Sep 17, 2009

Nak raya dah?

Salam..

Indah sungguh rasa balik rumah ni kan? Nak2 musim raya ni. Rasa yang selamat.Alhamdulillah.pagi tadi sampai kat rumah dengan selamat. Sampai2 rumah, kak tengah buat biskut raya sorang2.Tape2. pembantu yang setia telah tiba.hehe.pembantu ke pembantut neh? Hu.. tiba2 sangat kejap je sebulan. tinggal sehari dua lagi kita akan sambut hari raya. sangat sekejap kan..em.

Waktu kecik2 dulu selalu dengar orang cakap raya ni budak2 je seronok beraya sebab bila dah besar dah tak seronok dah.hehe. mungkin yang rasa macam tu sebab lau kecik2 dapat duit raya lau dah besar kena bagi duit raya..hehe.

Apapun, terpulang pada definisi raya individu tu sendiri. em. Lau rasa raya tu adalah biskut raya 7 balang setengah beserta baju raya 3 raya pasang maka tanpa yang disebut itu tiadalah raya. Lau raya itu adalah duit raya penuh poket maka jika separuh atau suku poket tidaklah namanya raya. Dan lau raya itu adalah hari kemenangan maka tanpa satu rasa yang berjaya ‘membasuh’ hati yang keruh dan menyental jiwa yang melusuh maka tiadalah erti raya. Kan?

Indah2 balik kampung ke pangkuan keluarga dan sanak saudara semua ni, indah lagi rasa kembali ke fitrah yang suci dan pencucinya adalah ramadhan almubarak.

Analogi mudah.

Sekian lama bergelumang dengan kesibukan kerja dan belajar dan ingin kembali ke kampung halaman. Ingin kembali banyak amat cabarannya. Nak balik dengan bas kena beli tiket. Lagi syahdu lau dah abes dijual. Nak balik dengan kawan mungkin ada mungkin tiada ruang sudah. Nak balik dengan abang terasa agak lewat sampainya di malam raya nanti memandangkan cuti bermula awal.. Tapi yang pasti ingin pulang. Dah dapat pulang, dalam pada seronok ditemani lagu ‘ Balik Kampung’ oleh Sudirman sesak pula jalannya. Jem dan sebagainya. Dan risiko terlibat dengan kemalangan tidak sedikit tapi stress membukit. Terus hati perlu tenang jiwa perlu sabar. Tidak cukup minyak kereta perlu diisi penuh, kad touch n go perlu di top up dan kereta mestinya diservis dahulu.moga perjalanan nanti lancar sahaja. Lantas perjalanan yang penuh berhalangan itu amat indah sejejak kaki di laman rumah dan sesudah salam dengan ayah bonda bukan?

Maka begitu juga tarbiah ramadhan, sekian lama hati terendam mazmumah yang memekat dan jahiliah yang menjerat. Ingin kembali ke fitrah. Ingin pulang ke pangkal jalan dan berhijrah. Mediumnya sudah ada. Wadahnya tersedia. Servis diri dan top up amal serta taqwa. Risiko2 terbabas dari memperoleh ganjaran solid dariNya seperti merela diri terus tenggelam dalam sungai lagha dan ‘thabat’ dalam berbuat dosa wajarnya ditepis dengan hayunan iman yang mekar dek nafsu yang terdera dengan lapar dan dahaga. Wajarnya begitu bukan. Tetapi realiti, ramai yang isi minyak cukup2 sahaja lantas di pertengahan ramadhan saf2 makmum di masjid berkurang mendadak dan sepuluh malam terakhir ramai memenuh di KB mall atau Jalan TAR dan mengurang di surau dan masjid. Terus, sampai atau tidak ke destinasi? Tepuk dada Tanya iman.

Justeru,hadiah Ramadhan ini adalah untuk semua hamba yang meyakini kalimah syahadah. Bagaimana untuk menghargai dan menghayati terpulang pada kadar iman dan taqwa yang tersema di dada. Tamu agung ini sudah ingin beredar. Bersua atau tidak di masa nanti hanya DIA yang maha mengetahui. Sekiranya berpeluang Alhamdulillah tapi sekiranya tidak, beruntunglah yang memanfaatkan sebulan ini dan istiqamah seterusnya tapi rugilah bagi yang mensia-siakan peluang yang dicampak ke riba tapi dibuang ke tanah begitu sahaja. Na’uzubillah.

Masih ada 2 hari. Mari! Kita manfaatkan!!

~ Untuk yang akan pulang ke kampung halaman, pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang..=)

No comments: