Jun 9, 2008

Gunom perdah, jasar dan berembun..

salam.chat semuanya ye=)

Da lama wat sajak ni.sebelum final exam aritu ag.tapi tak terpos.huhu..utk melegakan hati sendiri.hehe.terasa nak pos arini..huhu.aritu medic adv team yang diketuai senior2 2nd n 3rd year (bro afez,bro awe,bro sob.....n da deng) wat xpdc nek gunom d cameron.sgt2 besh.hu.

Gunom jasar,perdah n berembun.sgt besh.bc ah sjk neh.hu.skadar-skadar saja=)






Ku renung puncak itu
Serasa kerdil memerintah kalbu
Maha suci Allah pencipta teragung
Indah ciptaan petanda kekuasaan
Lakaran di kanvas alam
Terbentang di pandangan...

Ku teliti dedaun
Gugur bertebaran
Melata bersepah
Merata di tanah
Sekian masa bertaut di ranting
Tiba waktu mereput di mamah cacing

Ku redah belantara
Berteman kicau burung
Dan warga rimba seadanya
Nikmati siulan naluri
Lapang tanpa kekangan
Senang sirnanya tekanan
Maha kuasa yang Esa
Seketika jiwaku tenang

Ku daki cabaran
Ku turuni cenuram
Menuntut keperkasaan jiwa
Rasa menjana tenaga
Mencipta ingin mahu terpimpin
Terus ke puncak…

Di puncak itu,
Syukur terlafaz
Betapa rahmatNya melimpah
Mengizin telapak kakiku
Memijak gembur tanah di puncak
Menyentak benakku
Menyedari hakikat
Untuk ke puncak
Tidak setitis peluh menitis
Bukan sehela nafas
Berhembus bebas
Tapi seluruh ingin yang bertapak
Sekuat kudrat yang membuak

Telah ku jejak puncak Berembun
Telah ku jamah hawa Jasar
Telah ku lepas lelah di Perdah

Biar ku gamit puncak impianku
RedhaMu rabbi...
Cita ku murni..
Khalifah pewaris Sunnah nabi
Penyambung sayang ayah kasih ummi…



No comments: