Sudah berlalang dan bersawang rupanya..ke baru berhabuk bak kata arep.he.em.saat ni sy dah pun kat kelantan.senang dan tenang sungguh rasanya dah sampai rumah.banyak tul halangan nak balik..heh.
tiba2 cuti ni sy kekeringan idea.heh.waktu kalut2 exam hari tu idea mencurah2 tapi kekeringan masa lak..apepun inshaAllah kita manfaatkan lah blog yang ada ni.

tak terlambat rasanya nak ucap tahniah pada kawan2 year 2 yang amek result baru2 ni..MABRUK,kawan2!! Moga kejayaan ni jadi alat utk kita rapat lagi pdNya..terima kasih utk bantuan n sokongan yang besh. tak lupa pada semua yang mendoakan.especially kwn2 studi grup yang meriah ..aiman.alia.anisza.afwan.akmal.arep.amin..kite kena sema....NGAT!he.
hanya Allah mampu balas sumenye..Alhamdulillah 'ala kulli halin wani'mah.
kita nantikan cabaran yang lebih hebat dan seronok di year 3 dan pandan mewah ;)..hu.mira n rai da tak sabar jumpa prof kannan tu..he..

secebis bingkisan untuk yang diingati..

Hadir ujian bukan untuk melemah..
Bahkan kasih sayangNya melampaui keterbatasan akal untuk diterjemah
kuatlah menjadi insan terpilih
yang bisa merasa manis iman
kala musibah bersilih..


~doa dan sokongan kami semua bersama..Chayok2!! Allah ma'ana..

Feb 24, 2009

hati dan 'hati'

“Hati- hati memandu ye..”
“ Sampai hati orang tu ragut nenek tadi..”
“Aku sakit hati betul la ngam budak tu..”
“ Paen geli hati betol dengar de wat lawak,”

Berikut antara dialog2 yang menggunakan perkataan hati.
Mari kita tengok lagu2 yang menggunakan perkataan hati..

Jaga lah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini.. (snada)

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih….(hijjaz)


Dan sebagainya.

Semua maklum keperluan hati dan ‘hati’ dalam hidup seharian kan. Salah satu organ yang sangat2 penting.Sabda baginda juga ada menyatakan peranan ‘hati’.Baik ia baiklah seluruhnya.Rosak ia pincang lah seluruhnya..

HATI.Bukan sekadar site berlaku gluconeogenesis,glycolisis dan metabolism yang seumpama dengannya.tapi site n detoxify xenobiotics n eliminate bacteria dengan adanye Kuppfer cell jugak. ‘hati’. Bukan ruang untuk utuhkan iman dan kumpulkan helai2 kasih sayang semata tapi lombong untuk singkirkan hasad dengki dan benci.Hati yang inflammed due to viral infection or toxin akan menyebabkan jaundice dan beberapa komplikasi lain.

Tapi ‘hati’ yang rosak impaknya jauh lebih dahsyat.Lantaran maksiat, tambunan sifat mazmumah serta keingkaran terhadapNya bukan sekadar ‘jaundice’ pada diri sendiri tapi orang dan masyarakat sekeliling pun menderita berpunca dari seketul ‘hati’nya yang punah itu.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan kawan2.marilah kita sama2 menjaga kesihatan hati dan kesucian ‘hati’ moga nanti kita lebih tulus hati dengan Tuhan dan telus hati sesama insan.
Mari kita renung pesan Imam Ghazali ini..

Carilah hatimu di tiga tempat..
Temuilah hatimu sewaktu membaca Al-quran.tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu saat mengerjakan solat..Jika tidak kau temui juga kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.
Jika tidak jua kau temui, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati….”

Ya Muqallibal qulub..thabbit qulubana ‘ala dinika wa ‘ala tho’atik..ameen..

emm..

Pantas kaki masa menderap
Menghambat saat
Hingga gugur waktu
Tanpa sedar
Jiwa seakan enggan akur
Pada atmosfera hidup berlangitkan bingar
Terusan bergegar..

Semalam,
Masih ada ceruk dunia
Bertabur cebis cinta
Belas pun masih bersisa
Walau durja tak pernah tiada..

Hari ini,
Ruang cinta
Kian menyirna
jiwa digodam harta dan nama
nafsu majnun rakuskan takhta dan kuasa
beraja..

Sudahnya
Kanvas putih yang mengimpi cantingan indah
Ibarat pungguk rindukan bulan
Telagah yang berkuasa
Menyimbah warna terlalu abstrak
Hingga sukar difahami
Esok,
Usah dipersoalkan
Mana kanvas putih bercanting indah itu
Yang bakal mempamer diri di arena dunia
Mengharum nama seluruh bumi
Kerna hari ini
Satu persatu
Kalian simbah dengan hitam peribadi
Kalian percikkan kelabu pekerti
Hingga sirna integriti
Kami yang bakal
Mewarisi…


Aen aisyah
Glenview
1303 pm
210209

Feb 23, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..


