Dec 31, 2011






















Jumaat terakhir 2011..

Bismillahi walhamdulillah.

Apa khabar semua? Harap2 sejahtera semuanya. InshaAllah.

Hu. Lama benar tak berlama di sini. Rindu sungguh.

Pejam celik hari ni dah 31 Disember 2011. Sudah mahu berakhir tahun 2011 ni. Wah. Sangat pantas masa berlalu. Dah 24 tahun 1 bulan 13 hari rupanya saya.=)

Alhamdulillah. Masih diberi rahmat oleh Allah untuk mengecap nikmat iman dan Islam yang sesungguhnya sebesar-besar nikmat sebagai seorang manusia dan hamba Allah.

Semalam jumaat terakhir 2011. Sempat bersama beberapa orang sahabat duduk menygarkan iman. Alhamdulillah. Perjumpaan itu juga buat kami lebih rindukan kak Izat! wuu.

Apapun, masa akan terus berlalu. Kehidupan akan terus dan terus. Selagi tidak dijemput pulang kita harus tempuh kehidupan ini sebaiknya. Teruskan berdoa dan berusaha agar kita terus thabat atas jalan yang lurus. Jalan yang Allah redha. Bukan jalan mereka yang sesat.





Mari bermuhasabah. 6 Safar 1433. 31 Disember 2011.

Sedari lahir hingga saat ini di mana kita di pandangan Allah?

Di mana kita di pandangan Allah?

Di mana kita di pandangan Allah?


< Astaghfirullahal ‘azim. Astaghfirullahal ‘azim. Astaghfirullahal ‘azim. >

Moga hari-hari seterusnya lebih baik dari hari ini dan semalam. InshaAllah.

Wallahu a’lam.

Dec 30, 2011




Alhamdulillah 'ala kulli halin wa ni'mah.

Wordless Sunday~

Allah knows best.

Aug 5, 2011

=)



Kak, selamat hari lahir. Moga yang terbaek dari Allah untuk kak dunia akhirat. Sayang kak banyak2…


Jul 27, 2011

Kalau bersuara itu dosa baik diam mengingat Pencipta
Kalau diam mengundang prasangka baik bersuara mencerah suasana

Kalau dekat menghiris rasa elok jauh rindu berbunga
Kalau jauh makin menjarak baik dekat membina faham

Kalau sayang membina jurang jangan ditanam benci dendam
Kalau tertanam benci dendam doa dipanjat moga Pencipta merenjis sayang

Kalau tak terdaya berbaik sangka kenanglah dulu waktu bersama
Kalau usaha tiada berguna biarlah ia dibawa masa.

Hanya Allah maha mengetahui segala rahsia.

Jul 26, 2011

Bismillah walhamdulillah.

Jom kongsi. Tazkirah dari seorang sahabat.

Pernah tak minum kopi Radix? Bayangkan air panas yang berasap satu mug. Kemudian letakkan 1 sachet kopi Radix. Jangan kacau . Terus minum. Tak nikmat kan?




Tapi ambil satu mug air panas berasap letak 1 sachet kopi Radix. Ambil sudu kacau hingga sebati. Lepas tu silakan minum. Dengan berhati-hati sebab air tu panas. Nikmat amat buat peneman belajar lewat malam.

Apapun. Yang dimaksudkan dengan kacau adalah USAHA.

Kita ada air panas. Ya. Kita ada tubuh badan fikiran kepandaian emosi jiwa semua sekali. Kita ada kopi Radix. Kita juga ada sumber samada alQuran, hadith dan sebagainya. Tapi jika tidak berUSAHA mensebatikannya, kenikmatan hidup beragama itu tiada.

Baiklah. Apa jadi bila kita minum air yang tak dikacau. Seteguk dua mungkin boleh diterima tekak. Selebihnya rasa lebih baik dicurah ke sink sahaja.
(Jangan tiru aksi ini. Membazir amalan syaitan. )

Apa jadi pada jemput-jemput bila tepung dan air dan pisang tak digaul? Anda tolong jawabkan, boleh?

Justeru, seruan untuk diri sendiri dan yang membaca.
Mari sebatikan diri dan agama. Islam ini bukan kerna warisan ayah bonda. Bukan sekadar solat dan puasa. Islam adalah cara hidup kita. CARA HIDUP KITA. Dari segala aspek. Dari celik mata hingga menyarung pijama dan kembali celik mata. Jangan hanya ambil sebahagian dan tinggal sebahagian yang lain. Itu bukan hanya menghilangkan nikmat beragama tapi mengundang murka yang Allah yang maha Esa.

Wallahua’alam.

Jul 25, 2011

Bismillahi walhamdulillah.

6 hari sebelum 1 Ramadhan 1432H.





6 hari sebelum 1 Ogos 2011.





6 hari sebelum hari pertama posting Paediatric di tahun 5.




Saya perlukannya!!
Bila kita melihat orang, orang pun juga melihat kita
Bila kita menghukum orang, orang pun juga menghukum kita

Bak kata D’ Massive dalam lagunya Jangan menyerah.
“tak ada manusia yang terlahir sempurna.”



Kita tak sempurna orang pun tak sempurna.
Kita berbuat salah orang pun berbuat salah





Kita rasa marah orang lain juga rasa marah
Kita harap dimaafi orang juga harap diampuni





Kita punya harapan orang lain juga punya harapan
Kita ada masalah orang lain pun ada masalah.




Kita adalah manusia. Orang lain pun adalah manusia.
Kita dan orang lain adalah sama.
Sama-sama manusia.



Sebagaimana kita mahu disantuni begitu juga kita patut menyantuni.



Mari menjadi manusia yang berpijak di dunia nyata. Bertimbang rasa berlebih kurang seadanya.



Wallahua’alam

Jul 23, 2011

Bismillahi walhamdulillah.

Satu pagi saya teman umi tanam pokok ‘Misai Kucing’ depan rumah. Sambil-sambil tu umi suruh saya cabut rumput yang makin meriah tumbuh di sekitarnya. Hu. Sudah lama tak main tanah ni. Teringat waktu kecil dulu tanah adalah modal utama main masak-masak. Tanahlah nasi. Tanahlah kuih. Hu. Sangat seronok waktu itu.


Kembali ke pokok misai kucing. Terdetik dalam hati saya. “ Kan best kalau esok lusa pokok ni terus besar.”

Usai cabut rumput yag sebenarnya lebih kepada main tanah saya terpandang pokok ‘khining’ ( kat luar Kelantan tak pasti panggil apa . kuinin kot) yang mula berbuah. Buah sulung katanya umi. Sudah beberapa hari buah tu menarik perhatian saya. Mungkin sebab warnanya hampir kekuningan dan lokasi sangat strategik. Betul-betul dapat dilihat dari pintu rumah. Nampak ada dalam 6,7 biji.



Gambar hiasan =)

Terdetik lagi dalam hati saya. “ Kan best kalau esok lusa buah ni terus masak.”

Satu pertemuan berkongsi ilmu. Ada seorang doktor bercerita tentang ketenangan.
“ Ketenangan ni sangat bernilai. Tak dok kkeda kalu nak caghi. Try g keda pahtu nak beli teney seghiya. Takdok. Takdok keda buleh jua teney ni. teney ni tok maghi ggolek. Keno usaha. Ibarat nyo ladang tanaman. Kito ado tanoh ladang wat nnaney. Pokok tok tumboh kalu kito tak tanam. Keno tanam biji benih. Pah keno siram pah keno jago . It may take years baru bbuah. Supo jugop teney. Keno usaha wat amalan jago ibadah jago hati pah dengan izin Allah baru maghi teney. teney tu bukannya saghi duo wat amalan buleh teney slalu.”

(Ketenangan ni sangat bernilai. Kalau nak cari kat kedai memang tade. Cuba pergi kedai nak beli tenang seringgit. Memang tade. Tiada kedai boleh jual ketenangan. Ketenangan tak datang bergolek. Kena usahakan. Ibarat ladang tanaman. Kita ada tanah ladang untuk bercucuk tanam. Pokok takkan tumbuh kalau kita tak tanam. Kena tanam benih, siram dan jaga. Mungkin ambil beberapa tahun untuk berbuah. Macam ketenangan juga. Kena usahakan. Buat amalan jaga ibadah jaga hati. Dengan izin Alah baru barulah hadir rasa tenang. Ketenangan bukannya hasil amalan sehari dua.)

Kalian bebas menafsir apa sahaja untuk ambil pengajarannya. Tapi usai perkongsian doktor tu, saya teringat detik hati saya yang beberapa kali itu. Rupanya saya terlalu tak sabar menanti hasil.

Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.” < 37:21>

Pokok misai kucing itu perlukan masa untuk berakar kukuh bertumbuh dan membesar.

Buah ‘khining’ itu perlukan masa untuk lebih besar meranum dan sedia untuk dipetik dan dimakan.



Juga.
Tenang perlukan masa untuk hadir. Kurnia Allah itu berasbabkan dari hatinya yang basah dengan zikrullah dan amal soleh. Istiqamah mengawas ladang hati.


“ Ketahuilah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.”

Dan Allah bersama orang-orang yang sabar.

Wallahu a’lam.

Jul 2, 2011










Tenanglah. Semuanya kan baik-baik saja. Sobrun jameel~~

Jun 28, 2011

=)



Doa senjata mukmin.. Mari bersenjata~~

Jun 26, 2011

Bismillahi walhamdulillah.

3 minggu supplementary weeks yang sangat bermakna. Alhamdulillah. Peluang untuk menyegar ilmu yang makin dehydrated dengan cuti panjang. Huhu. Sungguh Allah maha tahu hikmah atas semua ketetapanNYa. Syukur yang infiniti atas rahmat kasihNYA yang tak pernah putus pada hamba yang lemah ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dalam 3 minggu ni saya berkenalan dengan pelajar perubatan dari kolej AIMST yang buat elective posting di Hospital Ampang. Priya, Tilagamuthy, Faiqa. Banyak bercerita dan belajar sistem pengajian yang berlainan. Menarik!

Kesimpulan pertama. Perbezaan tidak selalunya tidak baik. Malah kadang-kadang kita perlu berbeza untuk jadi lebih baik. Mari usahakannya!




Saya juga sempat bertaaruf dengan 7 orang pelajar Oman yang juga sedang berelektif posting di Hospital Ampang. Saya paling rapat dengan Aber. Dia sungguh baik dan bijak sehinggakan Mr. Soma gelarkan dia ‘walking medical textbook’ dan Ms Aishah memuji physical examination nya‘ 99% correct’. Dia sangat peramah dan kami banyak menghabiskan masa bersama di wad berdiskusi tentang patient dan disease. Juga bercerita.hu. Saya rasa bercerita lagi banyak kot. Tentang Negara Oman, sistem pengajian di sana, budaya dan lain-lain. Baru saya tahu di Oman, menjadi budaya mereka majlis pertunangan mereka dibuat selama seminggu dan majlis perkahwinan pun seminggu di mana setiap hari ada event tertentu yang istimewa. Dan ada lagu khusus untuk setiap pengantin di mana nama mereka akan dimasukkan dalam lirik. Sangat eksklusif. Hu.

Tapi dalam banyak-banyak cerita tu, ada satu petang tu entah macamana terkeluar topik taqwa. Kita maklum setiap orang punya kelemahan dan kelebihan. Bukan saya ingin terlalu memuji Aber tapi beliau sangat ‘firm’ bila bercakap pasal syariat dan agama. Mungkin kerana di Oman 100% Muslim dan keluarganya sangat pentingkan didikan agama. Hafalan Al-AQuran dan hadithnya juga sangat baik. Saya rasa kecil di situ. Beliau ada tulis di buku nota saya satu kata-kata ni tapi dalam bahasa arab. Yang bermaksud.

“ Sekiranya kamu berseorangan dan ingin melakukan sesuatu dosa dan kamu masuki kegelapan supaya orang tidak mengetahuinya, katakanlah pada dirimu. Wahai diri, cukuplah! Sesungguhnya yang mencipta kegelapan ini melihatmu.”

3 minggu untuk mengenali saudara seaqidah sangat mengesankan. Alhamdulillah. Moga Aber terus dipelihara Allah dalam rahmatNya. Amen.

Kesimpulan kedua : Bukan lama masa penentu akrab, luhur hati juga yang kukuh mengikat.




