Jun 7, 2009

wah.esok dah mula sekolah~


Bismillahirrahmanirrahim..

em.sihat dan tenang semuanya ya?moga begitu selalu.hu.

wah.tiba2 sy rasa masa sangat cepat berlalu.sy dah pun habiskan 39 hari bercuti dengan seronoknya.seronok?mungkin=). dan esok kembali.alhamdulillah.kembali ke fakulti yang sama tapi dewan kuliah yang berbeza.ibn sina Lecture hall.untuk tahun 3 yang semestinya lebih banyak dugaan berbanding 2 tahun yang dah pun berlalu..sering juga mencongak2 tahun. kerana totalnya 6 tahun.wah.masih 4 tahun untuk habiskannya.em.moga tahun2 ini dan akan datang berlalu dengan indah.definisi indah yang sangat variasi untuk berbezanya individu.

ada satu hari tu, saya berbual dengan cikgu sekolah lama saya.dia bertanyakan pengajian sekarang.he.saya pun ada mengeluh lambatnya nak habis belajar.hehe.dah agak akan dapat sesi motivasi percuma.saya rindu tapi. mengolah ayat beliau. grad bukan kayu ukur untuk kita boleh berhenti belajar.belajar adalah untuk seumur hidup.ada hadith baginda.utlubul ilm minal mahdi ilal lahd~tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad. belajar tu kebajikan dan lebih indah diniatkan keranaNya.setiap langkah ada nilaianya. dikira syahid seandai meninggal dalam tempoh menuntut ilmu.jadi lebih lama kita belajar lebih lama kita dalam lingkungan rahmatNYA.apa sahaja ilmu yang DIA redha.

Lantas bersyukur kerana dikurnia peluang untuk belajar. masih ada di luar sana yang ingin tapi tidak berpeluang dan berkesempitan.betapa saya mengkhianati nikmat ini jika tidak memanfaatkannya. semakin sedar bahawa saya diberi peluang untuk membuat lebih banyak kebajikan dalam hidup yang singkat. sebenarnya milik kita adalah apa yang kita beri dan kongsi. sebenarnya not biru, hijau atau merah mahupun biru kundang dalam purse hijau BUM saya bukanlah milik saya.Ia akan jadi milik saya bila ia diguna mengikut syariat. contoh mudah ke tabung masjid beserta ikhlas. maka pahala yang dijanjiNYA itu memang akan menjadi milik saya. tapi selagi ia dalam purse tu mungkin hilang mungkin juga akan ke shopping complex untuk berhabisan tanpa kawalan.sebegitu sahaja. ia belum tentu milik saya. rahmat Allah bagi orang yang memperuntukkan hartanya untuk infaq dan dibelanja ke jalanNYA.

Sama seperti masa.

Ia bukan milik saya.sesaat pun bukan. tapi ia akan jadi 'milik' saya seusai saya menggunakan masa itu sebagaimana disabda baginda dan difirmankanNYA. maka dengan belajar dengan ikhlas keranaNYA adalah salah satu cara jika saya ingin masa itu menjadi 'milik' saya.balasanNya jika tidak di sini mungkin di sana. paling utama redhaNYA dalam tiap langkah hidup yang sangat fana ini.moga saya yang sering leka sedar bahawa masa itu beserta dengannya amanah dan tanggungjawab yang bakal disoal. Astaghfirullah..

sukar itu indah bila pergantungan utuh pada Allah.

lelah itu indah bila tiap hela nafas berhembus kerana Allah.

'ya Allah,aku hamba yang lemah ini dambakan hati yang kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang..'

buat sahabat2 year 3 yg disayangi, selamat kembali. kita akan bersungguh lagi bersama2. moga bukan untuk periksa di hujung semester dua semata tapi dana untuk dunia yang kekal selamanya. chayok2!ijtahid!

~ hidup ini hanya sekali.jadikan ia bermakna. mati itu juga sekali. berusahalah moga dalam redhaNYA..

Hancurkan rasa memiliki

Saat hati melonjak
Merasa wajar melindungi
Berasa amanah bersandar di sisi
Usah lupa
Bahawa kita sekadarnya asbab
Pada sebuah taqdir yang ditadbir

Hancurkan rasa memiliki
Moga hatimu tenang
Segala rentak hidup yang mendendang
Itu dalam rencana
Ia bukan kebetulan atau tidak sengaja
Kerna di balik tiap helai peristiwa
Ada juta hikmah berganda

Hancurkan rasa memiliki
Moga nanti kau kembali sedar
Bahawa penentu segala
Bukan dek rancang kita di kertas putih
Bukan kerna legam dakwat di mana pena bertatih
Penentunya adalah DIA

Hancurkan rasa memiliki
Moga akalmu rasional
Bahawa nyawa di jasad-jasad kesayanganmu
Bukan milikmu
Terus
Ia adalah nikmat pinjaman
Bagimu biar mengerti
Taburlah kasih sayang
Selagi ia terpinjam
Buat keluarga dan seluruhnya
Kerna saat tamat tempohnya
Usah kau tangisi
Suatu yang bukan kau miliki
Tetapi peluang yang dipersia
Dan ego yang membaja

Hancurkan rasa memiliki
Moga kau yang beriman
Akan terus mengimani
Bahawa hanya kepada Allah
Seluruhnya bakal kembali
Tidak esok hari ini…

Hancurkan rasa memiliki…




aen aisyah
mahkota cheras
1229 p.m
070609







Jun 3, 2009

Dia yang pasti mengerti=)

Bagi seorang itu, dimana ada kemahuan di situ ada jalan
Bagi seorang ini, dimana ada simpang di situ ada traffic light.
Traffic light yang ada 3 warna.
Hijau. Silakan.
Merah. Jeda.
Kuning. Sedia.

sudahlah kuning, jalan sehala pula.

Maka bila hijau, eh..sila .gerak. jangan nanti kuning lagi..

Dia senyum kembali.


Saya sedia dipersila untuk jeda.

~ jangan menangis lagi

Jun 1, 2009

Eh..ewah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama dan selamanya saya mohon perlindungan Allah dari godaan syaitan yang direjam dan emosi pincang yang terpendam.saat ini diri dilanda kegeraman.lantaran tertonton rancangan yang bagi saya cukup menjentik maruah. secara peribadi saya sangat alah dengan kebanyakan rancangan tv sekarang.samada menonton atau terpaksa mengawal lidah dan emosi dari dosa kering atau terus jangan menonton sedari awal.

Saya kehairanan melihat seorang ibu a.k.a pengacara boleh terlonjak-lonjak galak bersama lelaki pangkat adik a.k.a pengacara tapi tetap haram hukumnya bergaul sebegitu. Rancangannya cuma lah siapa paling boleh membina ayat tanpa tersekat-sekat.Memasukkan gelang getah sebanyaknya ke dalam kon yg tersedia.dan beberapa lagi . Serasa saya tanpa tergedik2 di pentas dengan iringan lagu dangdut yang mencacatkan pemandangan dari kaca mata seorang muslim yang melafaz syahadah itu boleh sahaja program itu berjalan dengan meriah. Mungkin lebih meriah dan terarah.

Saya semakin hairan dengan kehadiran penonton yang tidak penat bertepuk tangan menyokong pasukan biru,merah atau pun kuning itu.Seolah besar benar ganjaran tepukan itu. semacam hebat sungguh galakan dan sokongan padu. hakikatnya tidak sedar ada pihak mengaut laba sedang mereka mengaut dosa.maafkan saya.bukan maksudnya saya terlalu sempurna untuk menghukum anda berdosa tapi mari kita kembali kepada hadith baginda s.a.w.

Rasulullah bersabda :
" Allah sangat murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan jahiliah dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seorang tanpa haq." (riwayat Tabrani. Diriwayatkan juga oleh Bukhari dengan sedikit tambahan)

Baiklah saya berdiri di atas papan realiti sekarang. semua maklum, masyarakat dilambakkan dengan rancangan realiti tv dan pelbagai agenda hiburan songsang yang kian hari kian menipiskan ozon iman masyarakat. semacam tidak cukup program2 hiburan yang melubangi jiwa2 insan yang yang makin kontang. makin ditambah-tambah lagi. tambah lagi. makin berlubang. sudahlah air pengisian rohani tidak sebanyak mana dituang ke kelongsong jiwa itu, bocor dan berlubang pula..hanya forum perdana ehwal Islam sejam seminggu yang diselangi 4,5 kali iklan.dan beberapa lagi yang mampu dibilang jari.maka bagaimana? Sahabat yang dirahmati Allah, mari kita renung bersama..

Firman Allah s.w.t :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui."
(Al-ankabut : 64)

Sangat ingin memperingatkan diri sendiri dan kalian semua, dengan usia yang kita tidak tahu sampai bila ini, kita sangat bersungguh mempersiapkan diri dengan belajar bersungguh-sungguh dan menanam impian menyambung ke peringkat tertinggi moga terjamin masa depan kita dan keluarga. moga nantinya punya rumah besar, kereta selesa keluarga sempurna.

Sahabat sekalian, masa depan yang kita bicarakan itu mungkin sehingga usia 63 tahun atau lebih dan tak mustahil kurang.tetapi persiapan kita untuk menselesakan kehidupan adalah sedari darjah 1, sekolah menengah seterusnya universiti tidak cukup master terus ke phD.tidak genap segulung ditambah dua tiga..dengan harapan hidup terjamin dan selesa..tetapi bagaimana ya persiapan untuk suatu kehidupan yang kekal?yang tiada penghujung? yang kita mengimani akan berlaku suatu masa nanti? maka serasanya cukupkah 63 tahun atau lebih dan tidak mustahil kurang itu kita persiapkan untuk selesa ke akhirnya. Kita beriman adanya hari itu bukan?

Firman Allah s.w.t :
" Dan alam akhirat adalah tempat yang lebih baik dan tempat yang kekal abadi.." (Al-a'la : 17)

maka bagaimana?

Firman Allah s.w.t :
" Dan carilah apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadamu ( kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) di dunia ini..." (al-qasas: 77)

Imam Ibn Kathir berkata "dan janganlah kau lupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) di dunia ini" bermaksud ambillah apa yang diharuskan Allah daripda makanan,minuman,pakaian tempat tinggal dan perkahwinan.(Dan ingatlah) Tuhanmu ada hak ke atas kamu, dirimu ada hak ke atas kamu, keluargamu punya hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Justeru berilah setiap mereka yang berhak di atas haknya.

Bukankah Imam Ghazali mengumpamakan dunia sebagai ladang kepada akhirat. Kita bakal menuai apa yang kita tanam.Ingin tuai tomato jangan ditanam benih durian. ingin menanam buah kechupu janganlah mengharap strawberi nantinya..moga setiap amalan kita dari sekecil-kecilnya hingga sebesarnya kita diniatkan untuk gapai redhaNya.inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil 'alamin..Iman yazid wa yannqus.Semua maklum. Iman bertambah dan berkurang. Saat ia naik, mari kita mengingatkan.saat ia turun redhalah untuk diperingatkan.Tiada siapa yang sempurna melainkan DIA.

" Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal sebagai persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah yang mengikut hawa nafsunya(di dunia) kemudian mengharapkan kemurahan Allah tanpa beramal soleh."
(riwayat Tarmizi)

Wahai diri dan sahabat yang dikasihi,
Mengolah nasihat seorang yang sangat saya hormati. Muslim apa yang taknak jadi Muslim yang sebenar-benar Muslim sehingga memilih2 apa yang ingin dipraktikkan dan memilih2 maksiat mana yang ingin dijauhi.Kata beliau lagi walau apapun nasihat kita,kalau nak jadikan hawa nafsu sebagai penenang hati, nasihat pasti takkan memuaskan.Kata2 Saidatina Aisyah r.a "Jangan fikir besar mana maksiat yang kamu pilih nak buat tetapi fikirlah dengan siapa yang kamu akan berurusan apabila membuat maksiat tersebut."

Allah itu maha luas rahmat dan pengampunanNYA. maha pengampun dan penyayang. maka, kita hamba yang lemah dan mungkir ini, jangan pernah lelah untuk pohon keampunanNYA.
Semua hamba berdosa tetapi sebaik-baik yang berdosa adalah yang memohon taubat.

Mari kita menjadi sesuatu hatta satu titik yang menyumbang terhadap kemaslahatan ummah hari ini.Biarlah hanya satu titik sumbangan kita, kita mampu padukan titik-titik itu. akan ada kesannya. kita jadi bintik degil yang tidak bisa disental dengan Dynamo jahiliah moden..kita bilas hedonisme moden dengan upaya yang yang ada.semampu kita.Allah tahu itu.dan DIA tahu kita ini lemah.sering lelah.tak mengapa. DIA punya kuasa memapah.

moga bermanfaat.

~Ya Allah, aq berlindung dari kata2 yan tidak kukota...

p/s: rujukan dari buku 'Empayar Minda Muslim' oleh dr. danial.