Jan 29, 2008

Ujian..Ujian..Dugaan....

Dalam hidup ni, ujian adalah perkataan memang tak dapat nak dipisahkan. Berbezanya ujian dengan berbezanya orang. Terkadang kita rasa sangat terbeban dengan keberadaan ujian yang menyerabutkan pemikiran walau hakikatnya Allah hanya menguji mengikut kemampuan kita..

Sesekali merenung masalah dan ujian yang menimpa sahabat terdekat, Saya sangat rasa betapa saya terlalu kerdil dalam dunia ni untuk menghadapi ujian yang tidak seberat mereka..Hanya sekadar sekadar sahaja ( kerana saya tidak setabah dan sekuat mereka….)..tapi..mereka..Ada yang diuji kehilangan ibu @ ayah tercinta. Ada diuji gagal mencapai apa yang dicita, kecewa kerana tersilap memilih antara dua…dan sebagainya..

Saya melihat ujian sebagai api..Jika boleh diibaratkan sebagai api..Api boleh mengeraskan telur mentah..namun mampu jua mencairkan mentega yang keras…

Ujian boleh membuat seorang lebih tabah tapi ujian jua boleh membuat kita rebah..lelah..berserah..pasrah..bergantung bagaimana kita mengambil ujian itu sebagai satu yang wajib hidup kita.dan kita perlu mengakui bahawa ada makhluk Allah yang lain diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..

Suka saya berkongsi ayat ni..sakit dan pedih kita berjalan tanpa kaki..Kenanglah masih ada yang lebih sakit dan pedih berjalan tanpa kasut..

Orang kata bersusah dahulu bersenang kemudian..hujan dahulu barulah indah pelangi petang..kan?? midsem dulu baru final exam kan?? Kan?? Kan??? huhu…midsem exam around da corner..huhu..dugaan..go go goal!!

InshaAllah..Sama-sama kita lebih kuat dan positif melihat ujian dalam kehidupan..
Wallahu ‘alam..

Jan 24, 2008




kita masih bertatih

untuk bertasbih kala pedih

untuk tersenyum dalam perih

rahmatMu jua yang ku tagih....

Cerita hidup..hu

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang
pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam
perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu,
semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil
berenang menuju ke pantai.

p/s : moralnya, kita tak mungkin tahu semua perkara dalam hidup sesingkat ini dan kita tak diciptakan untuk seorang dalam dunia seluas ni..maka hargai lah keberadaan orang dan semua yang di sekeliling..hu.

Jan 22, 2008

First and foremost..

Assalamualaikum w.b.t..
Firstly,seinfiniti kesyukuran kepada-Nya dengan keberadaan blog ni....post pertama yang bukan ’sajak’ kot. Hu.
Sebenarnya,niat untuk berblog dah lama.tapi dengan kesempatan yang tak sempat untuk diluangkan..hu.asyik tertangguh je..pe pun,Alhamdulillah sebab ter’buat’ gak akhirnya..huhu.walaupun tak se’nice’ blog org lain..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Berusaha selagi berupaya ..
Berupaya selamanya kerana DIA...
Harapan untuk blog ni,moga boleh kongsi pandangan + ape2 yg yang baek2 untuk improve diri sendiri &kwn2..untuk ingatan diri dan sesiapa yang membaca..
Mengolah kata2 soerang teman..
Yang menulis takkan dapat ape2
Yang membaca takkan dapat ape2
Yang mendapat ape2 adalah orang yang amek pengajaran dari ape yang dibaca atau ditulis...
Em..Moga perkara kecil tapi berterusan ni InshaAllah mendapat redhaNya..
Wassalam..
:)

Jan 18, 2008

tomato oh tomato..


Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat. Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.

Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan tomato sebahagian daripadanya...

Jan 15, 2008

pelangi mengindah langit
senyum di bibir terbit
tenang semilir menyapa
senang bertamu di dada

suria menyinar ratna
iman menjalur memekar taqwa



Jan 4, 2008

piLihan..

Dalam bertatih..
kita punya pilihan

untuk tegak seketika
atau hayunkan langkahan

untuk memilih jalan
kiri mahupun kanan

untuk senyum dalam kesakitan
atau menangis kegirangan

namun..
pasti ada satu persimpangan
dalam kehidupan
yang menuntut pengorbanan
dalam soal kiri atau kanan

diluah mati emak ditelan mati bapa
ditekan sakit dibiar berjangkit
dipilih pedih disisih perih

pun begitu...
antara dua HANYA satu
yang mesti didahulu dan perlu
untuk tujuan yang satu.........

Ya Allah..
tunjukkan aku
andai di sebalik hutan gelisah ini
ada taman bahagia menanti

tunjukkan aku...
andai selepas rintik hujan pelangi
gemuruh halilintar yang menguji

...Allah...
Aku pilih yang terbaik
HANYA untukMu..

ibn hayyan lecture hall
040108
1212 pm