Jul 9, 2008

Bismillahirrahmanirrahim…

Hu.Macam lama je tak pos pe2 kat blog neh.hehe.Maklumlah seminggu dua ni baru masuk sem baru.banyak menda dalam kepala.huhu..Nway, kalian semua chat2 aja ya?

4,5 hari kebelakangan ni serasa macam banyak mengadap+mendengar+membuat+ dan mcm2 me lagi masalah..hu.dari sekecik2 hal sampai ke sebesar2 hal.huh.Terasa tegang segala saraf dan pasaam.huhu.(banyak kot penggunaan hu..huhu..huh..heh.. yang akan dijumpai pasni..xpresi perasaan.huhu =)

Agak susahkan untuk menerima keadaan di mana kita kena sebaiknya memenuhi tuntutan banyak pihak di kala hakikat hidup memang kita tak mampu untuk puaskan hati semua pihak.. susah juga mencari satu kata putus yang win win situation di waktu semua orang tak ingin mengalah dan kita di tengah-tengah..Sukar jugakan bila keputusan kitalah yang akan menentukan itu dan ini sesebuah kumpulan tu.huhu..susah juga untuk melaksana prinsip melepaskan segelas milo ais untuk setempayan air telaga kegunaan semua.

Semua maklum bahawa tiada siapa pun akan terkecuali dari ujian, masalah dan seangkatan dengannya dalam hidup ni selagi bergelar manusia.Kecik besar,tua muda,kaya miskin,Islam@tak..semuanya..tak terkecuali. Hakikat yang hidup ni tak pernah mudah..tak mudah semacam berkata-kata...tak mudah untuk ketawa dalam duka..tak mudah untuk melaksana sabar sebagaimana mudah untuk meyebutnya..

Lantas andai tak mudah, bagaimana mungkin kita menghadapnya..

Memetik nasihat seorang teman,

( Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un..Dari Allah kita datang pada Allah kita kembali..segala kebaikan dan nikmat itu dariNya..dan masalah dan kesukaran itu jua dariNya.lantas kembalilah pada Dia untuk segala jawapan dan penyelesaian..Jangan mengaku beriman andai tak tega redha dengan ujianNYA.. )

Saat itu, serasa insaf dengan kelemahan diri untuk bersandar pada janji Allah yang dekat dengan hamba2 yang redha akan suratan taqdirNya..sekilas terbayang entry kisah sebatang buluh..em..
" Duhai Tuhan..
ini aku...perbuatlah semahuMU...semampuku..."
~ Astaghfirullahal 'azim..........moga kuat untuk hadap semuanya..

4 comments:

pulasan007 said...

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌

Ujian yg Dia bg pasti ada hikmahnya.Dia xkn bg ujian yg x mmpu kita tanggung.cm kita je kdg2 yg kalah dihasut syaitan untuk menampakkn kelemahan diri sendiri.jgn sshkn diri utk pikirkan kenapa ujian camni diberi,tp pikirkan ttg pengakhiran yg gembira dan bahagia di samping insan2 yg soleh dan solehah di dlm syurga.moga itu dpt memberikan inspirasi utk terus menghadapi apa jua cubaan dan dugaan.dan yg plg penting,senyum selalu :)

aen_aisyah said...

em..btol.
cari keindahan dlm tiap aturan Allah.InshAllah.kuat2 aja sume nye.

Izzati Ishak said...

Permasalahan dan orang yang bermasalah tu hanya wasilah je Aisyah... Sebenarnya Allah yang nak uji, nak tarbiyah kite supaya lebeh kuat, tabah..
Yakinlah dengan perjuangan ni.. InsyaAllah, apa2 dugaan pun, fitnah pun yang datang, kita tetap teguh.

Syah, fokus syah!!!!!
Ingat apa objektif..
jangan biar syaitan tipu kita, ngan masalah2 kecik, sdgkan masalah besar lagi banyak menunggu nak bertamu.

aen_aisyah said...

maceh byk kak...berita faham..
doa aisyah kuat2 aja ye.