Minggu kedua, Allah taqdirkan saya jumpa kawan lama, Samihah di Maahad dulu yang kini belajar kat Ireland. Juga sedang buat elective poting di Hospital Ampang. Di Maahad dulu saya tidaklah terlalu rapat dengan beliau. Tapi 2 minggu ini sangat merapatkan kami. Dari mengenang nostalgia di Maahad dulu masuk kisah Abu Darda dan Salman Alfarisi sampailah topik Aqidah asas perjuangan. Lagi seorang sahabat yang sungguh ‘firm’ dengan apa yang beliau perjuangkan. Moga beliau terus thabat. Amen.. Walimah Samihah pada 3July ni. InshaAllah. Moga dipermudah semua urusan. =)

Kesimpulan ketiga : Do not judge a book by its cover. Manggis berkulit hitam berisi putih. “Nampak je kereta kebal dalam hati ada taman”. Hehe. Mihah best!




‘Ala kulli hal, alhamdulillah summa hamdulillah. Banyak lagi hikmah yang ternampak dan yang masih dalam pengetahuan Allah semata.

Allah maha Tahu. Kita sudah tahu hakikat itu. Masanya untuk kita yakini pula. Dengan sesungguh hati. Sungguh-sungguh!

Terima kasih Allah sebab sayang saya!


Wallahu a’lam.

Jun 12, 2011

May 3, 2011

Adik & Al-quran

Bismillahi walhamdulillah.

Beberapa hari lepas kot, sambil minum air teh, tangan ringan menekan remote control. TV9 jadi pilihan. Rupanya rancangan Adik &Al quran jam 7.30 malam. Hu. Rancangan yang sangat bagus macam ni waktunya pula tak berapa sesuai. Alangkah bagusnya adik &al Quran ni disiarkan lebih awal. Jam 7.30 malam, adik2 dan kakak adik mahu solat maghrib. Tak ramai yang boleh tonton rancangan yang sangat bermanfaat tu. Mungkin juga boleh diperawalkan ke jam 5.30 petang? Owh, cerita "Nikita" …. Itu lebih penting. Mungkin. Hmm.

Mari kongsi. Ustaz Zamri dan adik2 baca ayat dari surah Al Baqarah. Antaranya ayat 153 dan 154.

" Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Alllah(mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup tetapi kamu tidak menyedarinya." (2: 153-154)


Setiap saat kita butuhkan pertolongan Allah. Saat lapang dan senang. Apatah lagi di waktu sempit dan perit. Formula yang Allah beri cantik sungguh. SABAR dan SOLAT.

Kata ustaz lagi. SABAR itu ada 3 bahagian.

1. Sabar mentaati perintah Allah
2. Sabar menjauhi larangan Allah
3. Sabar ketika ditimpa musibah

1. Sabar mentaati perintah Allah

Sabar dalam mengerjakan solat. Solat yang sempurna itu dmulai dengan wudhu' yang sempurna dan di awal waktu. Lebih afdhal solat berjemaah. Bagi kita hamba yang iman senipis kulit bawang ini sukar juga untuk istiqamah dalam mentaati suruhan Allah. Lebih mudah untuk istiqamah mengadap laptop dan melayan facebook. Atau mengadap TV melayan sinetron Indonesia seterusnya istiqamah di depan TV dengan telenovela seterusnya dan seterusnya sehingga menangkap waktu solat di ekornya sahaja.

Sabarkah kita dalam solat?
Sabarkah kita dalam menyeru manusia ke arah kebaikan?
Sabarkah kita dalam menyahut seruan jihad?
Sabarkah kita dalam berlapar dahaga kerana puasa lillahi taala?
Sabarkah kita dalam melaksanakan hukum Allah?
Sabarkah kita?

2. Sabar menjauhi larangan Allah

Ini lagi sukar. Kerna kita sering bertuhan nafsu dan nafsu menjerumus kita ke arah kejahatan.

Sabarkah kita dalam menolak rasuah?
Sabarkah kita untuk tidak menyebar fitnah kepada orang yang tak bersalah?
Sabarkah kita dalam menjauhi kezaliman pada rakyat jelata?
Sabarkah kita dalam menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan?
Sabarkah kita dalam meminggiri rasa cinta dunia yang membuak-buak?
Sabarkah kita?

