Bismillah walhamdulillah.
Jom kongsi. Tazkirah dari seorang sahabat.
Pernah tak minum kopi Radix? Bayangkan air panas yang berasap satu mug. Kemudian letakkan 1 sachet kopi Radix. Jangan kacau . Terus minum. Tak nikmat kan?
Tapi ambil satu mug air panas berasap letak 1 sachet kopi Radix. Ambil sudu kacau hingga sebati. Lepas tu silakan minum. Dengan berhati-hati sebab air tu panas. Nikmat amat buat peneman belajar lewat malam.
Apapun. Yang dimaksudkan dengan kacau adalah USAHA.
Kita ada air panas. Ya. Kita ada tubuh badan fikiran kepandaian emosi jiwa semua sekali. Kita ada kopi Radix. Kita juga ada sumber samada alQuran, hadith dan sebagainya. Tapi jika tidak berUSAHA mensebatikannya, kenikmatan hidup beragama itu tiada.
Baiklah. Apa jadi bila kita minum air yang tak dikacau. Seteguk dua mungkin boleh diterima tekak. Selebihnya rasa lebih baik dicurah ke sink sahaja.
(Jangan tiru aksi ini. Membazir amalan syaitan. )
Apa jadi pada jemput-jemput bila tepung dan air dan pisang tak digaul? Anda tolong jawabkan, boleh?
Justeru, seruan untuk diri sendiri dan yang membaca.
Mari sebatikan diri dan agama. Islam ini bukan kerna warisan ayah bonda. Bukan sekadar solat dan puasa. Islam adalah cara hidup kita. CARA HIDUP KITA. Dari segala aspek. Dari celik mata hingga menyarung pijama dan kembali celik mata. Jangan hanya ambil sebahagian dan tinggal sebahagian yang lain. Itu bukan hanya menghilangkan nikmat beragama tapi mengundang murka yang Allah yang maha Esa.
Wallahua’alam.
No comments:
Post a Comment