Mar 1, 2012

~

Bismillahi walhamdulillah.

Hikmah ada di mana-mana. Tidak hanya di lidah para ulama. Tidak juga daripada pendeta semata.

Ia ada di hujung akal yang mahu mengambil iktibar, Yang tersirat dari kisah benar
Sekalipun dari bicara pesakit mental
Yang pada mereka terlekat seribu satu stigma.
Padahal saat mereka diuji terangkat segala hukum yang membawa dosa
Sedang kita masih tertakluk pada hukum dan akta.


Ayuh mata bukalah seluasnya
Ayuh akal cernalah sejelasnya
Ayuh hati hilangkan prasangka

Hikmah ada di mana- mana. Tinggalnya kita mahu atau tidak mengutipnya.

wallahu a'lam.

2 comments:

Kunci A said...

Subhanallah, kagum sungguh..
tersusun indah bahasa.. menusuk kalbu.. tersedar diri ini sungguh kerdil..
semoga DIA mengurniakan lebih byk ilham pada aen utk mengejutkan minda ini yang kadang lupa dan kadang terleka..

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT