Jan 15, 2011

~

Ingin sekali gelungsuri pelangi
Membuak seusai terpasak mahu
Namun impi melesu
Hasrat termangu
Sedar tangan tak sepanjang mana
Kaki rapat jejak ke bumi
Paling benar taqdir segala rencana DIA

Cuba sedaya mengalih rasa
Gusar beralun mohon sempadan
Sisi kelam berganti cerah
Dari menganyam yang tidak enak
Mari menenun pengindah benak

Pelangi itu
Jauh sekali tuk digelungsuri
Gapainya pun tak mungkin sekali
Hiburlah hati dengan sangka
Yang kita pernah menatap indahnnya
Dan punya peluang tuk senyum bersama
Di kala ada yang bermata buta
Di kala ada yang berhati gelita
Tuk nilai indahnya sang pelangi itu

Aku syukur.
Saat pelangi mahu menghilang
Aku turut melangkah pulang.



6.16 pm
150111
Pandan Mewah

Jan 12, 2011

Bismillahi walhamdulillah.

Tengah berehat sekejap dari buat case writes up belek2 buku yang ada kat meja. Tiba2 terbaca tips dari Syeikh Abdul Kadir Jailani. Sangat baik untuk kita sama2 amalkan. Moga hati lebih lapang. InshaAllah.

Tips untuk bersangka baik sesama insan

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu : “ Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia.”

2. Jika bertemu anak kecil maka ucapkanlah dalam hatimu : “ Anak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

3. Jika bertemu orang tua maka ucapkanlah dalam hatimu: “ Dia telah beribadah pada Allah jauh lebih lama dariku. Tentu dia lebih baik dariku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu maka ucapkanlah dalam hatimu: “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh mencapai kedudukan yang tak pernah ku capai mengetahui apa yang tak pernah aku ketahui dan mengamalkannya. Tentu dia lebih baik dariku.”

5. Jika bertemu orang yang jahil maka ucapkanlah dalam hatimu: “ Orang ini bermaksiat pada Allah kerana dia jahil (tidak tahu)sedangkan aku bermaksiat pada Allah padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhirnya umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik dariku.”

6. Jika bertemu orang kafir maka ucapkanlah dalam hatimu: “Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak mungkin di akhir usia dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk. Tentu dia jauh lebih baik dariku.


Firman Allah s.w.t :

" Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah dari banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di anatara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh DIA menerima taubat, Maha penyayang." <49 :12>


Bersangka baik. senang diucap sukar dibuat. tapi Bila Allah kata jangan, itu tandanya seorang yang bernama hamba mampu jauhi.inshaAllah dariNya kita pohon kekuatan untuk laksanakan. Allah kan maha penyayang. inshaAllah. boleh!






Allah, aq berlindung dari kata yang tak ku kota. Astaghfirullah.

Terus! mujahadah.


wallahu a'lam.

Jan 11, 2011

Jum bersihkan sawang =)

Bismillahi walhamdulillah.

Waah. Sangat lama tak berlama di sini. Sungguh rindu. Bersawang sangat2 dah ni. Ok, mari bersihkan sawang =)

Semalam dinner dengan ina, nija dan yus. Hangat betul perbualannya. Dari isu kecik sampai isu Negara.huu. Lama tak jumpa katakan. Selesai makan sudah pun masuk waktu maghrib. Usai berjemaah di Pandan Mewah, duduk sebentar menyegarkan iman. Dalam banyak2 peringatan tadi, seorang sahabat lontarkan persoalan yang menyentak benak. Mengetuk hati.

“ Adakah jika kita terasa berat untuk buat sesuatu amalan tu, adakah itu tandanya Allah tak mahu terima amalan tu dari kita. Dari kita.Adakah begitu?”

Abaikan pengulangan perkataan adakah di situ. Mari kita analisa mesejnya.

Contohnya. Dalam satu tempoh masa tu, kita dilanda rasa malas yang amat untuk solat berjemaah atau mentadabbur ayat2 al-quran. Dari ramai-ramai muslim di Malaysia ini contohnya kita antara yang dilanda virus itu. Nauzubillah.

Perlu kita koreksi diri kembali adakah kita termasuk dalam golongan yang ditapis Allah dari berbuat amal soleh itu.

Adakah amalan-amalan kita itu sudah tidak dipandangNya lagi lantaran kehitaman hati dan keingkaran kita pada Allah.

Adakah kita termasuk dalam golongan yang diganti?

Adakah Allah sedang menerima amalan golongan pengganti kita yang mana mereka lebih mencintai
Allah dan Allah lebih mencintai mereka berbanding kita yang semakin menjauh? <47:38>


Adakah?

Adakah?

Adakah?

Sehingga kembali.
Mari kita sama-sama muhasabah.

Astaghfirullahal ‘azim

Astaghfirullahal ‘azim

Astaghfirullahal ‘azim



Wallahu a'lam.