Jun 12, 2008

Kisah sebatang buluh..

Sebatang buluh indah tumbuh di halaman seorang petani.Batang buluh ini tinggi menjulang di antara batang-batang buluh yang lainnya. Suatu hari datanglah si petani yang empunya pohon buluh itu.

Dia berkata kepada batang buluh ‘Wahai buluh,mahukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran paip, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?’

Batang buluh menjawab, “Oh tentu aku mahu bila dapat berguna pada engkau,wahai tuan. Tapi, ceritakan apa yang akan engkau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu ”

Si petani menerangkan….

Pertama ,aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu.

Lalu aku akan membuangkan cabang-cabangmu yang dapat melukakan orang-orang yang memegangmu.

Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku.

Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada didalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar.

Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur ’.

Mendengarkan hal ini, batang buluh lama sekali terdiam. Kemudian berkata kepada petani itu..

“Wahai tuan yang budiman, pasti aku akan sakit sekali ketika kau menebangku.
Juga pasti sangat sakit saat kau buang cabang-cabangku dan membelah-belah badanku yang indah ini. Tersangat sakit saat kau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu,tuan??”

Petani itu lantas menjawab “ Wahai buluh, pasti kau kuat melaluinya. Aku memilihmu kerana kau adalah paling kuat untuk menempuhnya berbanding buluh yang lain di rumpun ini. Jadi, bertenanglah,”

Akhirnya,batang buluh itu menyerah, “Baiklah,tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku.Perbuatlah sesuai engan apa yang kau kehendaki.”

Setelah petani itu selesai dengan pekerjaannya, batang buluh yang dahulu menjadi perhiasan indah di laman rumah telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawah si petani sehingga padi sangat subur dan menjadi.. Begitulah kisah hidup sebatang buluh…


~ Pernahkah kita terfikir bahawa ujian dan masalah yang silih berganti itu adalah proses yang Allah aturkan untuk kita menjadi lebih indah di hadapanNya?
Seumpama batang buluh itu, kita ‘ditempa’ olehNya supaya lebih sempurna untuk ‘menyalur’ berkat ke seisi dunia. DIA kikis segala kesombongan dan mazmumah yang menjadi sekat penghalang dan tika itulah terkadang kita terasa sakit dan lemah.Serasa perit dalam langkah mujahadah ke destinasi yang pasti…

Namun usah khuatir, kita pasti kuat untuk menempuhnya kerana beban yang dipikul takkan lebih dari apa yang kita mampu galas. Itu janjiNya. Lantas, sewajarnya kita berserah pada kehendak yang Maha Mengetahui. Redhalah dengan ujian yang menjadikan kita alat yang berguna bagi kerajaanNya

Bukankah Allah pengkarya paling agung dan paling layak untuk mencanting di kanvas hidup hamba-hambaNYa?

Seperti batang buluh itu, marilah kita berkata seikhlasnya, “Ini aku,duhai Tuhan.Perbuatlah sebagai mana yang Kau kehendaki..”

: : Subhanallah,La haula wala quwwata illa billah~

3 comments:

ryu said...

tQ sis.
hm..

Anonymous said...

nice piece...huhu
;)
may ALlah be with u always!!!

aen_aisyah said...

huhu.nak peringat ko dighi sndiri gax.huhu.