Dec 27, 2009

tagged!

Salam.

entry ini adalah lantaran di tagged oleh anas(muslimcountrykid.blogspot).wu.cam pasrah je.heh.aasif jiddan. ksyah lambat pos.he.exam2.=)

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?-

Sejak di Maahad Muhammadi lilbanat. Di sekolah,BADATI adalah badan dakwah yang mengerakkan usrah ni. Bila naik tingkatan 5, usrah diwajibkan kepada semua pelajar. Samada jadi ahli atau naqeebah. Ingat lagi ayat ustaz Harun bila kami bertanya tentang usrah yang diadakan setiap petang rabu.. Pilih samada nak jadi ahli atau naqeebah! Hu. Ketegasan beliau mengerakkan medium penyubur rohani anak-anak didiknya sangat hebat. Sesiapa yang tak hadir tanpa alasan akan dirotan di medan thobur.wu.Moga Allah menilai usaha beliau dan kurniakan ganjaran yang hebat.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah??

Semasa di tingkatan 1, usrah belum diwajibkan.maksudnya terpulang pada inisiatif individu sendiri. Ada seorang kakak BADATI (gagal untuk ingat nama kak.wu.aasif) tanya sy. Aisyah join usrah tak? Sy diam. Dan kakak tu cakap. Aisyah, usrah ni penting. Lebih penting dari nasi kat kantin.Kalau budak maahad pun tak join usrah, sangat rugilah. Lepas borak ngan kakak tu, sy malu sendiri. Salah ke tak join. Ramai je kawan2 yang lagi baek dari sy ( tak bermaksud sy baik.wu) tak join pun. Sekarang sy mula faham maksud kakak tu. Moga Allah terus merahmati kak.

Sehingga sekarang sy pegang 1 prinsip. Sy tak mahu jadi biri2 seekor yang terpisah dari kumpulan lalu terdedah kepada terkaman musang yang makin meliar hari ini. Sedang sy faham tuntutan dan keperluan itu.Cabaran hari ini berbeza dengan 7,8 tahun dulu dan 12,20 tahun akan datang. yang pasti sy tak mampu tahan semua itu sendiri.


[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

If u wanna go fast, go alone. If u wanna go far go together.
Saya mahu pergi jauh bersama-sama. Mari!

“ Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan mudah diperoleh dan perjalanan yang tak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah “Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu. Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang yang berdusta.”

Surah At-taubah; 42


[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Syukur.Tenang. Tak tahu nak ckp ape=)

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah


- Saya makin tahu apa yang saya perlu tahu dan buat dalam hidup di sini dan di sana.
- Saya rasa disayangi.hu
- Ilmu yang diperoleh buat sy rasa kerdil di sisiNYa dan mahu mencari.terus.
- Saya tenang dalam majlis ilmu inshaAllah taman syurga di dunia.
- Saya mahu orang lain dapat dan rasa apa yang saya dapat dan rasa.


Sungguh!Benar sekali yang hebat sebenarnya bukan kerana kita yang hebat tapi kerna Allah yang menghijab aib kita semua dari pengetahuan orang lain. termasuk saya. tiada lebihnya pun berbanding sahabat2. tapi mari kita sama2 usahakan untuk mencari serpih redhaNya. kerna akan datang satu waktu semua di dunia ini dan alam seluruhnya akan hancur menjadi debu2 tetapi yang kekal dan agung hanyalah Allah s.w.t.sungguh,hari itu adalah janji DIA dan janji Allah itu pasti berlaku!

1 comment:

Anonymous said...

bagus sbb join usrah...
kadang-kala sedih sbb org yg join perkara2 baik ni cepat sgt berputus asa ntuk ajak org sekiling dia utk turut sama buat baik...
cthnya bila org yg diajak utk pegi ke majlis ilmu org tu menolak dgn beri mcm2 alasan... tapi sahabatnya yg mengajak dia utk pegi sama cepat b'puas ati dgn jwpn kawnnya tu..
walhal dlm ati dia kwn tu saja nk tgk sejauh mana kesungguhan sahabatnya nk mengajak dia ke majlis ilmu...
akhir cerita... sahabatnya berhenti terus dari mengajak dan kwannya tu trus terumbang ambing...

terima kasih kawan~~