Jul 23, 2011

Bismillahi walhamdulillah.

Satu pagi saya teman umi tanam pokok ‘Misai Kucing’ depan rumah. Sambil-sambil tu umi suruh saya cabut rumput yang makin meriah tumbuh di sekitarnya. Hu. Sudah lama tak main tanah ni. Teringat waktu kecil dulu tanah adalah modal utama main masak-masak. Tanahlah nasi. Tanahlah kuih. Hu. Sangat seronok waktu itu.


Kembali ke pokok misai kucing. Terdetik dalam hati saya. “ Kan best kalau esok lusa pokok ni terus besar.”

Usai cabut rumput yag sebenarnya lebih kepada main tanah saya terpandang pokok ‘khining’ ( kat luar Kelantan tak pasti panggil apa . kuinin kot) yang mula berbuah. Buah sulung katanya umi. Sudah beberapa hari buah tu menarik perhatian saya. Mungkin sebab warnanya hampir kekuningan dan lokasi sangat strategik. Betul-betul dapat dilihat dari pintu rumah. Nampak ada dalam 6,7 biji.



Gambar hiasan =)

Terdetik lagi dalam hati saya. “ Kan best kalau esok lusa buah ni terus masak.”

Satu pertemuan berkongsi ilmu. Ada seorang doktor bercerita tentang ketenangan.
“ Ketenangan ni sangat bernilai. Tak dok kkeda kalu nak caghi. Try g keda pahtu nak beli teney seghiya. Takdok. Takdok keda buleh jua teney ni. teney ni tok maghi ggolek. Keno usaha. Ibarat nyo ladang tanaman. Kito ado tanoh ladang wat nnaney. Pokok tok tumboh kalu kito tak tanam. Keno tanam biji benih. Pah keno siram pah keno jago . It may take years baru bbuah. Supo jugop teney. Keno usaha wat amalan jago ibadah jago hati pah dengan izin Allah baru maghi teney. teney tu bukannya saghi duo wat amalan buleh teney slalu.”

(Ketenangan ni sangat bernilai. Kalau nak cari kat kedai memang tade. Cuba pergi kedai nak beli tenang seringgit. Memang tade. Tiada kedai boleh jual ketenangan. Ketenangan tak datang bergolek. Kena usahakan. Ibarat ladang tanaman. Kita ada tanah ladang untuk bercucuk tanam. Pokok takkan tumbuh kalau kita tak tanam. Kena tanam benih, siram dan jaga. Mungkin ambil beberapa tahun untuk berbuah. Macam ketenangan juga. Kena usahakan. Buat amalan jaga ibadah jaga hati. Dengan izin Alah baru barulah hadir rasa tenang. Ketenangan bukannya hasil amalan sehari dua.)

Kalian bebas menafsir apa sahaja untuk ambil pengajarannya. Tapi usai perkongsian doktor tu, saya teringat detik hati saya yang beberapa kali itu. Rupanya saya terlalu tak sabar menanti hasil.

Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.” < 37:21>

Pokok misai kucing itu perlukan masa untuk berakar kukuh bertumbuh dan membesar.

Buah ‘khining’ itu perlukan masa untuk lebih besar meranum dan sedia untuk dipetik dan dimakan.



Juga.
Tenang perlukan masa untuk hadir. Kurnia Allah itu berasbabkan dari hatinya yang basah dengan zikrullah dan amal soleh. Istiqamah mengawas ladang hati.


“ Ketahuilah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.”

Dan Allah bersama orang-orang yang sabar.

Wallahu a’lam.

1 comment:

pulasan007 said...

orang johor panggil kuinin.