Dec 31, 2007

.......

Sukar benar mengensot resah..
di hati beraja ia berlama..
mendera segenap penjuru jiwa..
letih mata berair mutiara..
perih atma berantakan rasa..
pergilah resah..
gelisah aku akan hadirmu ..
ku pohon setulus hati
renjisan RAHMAT pemilik hatiku..
yang resah..
moga damai yang berkunjung
tenang yang ku usung...
ibn hayyan lect hall
1212 pm
311207

Dec 18, 2007

Kerana DIA.....

Mari kita TELITI sebuah REALITI
Yang kita PERHATI tapi tak lekat di HATI
Yang selalu kita ULANG tapi sering HILANG

Bagai mengalir air dari hulu ke hilir
Berakit jiwa ke muara usia
Bersama resah tak terisi
Kosong sanubari bersumbat noda
Berkayuh perasaan beralun pendam

Ya Rabb..
Aku bagai si buta
Dalam menilai indahnya
Hidup bersandarkan redhaMu
Bergantung hela nafas pada belasMu
Perpeluk pada rahmatMu
Merindu sendu pada cinta agungMu
Ya Rabb..
Aku bagai si pekak
Yang tuli dalam mendengar alun seru
Bahawa hidup ketentuanMu
Rancanglah dengan apa yang di tangan
Walau hakikatnya yang di tangan itu pun jua kurniaMu
Sedarlah dengan kenyataan
Hidup mati di tangan Tuhan
Yang kelak dihukumi hari kemudian…
Ya Rabb..
Hidup ini
Kuserahkan padaMu
Untuk kau corakkan
Untuk kau bentukkan
Kerana aku laksana si buta
Hati dan mata
Kaca ku sangka permata
Ranting reput ku anggap cendana
Aku tak mampu Ya Rahman...
Aku tak layak Ya Rahim...
Untuk mencetus mahu di kanvas hidupku
Kerana hakikatnya aku tak mampu
Segalanya di luar tahuku..
Ya Rabb..
Hinanya aku
Di saat luka berdarah
Baruku mencari arah
Bergantung sembah
Ya Rabb..
Aku tak mengharap yang terbaik
Untuk setiap yang berlaku
Andai bukan itu redhaMu
Aku cuma ingin bahagia
Dalam ujian ku redha
Walau bertimpa hatta berganda
Ku pohon kekuatan
Tuk ku redah arus ujian
Liku sungai kehidupan
Ku tahu penuh ranjau
Ku sedar tak pernah mudah
Sayup hidup ke penghujung..
Ya Rabb..
Tak ingin ku titiskan air mata
Hanya kerana aku tak beroleh
Apa yang ku mahu
Ku sedar ku akur
RencanaMu mengatasi
Segala yang dalam tahuku..
Ya Rabb..
Jangan biar ia menitis
Kerana timbunan ujianMu
Sedang ia mengarca jiwa hamba
Jangan biar ia mentis
Kerana sakit dunia
Sedang ia meleka jiwa
Menyeksa atma
Biarlah ia menitis
Kerana seulas rasa
Seorang hamba
Yang berdosa….

Damba redhaMu..
Pandan Indah
11.45 pagi
Ibn Hyyan

Dec 14, 2007

HAKIKAT...

menuntut ilmu itu amanah..
untuk menjunjung mahkota khalifah...
yakin atau goyah..
amanah bakal berbalas..
andai beriring ikhlas...

andai aku REBAH...
ku ingin pautanMU yang MEMAPAH
andai aku LELAH...
ku damba belasMU yang MENYIMBAH..

DEMI ALLAH...
hidup matiku..
cinta kasih dan rindu..
hanya untukMU......

jangan biar aku sesat..
usah biar aku terjerat..
dalam impi yang kumimpi..
dalam mahu yang tak bertemu..

biar ku dakap kasihMu ya Rahman...
biar ku sujud di sejadah cintaMu ya Rahim..
biar ku syahid dalam redhaMu ya Muhaimin......

LA ILA HAILLALLAH....

0013 am
180807

padaNYA..

Ya ALLAH..
berat untukku rungkai rasa..
malu untukku buka pekung di dada..
sarat untukku susun kata..
bahawa aku hamba berdosa
yang berbolak balik rasa
dalam menyerah jiwa
menujuMu penentu segala..

Ya RABB..
ampunkan aku....
dengan dosa yang ku ulangi..
dengan taubat yang dimungkiri..
dengan air mata yang tak mendasar di hati..
dengan pinta yang tak pernah bertepi..

Ya RABB..
jauhkan aku dari KEMUNAFIKAN ini..
tetapkan hati muliakan peribadi..

andai dalam segugus kunci..
hanya dengan yang terakhir..
baru ku mampu membuka pintu rahmatMu..
aku rela ya Rahman...
walau kunci pertama membuat aku tersadung..
aku redha ya Rahim..
walau dengan yang kedua aku jatuh terbaring..
aku pasrah ya Muhaimin..
walau seterusnya aku terdampar..
tersisih kasih insan yang memilih..
kerna ku TAHU..
ciptaanMu tak pernah sia-sia...
ujianMu punya hikmah belaka....

namun..
kupinta YaALLAH..
dengan seluruh jiwa
yang nyawaku ditanganMu

jangan Ya Rabbal 'alamin...
jangan dalam segugus kunci..
tiada satu pun mampu membuka..
hatta pagar kasihMu..
izinkan aku mendekati istana redhaMU........


2350 pm
011207
pasir tumboh

WARNA ITU….(khas buat sis yusra)


Makna di sebalik warna
Tercalit kelibat rasa
Dalam jiwa terarca kata
Tertegak memori terindah kita

Warna itu,
Mencetus rindu di pundak bicara
Meruntun kasih di getar nada
Mendamba rasional di hujung suara

Kerna warna itu
Kita pernah bersama
Kerna warna itu
Menyatu ingin kita
Kerna warna itu kita membawa rasa
Kerna warna itu
KITA ADALAH KITA……

aen_aisyah+sri pandan+101107