3. Sabar ketika ditimpa musibah

Teringat kata seorang sahabat yang diulang oleh ustaz Zamri tentang mafhum satu hadith. Sabar itu pada waktu pertama kali saat ditimpa musibah. Jika sabar di waktu itulah yang dikira hasanah yakni kebaikan. Tapi kita selalunya, saya terlebih utama, saat terhantuk itulah mulut cepat melepas keluh. Saat rebah itulah yang meratap-ratap. Sungguh, lemah yang bernama hamba ini. Padahal saat itulah Allah menilai hamba DIA yang manakah betul benar memaknakan rukun iman ke-6 yakni beriman pada qada' dan qadar yang ditentukanNYa.

Siapakah yang benar-benar bersabar dan redha lalu hati dan lidah tegar mengulang-ulang " Innalillah wa inna ilaihi rooji'un".

Siapakah hambaNya yang mengiringi musibah dengan sabar dan solat?

Padahal itulah waktunya kita sedang dinilai. Dan kita? Sia-siakan penilaian itu dengan menunjukkan kita hanya hebat berkata-kata tapi culas menghayati dan memaknainya.

Sabarkah kita dalam menghadapi ujian sakit demam? Pastinya tidak setanding dengan sakitnya Nabi Ayub.
Sabarkah kita dalam menghadapi gagal peperiksaan?
Sabarkah kita dalam diuji perasaan?
Sabarkah kita bila diuji gugatnya harta dan wang ?
Sabarkah kita?


Seorang ustaz pernah cakap.Kita selalu dengar orang cakap. Kita usaha ikhtiar dulu lepas tu kita baliklah kepada Allah. Sekali imbas ayat ini tiada cacat cela. Tapi bila diteliti kembali. Wajarnya begini. Semua urusan kita serahkan pada Allah. Kita susulkan dengan usaha ikhtiar yang tidak putus. Barulah kena gayanya meletakkan Allah yang pertama dan utama dalam urusan kita. InshaAllah.

Pesanan di atas untuk saya terutama. Moga ada manfaatnya pada yang membaca.

Selagi masih ada peluang, Mari jadi hamba yang lebih baik! Mari!!





Allahumma solli 'ala muhammad.

p/s : Untuk sahabatku yang diuji, moga sabarmu dikira hasanah dan di sisiNYA ganjaran Allah yang besar. Ameen.

Wallahua'lam~

May 2, 2011

~




Mengakrabi masa lalu
Saat berkongsi bantal kekabu
Berebut pinggan yang satu
Kita menginjak masa
Usia makin meninggalkan kita
Masih merah tanah masa lalu
Mengukir kenangan yang takkan padam

Moga hati-hati ini terus bersatu
Dalam hangat kasih ayah umi
Besarnya nanti menjadi aset pada keduanya
Di hadapan DIA menjadi pembela.

InshaAllah.

Apr 29, 2011

Bade @ bbede?

Bismillahi walhamdulillah.

Sihat semuanya ya? Alhamdulillah.

Hajat di hati cuti ini nak selalu mengemas-ngemas laman ni. Lama sangat ditinggal nanti dihuni makhluk lain pula. Hu.

Posting GP dah pun tamat. Saya kira banyak pengalaman yang berharga dapat saya belajar dari posting ni. Terima kasih banyak pada Dr. Balkhis dan kakitangan klinik yang sangat besh.

Teringat perbualan dengan dr. Balkhis satu hari tu.

Saya : Dr, patient tadi dr cakap bbede patient ni bade.Apa beza bbede dan bade?

Dr Balkhis : Hehe. Dah keliru nampaknya. Bbede tu urticaric rash. Bade tu eczema.

Saya: Ooo.. He.


Bade @ bbede?

"Kayanya bahasa kita," kata kak Zah. Staff Klinik yang besh.

=)

Syafakillah ~

Bismillahi walhamdulillah.

Beberapa minggu lepas seorang sahabat yang sangat saya sayang bercerita. Saya biasa bercerita juga dengannya. Sangka saya hari terakhir sebelum balik kelantan hari tu dia nak sampaikan berita gembira. Dalam kepala saya berkira-kira dia ingin hulurkan kad atau apa-apa jemputan.

