Jun 7, 2009

Hancurkan rasa memiliki

Saat hati melonjak
Merasa wajar melindungi
Berasa amanah bersandar di sisi
Usah lupa
Bahawa kita sekadarnya asbab
Pada sebuah taqdir yang ditadbir

Hancurkan rasa memiliki
Moga hatimu tenang
Segala rentak hidup yang mendendang
Itu dalam rencana
Ia bukan kebetulan atau tidak sengaja
Kerna di balik tiap helai peristiwa
Ada juta hikmah berganda

Hancurkan rasa memiliki
Moga nanti kau kembali sedar
Bahawa penentu segala
Bukan dek rancang kita di kertas putih
Bukan kerna legam dakwat di mana pena bertatih
Penentunya adalah DIA

Hancurkan rasa memiliki
Moga akalmu rasional
Bahawa nyawa di jasad-jasad kesayanganmu
Bukan milikmu
Terus
Ia adalah nikmat pinjaman
Bagimu biar mengerti
Taburlah kasih sayang
Selagi ia terpinjam
Buat keluarga dan seluruhnya
Kerna saat tamat tempohnya
Usah kau tangisi
Suatu yang bukan kau miliki
Tetapi peluang yang dipersia
Dan ego yang membaja

Hancurkan rasa memiliki
Moga kau yang beriman
Akan terus mengimani
Bahawa hanya kepada Allah
Seluruhnya bakal kembali
Tidak esok hari ini…

Hancurkan rasa memiliki…




aen aisyah
mahkota cheras
1229 p.m
070609







No comments: