Nov 18, 2008

Hadiah Seorang Ummi (",)

Apabila Memiliki Sepasang Sayap
(setelah genapnya usia 21 tahun)

Hari ini
Engkau seperti burung itu
Nan terbang ke sana ke mari
Bebas memilih destinasi
Mengikut telunjuk hati

Ke sawah menikmati padi
Ke dusun mencari buah
Ke angkasa bertemu bintang

Engkau perlu waspada
Tika keluar mengembara
Khuatir tergesel sayap di nyali Raudhah
Khuatir terkilas sayap menyentap kudus
Khuatir tergiling sayap mengusung luluh

Kerana aku mahu engkau menjadi burung
Nan selamat pulang ke sarang
Sebelum senja hampir usang..

unknown




4 comments:

Anonymous said...

and the birds fly high...
wait a minute, does it know the way home?

'of course i do..just pray that ill be back safe..~'

alright then. He's with U..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
aen_aisyah said...

lets fly tgetha..
Fly high to touch da sky.
sky of mardhatillah..

Anonymous said...

kunci oh kunci.. =P
lalalala~