Tapi sebaliknya. Sebagai kawan merangkap kakaknya sulit sungguh untuk terima. Beliau sedang sakit. Allah pilih beliau dalam kalangan kami untuk diuji. Seberat itu.




Deq. Ksyah yakin Allah tak pernah aniayai hambaNYa. Dan kamu tak terkecuali. Perit sedikit kali ini cara Allah nak salurkan kasih sayangNYA tapi yakinlah di sisi Allah inshaAllah kamu hamba yang hebat sedang diuji keimanannya. Moga kamu kuat dan tabah melaluinya. Kamu tak jemu membantu kami semua moga Allah limpahkan pertolongan yang lebih besar dari itu pada kamu saat kamu perlukannya. Doa kami semua mengiringi. Ksyh sayang kamu. Sangat. Tapi Allah lebih lagi. DIA maha penyayang. Terus kuat ye deq!!

Allah ada=kuat.

Saat kita mengatur tapak
DIA terlebih tahu hala yang terbaik

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kurniakan beliau kekuatan Nabi Ayub. .."






Wallahua'lam.

Mar 19, 2011

Astaghfirullahal 'azim..

Di suatu malam yang hening.

A: Awak, saya sungguh jahat. Jahat sangat.

B: Kenapa awak cakap macam tu?

A: Sebab saya buat salah. Banyak sangat. Saya jahat.

B: Salah apa?

A: Banyak. Saya jahat.

B: Berhenti doakan awak jadi jahat!! Ada cara lain untuk untuk cakap awak jahat.

A: Apa ?

B: Solat taubat banyak2. Cakap kat DIA apa salah awak. Cuma pada DIa. Moga DIA kurniakan awak hati yang baik.

A: (terdiam….)

B: Satu lagi cara.. Istighfar banyak2. Orang buat salah kena minta ampun. Kena minta maaf. Mintalah dengan DIA. DIA pengurnia segala hati yang bersih dan baik.


Perbualan tamat.







Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astaghfirullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astaghfirullahal’adzim

:: Wali band ::

Wallahua’lam

Mar 18, 2011

Obstetrics posting~

Bismillahi walhamdulillah.

Khabarnya bagaimana ya semua? Jumaat yang diberkati! Moga sihat2 dan tenang selalu dalam rahmatNYa. =)

Sekarang ni berada di Temerloh. Meneruskan Obstetrics posting di HOSHAS setelah 4 minggu di Ampang. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Hampir semua ahli group dah conduct 15 deliveries. Dah ada yang 19 dan lebih pun. Alhamdulillah. Tinggal lagi lain-lain requirement seperti observe Caesar,assisted deliveries, IOL etc. Hmm. So masing2 tengah mencari2 case yang seronok untuk case writes up and prepare for end posting exam.

Posting ni agak menarik. Agak? Hu. Sangat sebenarnya. Dapat belajar macam-macam. Dari cara nak conduct delivery sampai lah cara nak deliver baby. Betapa nak lahir sorang bayi yang bernama anak ni sangatlah tidak mudah.

Di labour room, ada beberapa watak utama yang menjadikannya tempat yang sibuk.Baiklah. Jum kita tengok dialog biasa beberapa watak di bawah.

1.Doktor
“Dr, post natal VE!” Panggil jururawat.
“ Oke!Coming. Puan, ada pening2? Rasa nak muntah? Sesak nafas? Oke, dr cek sikit ye.”

2.Jururawat
“Puan, Tarik nafas dalam2. Teran panjang2 puan.. kira 1 hingga 10 dlm hati lepas tu curi nafas sambung lagi teran. Anak tak boleh lama-lama nanti lemas.” Tanpa jemu kata2 semangat diberikan pada pesakit.

3.Medical student
“Puan boleh sikit lagi puan sikit lagi …” Mereka turut bersemangat memberi semangat. Seawal posting bermula, ada yang observe dengan wajah separuh biru separuh hijau. Tak kurang juga yang berhati tegar. Dalam poket, logbook setia menemani.

4.Suami yang teman isteri bersalin
Speechless. Peluh merintik di dahi dalam bilik berhawa dingin. Tangan isteri digenggam kemas.Sekemas hati berdoa moga Allah permudahkan urusan kelahiran bayi mereka.

