May 16, 2009

Tenang itu di hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Malam jumaat lepas, saya sempat menonton forum perdana ehwal islam.walaupun bukan dari awal. He.Dah round yang nak ke akhir2 da. Teringat wktu dulu waktu kecik2 macam tertunggu2 pula malam jumaat sebab nak tengok rancangan tu.waktu tu zaman dr masyitah tak masuk parlimen ag,zaman ustz ridhuan tee,ust badrul amin,ust Ibrahim tuan man,ust noh gadot dan seangkatan dengannya. Bukan rancangan itu sebenrnya yang sy nak kongsikan.hu.tp input tajuk malam tu. Tajuknye pasal zikrullah..

Sy tak ingat exactly semua yg sy dengar tp secara keseluruhannya ada beberapa kesimpulan.

~ Zikrullah merupakan terapi rohani. Sangat menenagkan. Lazimilah mengingati Allah dalam semua keadaan. Bukan setakat bismillah sewaktu suap makanan tetapi juga Alhamdulillah di waktu basuh tangan.Tidak setakat bertaawwuz sebelum melangkah ke bilik air tapi juga memanjatkan hamdallah seusai urusan kerna menghilangkan penyakit dan sebagainya.

~ melatih diri untuk berzikrullah. Kata seorang panel, apa sahaja yang terkandung kalimah ALLAH. Subhanallah Alhamdulillah allahuakbar sebagai contoh even Allah sahaja pun dikira zikrullah.Beliau menambah moga2 saat melihat sesuatu yang indah perkataan yang pertama keluar bukan lah..”fuyoo..cantik seyh..” atau “waa..cantek siot” dan sebagainya..tetapi subhanallah indahNya ciptaan Allah.tak terucap di mulut mungkin ada maafnya tapi tak terungkap di hati sangat banyak pincangnya di hati kita sebagai muslim dan inshaAllah mukmin..




Kadang2 ada pendapat “ala..de tu nampak je camtu hati de baek..”. Mengolah ceramah seorang ustaz mengenai pendapat sebegini, hati memang milik Allah untuk dihakimi dan diuji tapi zahirnya hati ni kalau pincang akan terjemahkan perilaku yang songsang.Bukankah ia raja pada jasad. Baik seketul itu baik lah seluruh jasad dan sebaliknya. Kayu yang bengkok takkan hasilkan bayang2 yang lurus.Maka di sini lah peranan zikrullah. Menjaga hati dari mati dan dimatikan yang seterusnya hilang rasa sedih saat ketinggalan untuk berbuat kebaikan dan tiada kesal saat berbuat kemungkaran dan dosa. Bahaya bukan? Zikrullah akan membuat hati tertaut dengan amal kebaikan lantaran melaziminya akan membuahkan rasa rindu pada Pencipta. Terus tangan tidak berat menghulur sedeqah kaki ringan ke masjid dan hati bergetar langsung mendengar peringatan dari ayat-ayat cintaNYA. Nyata itulah kepentingan zikrullah..ketahuilah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang..

Menyeru diri sendiri dan kawan2, mari kita lazimi yang satu ini! Janji Allah itu pasti~


“..Allah, aku berlindung dari kata yang tidak ku kota..”

p/s :
Untuk dia yang resah, moga tenang2 selalu.Allah bersama.DIa ada.melihat segala..

3 comments:

Hakeem.. said...

salam...nak tambah skit...ade org berkata "ketika saya ditimpa masalah..saya mengucapkan Subhanallah Alhamdulillah allahuakbar sebanyak yg mungkin..tetapi hati stenang juga.."knapa berlaku...
sebenarnya kita kene paham Zikullah bukan sekadar atau menuturkan kalimah..beza berzikir dengan membaca..
saya ada terbaca...zikir yang berkesan melibatkan 3 dimensi-dimensi lidah(qauli), hati (qalbi), dan perlakuan (fikli)

sebagai contoh..kita ucap subhanallah-ertinya maha suci Allah..namun pada masa yg sama kita hendaklah merasakan Allah itu maha suci pada zat, sifat dan af'al. segala ilmu yg kita miliki tntg kesucian Allah hendakah dirasai bukan diketahui

sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah dapat dilakukan. maka kesanya sangat mendalam kpda hati. sekurang-kurang hati akan merasakan empat perkara
1-rasa kehambaan
2-rasa bertuhan
3-memahami maksud takdir
4-mendapat hikmah di sebalik ujian

Hakeem.. said...

salam...nak tambah skit...ade org berkata "ketika saya ditimpa masalah..saya mengucapkan Subhanallah Alhamdulillah allahuakbar sebanyak yg mungkin..tetapi hati xtenang juga.."knapa berlaku...
sebenarnya kita kene paham Zikullah bukan sekadar atau menuturkan kalimah..beza berzikir dengan membaca..
saya ada terbaca...zikir yang berkesan melibatkan 3 dimensi-dimensi lidah(qauli), hati (qalbi), dan perlakuan (fikli)

sebagai contoh..kita ucap subhanallah-ertinya maha suci Allah..namun pada masa yg sama kita hendaklah merasakan Allah itu maha suci pada zat, sifat dan af'al. segala ilmu yg kita miliki tntg kesucian Allah hendakah dirasai bukan diketahui

sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah dapat dilakukan. maka kesanya sangat mendalam kpda hati. sekurang-kurang hati akan merasakan empat perkara
1-rasa kehambaan
2-rasa bertuhan
3-memahami maksud takdir
4-mendapat hikmah di sebalik ujian

sebagaimana kata tok guru..kita zikir Allahuakbar..dalam hati kita
hendaklah merasakan Allah Maha Besar, Maha berkuasa memberikan kita chat, blh berjalan, blh bercakap..dan segala mikmat yg kita kecapi...

aen_aisyah said...

em..info sgt bermanfaat.syukran2..ahlan btw!