Em.Dah seminggu lebih dinner fpsk berlalu.hu.berbanding tahun lepas kali ni agak meriah.tak banyak beza pum tapi.tempat n makanan lagi best tahun lepas nway.hehe. Myb sebab tahun lepas kelas kami tak buat show dan tahun ni buat.jd lebih rasa sebahagian dari majlis.em.Alhamdulillah.apa yang berjalan dan berlaku sebagaimana yang dirancangkan.kita merancang Allah pun merancang.tapi Dialah sebaik2 perancang.walaupun macam biasa lah mcm2 cubaan dan dugaan dalam merealitikan idea2 sahabat dlm bentuk sketsa yang menarik.tak gitu ummu?hu.

Entri ni khusus utk rakamkan setinggi2 penghargaan pada kwn2 yang menjayakan sketsa INFLUENZA? pada 130209 yang lepas.secara langsung dan tidak langsung.Untuk sume actor actress yang bes,maceh byk2.. request dari seorg kwn,RAI bukan nama sebenar(hehe)tabik spring utk team props yang yang dedikasi dan sistematik dan cun dan..…(apalagi ye rai?huhu)..




team pros@make up artis



‘dust’ yang ceria




'pasukan' nasal hair n mucous..(sap tak puas ati gambo de tade..he)

Macrophage yang waspada.hehe


~ buat sahabat2 y2 fpsk yg dirahmati Allah..Mari kita berjuang!! Utk 1st pro exam yang tinggal 47 hari je ag.InshaAllah,semalam Dia tolong..hari ni Dia tolong.esok pun Dia akan tolong.Have faith!!

Hanya Dia sebaik2 penolong..


Hasbunallah wani’mal wakil ni’mal mawla wani’mannasir..

Jan 12, 2009

Hari ini hari lahir ayah..

Ayah..


Selamat Hari Lahir..

Moga panjang umur murah rezeki..Dilapangkan urusan dan dirahmatiNya..

Aen sayang ayah..sangat..Selalu..n.n






Terima kasih untuk segalanya..Semuanya..
Bismillahirrahmanirrahim..


Kembali. Perkongsian analogi hidup seorang teman.katanya...


Manusia umpama pensil.





Pensil dinilai dari segi mutu grafitnya tapi manusia dinilai dari luhurnya jiwa, sucinya akal dan mantapnya iman..


Pensil tidak berguna jika tiada tangan menggerakkan dan langsung tiada guna dia menjadi pensil andai dia enggan digenggam untuk digerakkan mengikut kehendak si pemilik.


Manusia.Ada akal kurniaanNya yang membantu.Ada ‘tangan’ yang lebih layak memandu..Qada’ dan qadar yang menjadi ketetapanNya asas keimanan hamba yang taat.


Pensil yang asyik menulis kadang kala tersilap eja,tersalah lakar dan bermacam ter lagi..maka bersedialah mempersilakan pemadam menjalankan tugasnya..namun,jangan berhenti di noktah itu.Sambunglah menulis,melakar dan mengarang..Andai ada salah lagi,tidak mengapa..relakan untuk dipadam.Teruskan mengarang..


Manusia dan kesilapan. Human do make mistakes but being human is not a mistake. Kehidupan yang dilalui sehari2.Pastinya ada salah silap yang dibuat.sengaja atau tidak.kecil atau besar.tidak menjadi soal.Pokoknya,lapangkan dada menerima ‘tamu’ yang menegur.Berazamlah untuk tidak mengulangi pada masa akan akan datang kerna muslim tidak akan terperosok ke lubang yang sama dua kali..Teruskan kehidupan dan membuat kebaikan.seringkali kebaikan bermula beberapa kali.. Bagi peninju,jatuh tak bererti mengalah tapi jatuh yang tidak bangkit2 itulah mengalah dan kalah..


Pensil.Sekian lama menulis,akan tumpul jua.Jadi,silakanlah pengasah untuk menajamkannya.Sakit mungkin jua untuk seketika tapi tidak mengapalalah.lepas diasah tajam,tugas bermula seperti biasa.Pensil yang tumpul tulisan pun akan kabur..


Manusia juga. Ujian yang Nampak membebankan sebenarnya sekadar me refresh kehidupan.ujian yang datang ‘menajamkan’ lagi manusia untuk berfungsi sebagai pemakmur dunia.


Pensil layak berbangga andai dia digunakan untuk menghasilkan karya atau karangan yang menyeru pembacanya kearah yang kehidupan lebih baik dan diredhaiNya.


Manusia wajarnya lebih lagi. Dicipta mempunyai akal,dapat membezakan makruf dan mungkar dengan lebih baik berbanding kucing atau itik dan ayam.Menggunakan nikmatNya untuk menyumbang dan berkorban ke jalanNya adalah wajib..


Walau apa saja perumpamaan kita,manusia tetap sebaik2 ciptaanNya.


“sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”


Lantas,mari sama2 bersyukur..mari..Alhamdulillah 'ala kulli halin wani'mah...
People are often unreasonable, illogical and self-centered; forgive them anyway

If you are kind, people may accuse you of being selfish, with ulterior motives; be kind anyway

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies; succeed anyway

If you are frank and honest, people may cheat you; be frank and honest anyway

What you spend years building, someone could destroy overnight ;build anyway

If you find serenity and happiness they may be jealous; be happy anyway

The good you do today people will often forget tomorrow; do good anyway

Give the world the best you have and it may never be enough; give the world the best you’ve got anyway

In the final analysis, it is between you and Allah..

It was NEVER between you and them ANYWAY...
Credits to Mr. Huzaidi