5.Ibu yang bersalin
“Allah..Allah..” Kesakitan bersangatan hingga ada sesetengah mengalah ditengah jalan tapi ramainya tegar bertahan demi melahirkan anak tercinta.
“ Dr, lambat lagi ke? Saya sakit sangat dah ni.”
“ Nurse, anak laki ke perempuan?”
“Alhamdulillah…”

6.Bayi yang baru dilahirkan
“Waa…”
Tangis itu meredakan sakit si ibu. Melegakan rasa doktor dan jururawat.Meningkatkan APGAR score. Dan menjadi salam pertama si anak ke dunia baru yang tidak lagi berdindingkan rahim ibu.


Di atas hanyalah beberapa dialog yang saya biasa dengar. Tak semuanya begitu.
Apapun mesejnya adalah…

1.Sayangi ibu kita. Allah jadikan ibu asbab lahirnya kita di dunia ni. Besar mana pun kita, tinggi mana pun kedudukan kita, siapapun kita dari rahim ibu jua kita berasal. Yang masih punya ibu, mari!! Sayangi mereka. Hormati mereka. Kita takkan selamanya ada mereka kerana manusia ini tertakluk pada kematian. Tidak mereka, kita dulu mungkin juga pergi mendahului. Tuntutan taat pada ibu tak beerti tidak pada ayah. Sayangi ayah. Kasihi ayah.Ibu dan ayah saling melengkapi. Untuk lahirkan kita yang bernama anak.

Firman Allah :

“ Dan Kami perintahkan kepada manusia( agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah dan menyusuinya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKU dan kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku tempat kembalimu.” <31:14>

2. Untuk para suami di luar sana, saya minta maaf. Tapi saya berasa sangat terkilan. Purata untuk 30 kelahiran saya hanya melihat 3 bayi yang terus diazankan selepas lahir. Untuk tidak bersangka buruk, mereka mungkin mengazankan di wad kerana tidak mahu mengganggu jururawat yang bertugas. Tapi sebaiknya, teruslah azankan. Biarkan kalimah Allah menjadi yang pertama dan terakhir mudah-mudahan dalam hidup anak itu. Apapun, itu baru tugas awal anda. Tugas seterusnya lebih besar. Mendidiknya menjadi hamba Allah yang sebenar benarnya hamba. Besar bukan?

3.Menjadi wanita adalah satu kelebihan. Kelebihannya adalah keupayaan melahirkan anak walaupun secara fizikalnya wanita tidak sekuat dan seperkasa lelaki. Dari rahim wanita bisa lahir seorang Nabi bisa juga lahir seorang Firaun.

Jadi usaha itu wajib. Usahakan hanya yang halal di dalam rahim.HANYA YANG HALAL. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Moga yang lahirnya nanti seorang wali. Wali Allah itu ulama pewaris nabi. Yang akan bersihkan agama dari fitnah-fitnah dunia. Yang menjadi khalifah pemakmur dunia. Yang menjadi saham kita saat di akhirat sana.

Pastinya mereka itu semua dari rahim wanita. Maka pilih! Mahu lahirkan yang bagaimana.

Apapun. Ketentuan Allah pastinya mengatasi segala rencana manusia.






Kepada yang bakal bergelar ibu dan bapa.

Anda harus kuat! Kuat dalam menjauhi yang haram. Kuat dalam berpijak di daerah halal. InshaAllah Moga selamat semuanya. Dunia & Akhirat.



p/s : Takziah untuk Dato' Nik Nasri sekeluarga atas pemergian bonda tercinta. Alfatihah.



Wallahu a’lam.

Jan 15, 2011

~

Ingin sekali gelungsuri pelangi
Membuak seusai terpasak mahu
Namun impi melesu
Hasrat termangu
Sedar tangan tak sepanjang mana
Kaki rapat jejak ke bumi
Paling benar taqdir segala rencana DIA

Cuba sedaya mengalih rasa
Gusar beralun mohon sempadan
Sisi kelam berganti cerah
Dari menganyam yang tidak enak
Mari menenun pengindah benak

Pelangi itu
Jauh sekali tuk digelungsuri
Gapainya pun tak mungkin sekali
Hiburlah hati dengan sangka
Yang kita pernah menatap indahnnya
Dan punya peluang tuk senyum bersama
Di kala ada yang bermata buta
Di kala ada yang berhati gelita
Tuk nilai indahnya sang pelangi itu

Aku syukur.
Saat pelangi mahu menghilang
Aku turut melangkah pulang.



6.16 pm
150111
Pandan Mewah

Jan 12, 2011

Bismillahi walhamdulillah.

Tengah berehat sekejap dari buat case writes up belek2 buku yang ada kat meja. Tiba2 terbaca tips dari Syeikh Abdul Kadir Jailani. Sangat baik untuk kita sama2 amalkan. Moga hati lebih lapang. InshaAllah.

Tips untuk bersangka baik sesama insan

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu : “ Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia.”

2. Jika bertemu anak kecil maka ucapkanlah dalam hatimu : “ Anak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

3. Jika bertemu orang tua maka ucapkanlah dalam hatimu: “ Dia telah beribadah pada Allah jauh lebih lama dariku. Tentu dia lebih baik dariku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu maka ucapkanlah dalam hatimu: “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh mencapai kedudukan yang tak pernah ku capai mengetahui apa yang tak pernah aku ketahui dan mengamalkannya. Tentu dia lebih baik dariku.”

5. Jika bertemu orang yang jahil maka ucapkanlah dalam hatimu: “ Orang ini bermaksiat pada Allah kerana dia jahil (tidak tahu)sedangkan aku bermaksiat pada Allah padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhirnya umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik dariku.”

6. Jika bertemu orang kafir maka ucapkanlah dalam hatimu: “Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak mungkin di akhir usia dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk. Tentu dia jauh lebih baik dariku.


Firman Allah s.w.t :

" Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah dari banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di anatara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh DIA menerima taubat, Maha penyayang." <49 :12>


Bersangka baik. senang diucap sukar dibuat. tapi Bila Allah kata jangan, itu tandanya seorang yang bernama hamba mampu jauhi.inshaAllah dariNya kita pohon kekuatan untuk laksanakan. Allah kan maha penyayang. inshaAllah. boleh!






Allah, aq berlindung dari kata yang tak ku kota. Astaghfirullah.

Terus! mujahadah.


wallahu a'lam.

Jan 11, 2011

Jum bersihkan sawang =)

Bismillahi walhamdulillah.

Waah. Sangat lama tak berlama di sini. Sungguh rindu. Bersawang sangat2 dah ni. Ok, mari bersihkan sawang =)

Semalam dinner dengan ina, nija dan yus. Hangat betul perbualannya. Dari isu kecik sampai isu Negara.huu. Lama tak jumpa katakan. Selesai makan sudah pun masuk waktu maghrib. Usai berjemaah di Pandan Mewah, duduk sebentar menyegarkan iman. Dalam banyak2 peringatan tadi, seorang sahabat lontarkan persoalan yang menyentak benak. Mengetuk hati.

“ Adakah jika kita terasa berat untuk buat sesuatu amalan tu, adakah itu tandanya Allah tak mahu terima amalan tu dari kita. Dari kita.Adakah begitu?”

Abaikan pengulangan perkataan adakah di situ. Mari kita analisa mesejnya.

Contohnya. Dalam satu tempoh masa tu, kita dilanda rasa malas yang amat untuk solat berjemaah atau mentadabbur ayat2 al-quran. Dari ramai-ramai muslim di Malaysia ini contohnya kita antara yang dilanda virus itu. Nauzubillah.

Perlu kita koreksi diri kembali adakah kita termasuk dalam golongan yang ditapis Allah dari berbuat amal soleh itu.

Adakah amalan-amalan kita itu sudah tidak dipandangNya lagi lantaran kehitaman hati dan keingkaran kita pada Allah.

Adakah kita termasuk dalam golongan yang diganti?

Adakah Allah sedang menerima amalan golongan pengganti kita yang mana mereka lebih mencintai
Allah dan Allah lebih mencintai mereka berbanding kita yang semakin menjauh? <47:38>


Adakah?

Adakah?

Adakah?

Sehingga kembali.
Mari kita sama-sama muhasabah.

Astaghfirullahal ‘azim

Astaghfirullahal ‘azim

Astaghfirullahal ‘azim



Wallahu a'lam.