Jan 12, 2012

komunikasi biar jelas =)

Bismillahi wal hamdulillah.

“ Komunikasi biar jelas!”

Ini ayat ayah. Ayat yang telah, selalu dan akan diulang-ulang oleh ayah daripada kami kecik sampai sekarang untuk ingatkan kami adik beradik yang komunikasi yang jelas itu penting. Sangat penting. Sebab komunikasi tak jelas selalu menyusahkan hidup kita. Dari sekecik kecik menda sampai hal sebesarnya. Padahal bukannya sukar pun untuk mejelaskannya. Hu. Sampai sekarang ayat tu dah lekat di fikiran kami semua. Tinggal amalkan atau tidak sahaja..

Pagi-pagi ayah hantar ke sekolah. Kalau mahu balik tengahari atau petangnya dengan bas atas apa sahaja alasan beritahu saja. Ayah, aen balik sendiri. Tidaklah ayah menunggu lama di luar pagar sekolah. KOMUNIKASI BIAR JELAS. =)

Rindu pula dengar ‘motivasi pagi’ ayah hampir setiap hari pelbagai isu dalam perjalanan ke Maahad dulu. Rupanya sudah 6 tahun dah berlalu. 6 tahun ni kalau budak2 dah masuk tadika dah. Masa pantas sungguh.

Hari ni hari lahir ayah yang ke 59.
Sedikit bingkisan untuk ayah..


Pantas benar masa berlalu
Saat ini menapak ke suku abad
Aku dalam lingkung kasihmu

Kedut tua wajahmu
Bercerita dalam kisah kami
Betapa sukar membesarkan sang anak
Yang bukan seorang dua
Lelahnya hanya Allah mampu meletak harga
Peritnya terkadang menghiris luka
Sedang kami berasa dewasa
Mengendah bicara mutiaramu

Sesekali engkau disimbah gulana
Jalan lopak yang kau tempuh
Tidak untuk kami lalui
Lagi sekali

Ghairah kami berkehidupan
Mengundang bimbang
Kerna di pertimbanganmu
Ada yang perlukan pimpin
Ada yang dambakan tuntun
Ada juga yang perlu didukung

Dahulu
Langkah kami tidak laju
Kerna kecilnya telapak pengalaman
Kini
Mamahan usia
Melelahkanmu untuk terus
Setapak demi setapak
Mengikut rentak kami
Terkadang kau tercungap
Tanpa kami menoleh
Tanpa kami menghulur tangan
Untuk bersama

Bagimu
Sedewasa mana pun usia
Kami masih anak kecilmu
Yang kau dukung dan dodoi dahulu
Yang perlu pelukmu untuk mereda tangis dirotan ibu
Yang perlu letermu untuk menghambat malas
Yang perlu semangatmu kala tewas

Mumen ini.
Ya Allah
Ku pohon keampunan dariMu
untuk lalainya aku menunai hak dia
Untuk lantang suaraku mengatasi bisiknya
Untuk hampirnya aku kepada derhaka


Dan..
Ku pohon sesungguh-sungguhnya ya Allah
KAU kurniakan dia sejahtera
Hati yang teguh mengesakanMU semata
Tubuh yang bebas dari sakit derita
Jiwa yang lapang dari gulana

Andai ujian KAU taqdirkan tuk dia
Anugerahkan jualah kekuatan
Moga dia mampu bertahan
Moga dia bertambah iman

Untuk jasanya
Hanya Engkau pengurnia ganjaran yang paling sempurna.

Ya Allah.
Dia adalah cinta ibuku
Dia adalah pelindung saudaraku
Dia adalah waliku
Dia ayahku.


Pandan Mewah
1918 pm
12/01/2012






Aen sayang ayah!


~ moga Allah permudahkan urusan sahabat saya Yusra untuk melahirkan putri sulungnya. InshaAllah. Yus, kuat2 neh! n Nawal, kami tak sabar dah ni nak jumpa kamu!!=)

walllahu a'lam

No comments: