Nov 21, 2008

Epal vs. Oren

Usah bandingkan epal dan oren
Jawapannya pasti menggaru pedih sudut hati
Takkan sama tak pernah serupa
Ya! Buah keduanya
Tapi berbeza rasa
Berlainan warna itu nyata.




Hu.
Tiba2 epal dan oren.(“,)
Dari satu sudut, sebagaimana berbezanya epal dan oren begitulah berbeza lelaki dan perempuan.Dua2 buah yang lain adalah jenis. Dua2 manusia, yang lain adalah jantina. SRY gene? huhu. Sorg 44 XX sorg 44 XY.heh.

Saya teringat waktu form 3 dulu, cikgu Azahari merangkap cikgu sains yang besh. Dia yg cerita kisah ni. Ceritera bermula..

Alkisah dalam satu kuliah di sebuah universiti, seorang profesor telah menulis sebaris ayat di white board. Ayat itu bertulis…



WOMAN WITHOUT HER MAN IS NOTHING

Lalu prof itu pun minta seorang siswa bangun dan membacanya supaya satu kuliah boleh dengar. Dengan bangganya siswa itu bangun dan membaca ayat tu dengan penuh semangat kelakian. Heh. Akibat hypertrophy of laryngeal muscle, suara bass siswa itu telah pun membengkakkan hati keseluruhan siswi dalam kuliah itu..

Prof itu pun meminta wakil siswi pula bangun dan membaca ayat kontroversi tu kuat2.. Ramai yang teragak2 untuk bangun. Bangun seolah2 menjatuhkan esteem diri dan diketawakan satu kesilapan dalam hidup kot..heh. Seketika, bangunlah seorang dengan gaya seorang srikandi nak p perang (hehe.byk tol tambahan). Dewan yang bingit dengan tawa mengejek tu tiba2 senyap sunyi. Semua mata memandang. 1001 tafsiran.
Satu2 perkataan dituturkan. Mengundang bangga di hati siswi. Mencetus amaran di benak sang Adam.

WOMAN, WITHOUT HER, MAN IS NOTHING..


Satu ayat yang sama berlainan nada boleh memberi makna berbeza.
Makna yang boleh mempengaruhi tindakan dalam kehidupan.
Penerimaan dalam pergaulan.
Apa pun ..Terpulang pada si pembacanya.
Berpegang pada perbezaan hanya mengundang ketidakpuasan hati berpanjangan.
Namun berpaut pada dahan persamaan akan menyedarkan diri hakikat tujuan penciptaan.

“ Wahai manusia, Sungguh, Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”

(Al-Hujurat 13)

Tiada yang lebih superior dari yang lain. Yang ada ialah kelebihan dan kekurangan yang menjadi warna warni kehidupan dan punca kebergantungan antara satu sama lain. Jangan terlalu ego untuk menerima pendapat orang lain kerana kita tidak diciptakan untuk tahu semua perkara dan tidak hidup untuk berpengalaman dalam semua keadaan. Akurlah pada kekurangan diri yang akan dilengkapkan oleh kelebihan orang lain…


Benar yang BESAR akan MENENTUKAN
tapi usah lupa
yang KECIL selalunya MENYUMBANG...

6 comments:

Anonymous said...

yeah!
hidup batek!
no more jaket!
oopppssss =P

Anonymous said...

yeah!
hidup batek!
no more jaket!
oopppssss =P

aen_aisyah said...

haha..
batek? oppsss.. jaket upenye.huhu

Anonymous said...

power la ayat 2...
hebat seyh...
anak saper la ni..
keep up da gud work!!

aen_aisyah said...

hu.thengs..skadar2 sje=)
Alhamdulillah 'ala kulli halin wa ni'mah..

MAAZ said...

I FOUND THE CRYSTAL PACKAGE MOST INTERESTING ONE AT www.aura.net