Jan 4, 2008

piLihan..

Dalam bertatih..
kita punya pilihan

untuk tegak seketika
atau hayunkan langkahan

untuk memilih jalan
kiri mahupun kanan

untuk senyum dalam kesakitan
atau menangis kegirangan

namun..
pasti ada satu persimpangan
dalam kehidupan
yang menuntut pengorbanan
dalam soal kiri atau kanan

diluah mati emak ditelan mati bapa
ditekan sakit dibiar berjangkit
dipilih pedih disisih perih

pun begitu...
antara dua HANYA satu
yang mesti didahulu dan perlu
untuk tujuan yang satu.........

Ya Allah..
tunjukkan aku
andai di sebalik hutan gelisah ini
ada taman bahagia menanti

tunjukkan aku...
andai selepas rintik hujan pelangi
gemuruh halilintar yang menguji

...Allah...
Aku pilih yang terbaik
HANYA untukMu..

ibn hayyan lecture hall
040108
1212 pm

4 comments:

  1. tak teh...tingat time kecik2 dulu...tp time tu kite x sedar pape lagi kan?

    ReplyDelete
  2. emm.dlu..lau jatuh pum da owg angkat.hu.xberat ag waktu tu.dosa pum tak byk ag.huhu..
    nway..tak namanya idup lau tada jatuh bgn.hu..

    ReplyDelete
  3. ske yg neh?hu.pending sket.asyh xpaham..hu

    ReplyDelete

dia berkata..