Mar 19, 2011

Astaghfirullahal 'azim..

Di suatu malam yang hening.

A: Awak, saya sungguh jahat. Jahat sangat.

B: Kenapa awak cakap macam tu?

A: Sebab saya buat salah. Banyak sangat. Saya jahat.

B: Salah apa?

A: Banyak. Saya jahat.

B: Berhenti doakan awak jadi jahat!! Ada cara lain untuk untuk cakap awak jahat.

A: Apa ?

B: Solat taubat banyak2. Cakap kat DIA apa salah awak. Cuma pada DIa. Moga DIA kurniakan awak hati yang baik.

A: (terdiam….)

B: Satu lagi cara.. Istighfar banyak2. Orang buat salah kena minta ampun. Kena minta maaf. Mintalah dengan DIA. DIA pengurnia segala hati yang bersih dan baik.


Perbualan tamat.







Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astaghfirullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astaghfirullahal’adzim

:: Wali band ::

Wallahua’lam

Mar 18, 2011

Obstetrics posting~

Bismillahi walhamdulillah.

Khabarnya bagaimana ya semua? Jumaat yang diberkati! Moga sihat2 dan tenang selalu dalam rahmatNYa. =)

Sekarang ni berada di Temerloh. Meneruskan Obstetrics posting di HOSHAS setelah 4 minggu di Ampang. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Hampir semua ahli group dah conduct 15 deliveries. Dah ada yang 19 dan lebih pun. Alhamdulillah. Tinggal lagi lain-lain requirement seperti observe Caesar,assisted deliveries, IOL etc. Hmm. So masing2 tengah mencari2 case yang seronok untuk case writes up and prepare for end posting exam.

Posting ni agak menarik. Agak? Hu. Sangat sebenarnya. Dapat belajar macam-macam. Dari cara nak conduct delivery sampai lah cara nak deliver baby. Betapa nak lahir sorang bayi yang bernama anak ni sangatlah tidak mudah.

Di labour room, ada beberapa watak utama yang menjadikannya tempat yang sibuk.Baiklah. Jum kita tengok dialog biasa beberapa watak di bawah.

1.Doktor
“Dr, post natal VE!” Panggil jururawat.
“ Oke!Coming. Puan, ada pening2? Rasa nak muntah? Sesak nafas? Oke, dr cek sikit ye.”

2.Jururawat
“Puan, Tarik nafas dalam2. Teran panjang2 puan.. kira 1 hingga 10 dlm hati lepas tu curi nafas sambung lagi teran. Anak tak boleh lama-lama nanti lemas.” Tanpa jemu kata2 semangat diberikan pada pesakit.

3.Medical student
“Puan boleh sikit lagi puan sikit lagi …” Mereka turut bersemangat memberi semangat. Seawal posting bermula, ada yang observe dengan wajah separuh biru separuh hijau. Tak kurang juga yang berhati tegar. Dalam poket, logbook setia menemani.

4.Suami yang teman isteri bersalin
Speechless. Peluh merintik di dahi dalam bilik berhawa dingin. Tangan isteri digenggam kemas.Sekemas hati berdoa moga Allah permudahkan urusan kelahiran bayi mereka.

5.Ibu yang bersalin
“Allah..Allah..” Kesakitan bersangatan hingga ada sesetengah mengalah ditengah jalan tapi ramainya tegar bertahan demi melahirkan anak tercinta.
“ Dr, lambat lagi ke? Saya sakit sangat dah ni.”
“ Nurse, anak laki ke perempuan?”
“Alhamdulillah…”

6.Bayi yang baru dilahirkan
“Waa…”
Tangis itu meredakan sakit si ibu. Melegakan rasa doktor dan jururawat.Meningkatkan APGAR score. Dan menjadi salam pertama si anak ke dunia baru yang tidak lagi berdindingkan rahim ibu.


Di atas hanyalah beberapa dialog yang saya biasa dengar. Tak semuanya begitu.
Apapun mesejnya adalah…

1.Sayangi ibu kita. Allah jadikan ibu asbab lahirnya kita di dunia ni. Besar mana pun kita, tinggi mana pun kedudukan kita, siapapun kita dari rahim ibu jua kita berasal. Yang masih punya ibu, mari!! Sayangi mereka. Hormati mereka. Kita takkan selamanya ada mereka kerana manusia ini tertakluk pada kematian. Tidak mereka, kita dulu mungkin juga pergi mendahului. Tuntutan taat pada ibu tak beerti tidak pada ayah. Sayangi ayah. Kasihi ayah.Ibu dan ayah saling melengkapi. Untuk lahirkan kita yang bernama anak.

Firman Allah :

“ Dan Kami perintahkan kepada manusia( agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah dan menyusuinya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKU dan kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku tempat kembalimu.” <31:14>

2. Untuk para suami di luar sana, saya minta maaf. Tapi saya berasa sangat terkilan. Purata untuk 30 kelahiran saya hanya melihat 3 bayi yang terus diazankan selepas lahir. Untuk tidak bersangka buruk, mereka mungkin mengazankan di wad kerana tidak mahu mengganggu jururawat yang bertugas. Tapi sebaiknya, teruslah azankan. Biarkan kalimah Allah menjadi yang pertama dan terakhir mudah-mudahan dalam hidup anak itu. Apapun, itu baru tugas awal anda. Tugas seterusnya lebih besar. Mendidiknya menjadi hamba Allah yang sebenar benarnya hamba. Besar bukan?

3.Menjadi wanita adalah satu kelebihan. Kelebihannya adalah keupayaan melahirkan anak walaupun secara fizikalnya wanita tidak sekuat dan seperkasa lelaki. Dari rahim wanita bisa lahir seorang Nabi bisa juga lahir seorang Firaun.

Jadi usaha itu wajib. Usahakan hanya yang halal di dalam rahim.HANYA YANG HALAL. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Moga yang lahirnya nanti seorang wali. Wali Allah itu ulama pewaris nabi. Yang akan bersihkan agama dari fitnah-fitnah dunia. Yang menjadi khalifah pemakmur dunia. Yang menjadi saham kita saat di akhirat sana.

Pastinya mereka itu semua dari rahim wanita. Maka pilih! Mahu lahirkan yang bagaimana.

Apapun. Ketentuan Allah pastinya mengatasi segala rencana manusia.






Kepada yang bakal bergelar ibu dan bapa.

Anda harus kuat! Kuat dalam menjauhi yang haram. Kuat dalam berpijak di daerah halal. InshaAllah Moga selamat semuanya. Dunia & Akhirat.



p/s : Takziah untuk Dato' Nik Nasri sekeluarga atas pemergian bonda tercinta. Alfatihah.



Wallahu a’lam.