Dec 27, 2008

sakit satu anugerah


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Da nak masuk minggu ketiga sem 2. bila dibelek2 jadual, nampak padat gak jadual sem neh.hu.tapelah.Adat study.. kate sorg sahabat.huhu.Em.tapi agak seronok tajuk awal2 physio sem ni.Sensory nervous system..explore ilmu2 di samping mengagumi kebesaran Allah dengan ciptaan yang sangat unik i.e OTAK..Subhanallah. mekanisme yang sangat kompleks dan hebat dari PENCIPTA AGUNG..patutlah manusia dimuliakan dengan kelebihan akal yang dikurniakanNYA..Maha suci Allah Tuhan yang Maha Pencipta.



the precious creation


Yang seronoknya belajar sal pain..em.Pain..Sakit..Sakit selalunya dikaitkan dengan perasaan ketidaksenangan, gelisah dan sewaktu dengannya.dan selalunya semua orang nak elakkan sakit ni.Logiknya tiada orang pun mengimpikan untuk sakit kan? Tapi walaupun cmtu,semua orang pernah rasa sakit..Sakit kepala,sakit dada,sakit perut..n sakit hati pun..Tentunya ada hikmah utk sakit diciptakan.

Pain is protective sensation.

Adanya sakit, menyebabkan kita elak perkara2 bahaya.betul tak? Dadah.Kita elak sbb kita tahu ada banyak ‘sakit’ yang menanti.Kita tak men panas myb sbb tak nak sakit kepala..kita elak makan kat kdai makan yang tak bersih utk elak keracunan or sakit perut..kita tak membaca dalam suasana suram, sbab takut sakit mata..dan sebagainya..

Dan..kita elak buat dosa dan maksiat untuk elak hati kita ‘sakit’..kan?

Bukan tu je, dengan rasa sakit maka badan akan bertindak balas dan ber homeostasis serta compensate itu dan ini utk stabilize kan balik badan..

Dan..hati yang sakit mendorong iman melonjak resah untuk kembali padaNya kan?

Maka sakit itu lantas satu keperluan.

Marilah sama2 kita bersyukur atas ujian sakit itu kerana ia adalah petanda kita dalam pemerhatianNya..ia mungkin penambah pahala atau pengurang dosa..selaku hamba kita semestinya mendamba kedua2 nya.justeru untuk ujian sakit kita perlu menambah rencah redha dan rela.Moga kita sama2 termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur dan redha atas nikmat sakit…

Susah itu tarbiah
Sabar itu indah
Sakit satu anugerah..



~Bila engkau melihat segalanya dari TuhanMu
Yang mencipta segalaNya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu

kerna
Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab padaNya..


p/s: kak, moga cepat sembuh..(n.n)

Dec 12, 2008

Seorang yang kembali..



Datang dan pergi

hidup dan mati

hakikat yang pasti..


~ Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Fauziah bt Yusoff dan menempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman..

Dec 2, 2008

dearie puding gula hangus=)



a raindrop

may look

too

small

but

somewhere

a thirsty flower

awaits

its fall…

Nov 21, 2008

Epal vs. Oren

Usah bandingkan epal dan oren
Jawapannya pasti menggaru pedih sudut hati
Takkan sama tak pernah serupa
Ya! Buah keduanya
Tapi berbeza rasa
Berlainan warna itu nyata.




Hu.
Tiba2 epal dan oren.(“,)
Dari satu sudut, sebagaimana berbezanya epal dan oren begitulah berbeza lelaki dan perempuan.Dua2 buah yang lain adalah jenis. Dua2 manusia, yang lain adalah jantina. SRY gene? huhu. Sorg 44 XX sorg 44 XY.heh.

Saya teringat waktu form 3 dulu, cikgu Azahari merangkap cikgu sains yang besh. Dia yg cerita kisah ni. Ceritera bermula..

Alkisah dalam satu kuliah di sebuah universiti, seorang profesor telah menulis sebaris ayat di white board. Ayat itu bertulis…



WOMAN WITHOUT HER MAN IS NOTHING

Lalu prof itu pun minta seorang siswa bangun dan membacanya supaya satu kuliah boleh dengar. Dengan bangganya siswa itu bangun dan membaca ayat tu dengan penuh semangat kelakian. Heh. Akibat hypertrophy of laryngeal muscle, suara bass siswa itu telah pun membengkakkan hati keseluruhan siswi dalam kuliah itu..

Prof itu pun meminta wakil siswi pula bangun dan membaca ayat kontroversi tu kuat2.. Ramai yang teragak2 untuk bangun. Bangun seolah2 menjatuhkan esteem diri dan diketawakan satu kesilapan dalam hidup kot..heh. Seketika, bangunlah seorang dengan gaya seorang srikandi nak p perang (hehe.byk tol tambahan). Dewan yang bingit dengan tawa mengejek tu tiba2 senyap sunyi. Semua mata memandang. 1001 tafsiran.
Satu2 perkataan dituturkan. Mengundang bangga di hati siswi. Mencetus amaran di benak sang Adam.

WOMAN, WITHOUT HER, MAN IS NOTHING..


Satu ayat yang sama berlainan nada boleh memberi makna berbeza.
Makna yang boleh mempengaruhi tindakan dalam kehidupan.
Penerimaan dalam pergaulan.
Apa pun ..Terpulang pada si pembacanya.
Berpegang pada perbezaan hanya mengundang ketidakpuasan hati berpanjangan.
Namun berpaut pada dahan persamaan akan menyedarkan diri hakikat tujuan penciptaan.

“ Wahai manusia, Sungguh, Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”

(Al-Hujurat 13)

Tiada yang lebih superior dari yang lain. Yang ada ialah kelebihan dan kekurangan yang menjadi warna warni kehidupan dan punca kebergantungan antara satu sama lain. Jangan terlalu ego untuk menerima pendapat orang lain kerana kita tidak diciptakan untuk tahu semua perkara dan tidak hidup untuk berpengalaman dalam semua keadaan. Akurlah pada kekurangan diri yang akan dilengkapkan oleh kelebihan orang lain…


Benar yang BESAR akan MENENTUKAN
tapi usah lupa
yang KECIL selalunya MENYUMBANG...

Barakallahu lakum...

Firstly, seinfiniti kesyukuran atas nikmat usia yang dikurniakanNya. Alhamdulillah ya Rahman...21 tahun berpijak atas muka bumi sedang taklifan khalifah di pundak mencetus suatu rasa yang selalu bertandang di setiap ulang tahun kelahiran…

Alhamdulillah ‘ala kuli halin wa ni’mah..

Amek kesempatan untuk ucap syukran jazilan kathira pada sume sahabat2 yang mendoakan kebaikan diri sempena ulg thn kali ni..ukhuwah evalasting =)

Moga Allah merahmati kehidupan kita semua..
++ Barakallahu fieykum..

p/s :

~ k.izat – sgt seronok dapat teman akak. Pengalaman yang meriah.
~yus – nanti menkan lagu instrumentalia doa bleh? (ballads 4 adeline=besh amt)
~ rai,nija,ina,mira –da jadi kak aisyah bl8 la..he..maceh byk nway!

~ kiena- tq 4 da nice post! =) ( http://autumnzapple.wordpress.com/)

Nov 18, 2008

Hadiah Seorang Ummi (",)

Apabila Memiliki Sepasang Sayap
(setelah genapnya usia 21 tahun)

Hari ini
Engkau seperti burung itu
Nan terbang ke sana ke mari
Bebas memilih destinasi
Mengikut telunjuk hati

Ke sawah menikmati padi
Ke dusun mencari buah
Ke angkasa bertemu bintang

Engkau perlu waspada
Tika keluar mengembara
Khuatir tergesel sayap di nyali Raudhah
Khuatir terkilas sayap menyentap kudus
Khuatir tergiling sayap mengusung luluh

Kerana aku mahu engkau menjadi burung
Nan selamat pulang ke sarang
Sebelum senja hampir usang..

unknown




Oct 30, 2008

Bismillahirahmanirrahim.

Sehari dua lepas, Ina ada menuntut sajak yg sy janjikan dulu2.hu..da lama kot. Maaf sgt2,na..tak sempat ag nak menunaikan jnji.hu. InshaAllah, da kelapangan masa n idea ksyah wat nti eh..hu.hrp berkesempatan.

Nway, sblm dtg saat tu (cece..) specially dedicated to my all-weather sist, Ina..
Hu.suka ati edit lagu owg..(Someone’s watching over you-hilary duff.)


Found myself today
I found myself in rain, away..
Something pulled me back..
Voice of reason I forgot I have..

All I know is you’re not here t say.
What you’re always used to say.
But it’s written in the sky tonight..

So I won’t give up
No I won’t break down
Sooner than it seems
Life’s turn around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I’m standing in the dark
I still believe

Allah’s watching over me..

Seen that ray of light
And it’s shining on my destiny..
Shining all the time
And I won’t be fade
To follow everywhere its taking me

All I know is yesterday is gone
Right now I belong
Until this moment to my dreams

It’s doesn’t matter what people say
It’s doesn’t matter how long it take
Believe in yourself and you’ll fly high
It’s only matter how true you are
Be true to yourself
And follow your heart…

~ utk sume yg da jd, hari ini saat kita berdiri n esok yg menanti..
We never need to carry more than we can hold..em..have faith! Allah noe best!! Chaiyok.ina!!! 0=)

Oct 12, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

semalam, bila seorang sahabat tny suka tak dop dlm bidang medic ni? sy tbe2 speechless.soalan yang mudah je kot.suka ke sy?hu.ada sape2 nk tlg jwb bg pihak?em..

berkongsi cerita.
waktu sekembalinya ke kl lepas cuti raya hari tu.5 syawal 1429H.sy dalam keta ngan rai,zatil,maryam n of course ayah rai gak. Disebabkan kitorg dapat taw jln gua musang sgt2 jem,so ayah rai gna jln t'ganu.jauh sket tp.Alhamdulillah.tak la jem sgt..tapi sesampainya di karak..huhu.sgt la byk keta n jem.byk la aksi2 pemandu 'berhemah' n 'berlengah' dsb..serasa sy,kitorg xcept ayah rai 3x tido 3x bgn tak lepas ag..

sy yg da cukup tido neh mula mengira2 kereta di sebelah..bosan pny pasal.hu.makmur betul rakyat Malaysia nes..fikiran pun stat melayang2.tiba2 ayah rai pun cakap...

" ngaji ni mcm jem ni la..byk sgt kete.lamo sgt jem.tapi gerak slow2..susur2 kuar,las skali lepas jugak..ngaji pum,pas sthn setahun..abes 6 thn, grad.."

ayat simple ayah rai wat sy pk sesuatu..(yus slalu ckp..kak syah suka sgt pk byk..)heh.
em.betul ayah rai ckp.study mcm jem.nak adap..Ya Allah bosannya.tensionnye.stresnye.tak suke..da ah lambat,minyak kete pum cpt abes.di kala myk mahal neh..tp hakikatnya byk menda kita blh amek pgjaran.kalau nak amek la..spjg jem tu ada kete yang bg laluan dan ada yg buat mcm jln tu die punye sorang.ada ketika smooth sket.ada ketika tayar tak sempat 2 kali pusing.em.tapi las skali berakhir gak jem tu...life is a cycle with ups and downs..kagum dgn prisip dr. Jafri Malin,neurologist.neva say no.neva say neva.neva give up..



Sgt sy tak nafikan bidang medic sgt mencabar.sgala2 la.loads studi nye keje nye dsb.tapi andai keyakinan pada Allah yang jd sandaran.inshaAllah..we can make it.kate Prof Muhaya, as a Believer you shud regard every minute spent on studying as a gud deed ad hope Allah will bless you.

em.harga yang sgt tgi harus dibayar dlm bidang ni.sumenye bergantung pada niat. andai sekadar berniatkan untuk mendapatkan dr. di awal nama,terpulang..atau menjadikan bidang ini sbg platform utk menyumbang bakti sebyk2 nye mga menjadi dana di Hari kelak..sama2 betulkan niat.moga tergolong dlm hambaNya yang beruntung..

'..Allahumma yassir wala tu'assir.."

Allah noe best~

ANTARA KANAN DAN KIRIKU

Menerawang ke ruang rona hidup
Terlonggok segala rupa suka-duka
Menjadi kudrat meneroka maya
Kelamnya menjelma setaman rahmat
Gelapnya sumber api menyala-nyala

Ku himpunkan dupa di kanan dan bara di kiriku
Menjadi setanggi mewangi hayat
Moga semua kerabat dan taulan
Mampu riang dan ketawa bersamaku
Menikmati haruman dari kamar seorang sarjana
Sewaktu remajanya ke sekolah bersepatu rompong
Berbaju carik kumal dan sarungnya berjerabu
Sering ketinggalan bas lantaran keletihan menelaah

Bangku dan kerusi ini menjadi saksi
Betapa kembang di kananku dan onak di kiri
Bakal bersatu sebagai kuntum berduri anugerah ibu
Menantiku di pintu keluar dewan konvo
Menjelang semusim lagi…amin ya Rabbal ‘alamin


Salahudin Yusoff
Panji, Kota Bharu.

20 Januari 2008/ 1 Muharram 1429

Salam Eid Mubarak 1429H

salam..
hu.sihat2 semua ye..em.
Agak terlewat tapi inshaAllah harap tak terlambat (heh.laen ke eh maksud de..agak2 je lah ye.hu) untuk ucapkan Selamat hari Raya 'Idulfitri 1429h untuk semua muslimin muslimat sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Mohon Maaf Zahir Batin atas salah silap dan khilaf diri sengaja atau tak.sedar atau pun tak..

serasa lama tak update.em.tak berkesempatan atau tak amek peluang?hu.Wallahu a'lam..

Arini konvoi raya clas kitorg.40 lebih kurang yang berkesempatan join tadi.saya terkecuali.huu.sedih betol..ada aral yang melintang.salam untuk cgu2 yang disayangi.em.hu.tapi menjadi sebahagian perancang pum tape lah.hu.Konvoi arini bermula ngam open house umah cema kat bangi then umah cgu Fatimah (cgu math waktu tamhidi) n cgu shamsiah (cgu bio)..las skali ke rumah mira..hu.kate mira, dlm pada boys cakap tak payah sediakan makanan berat2 setelah kekenyangan melanda diri, habis jugak 100 cucuk sate bersama pizza n rendang dsb nye.huhu.sungguh kuat makan ke makan sungguh kuat..makan utk hidup ke hidup utk makan...wawa.

esok dlm rancangan akan ke rumah prof sokhini n dr huzwah-uma yusra n payed-uma dr borhan..hu.beraya sakan gak la walaupun aura final exam da mula terasa.n again sy xbpluang join..hua.sabar je lah.

natijah Ramadhan..Sabar atas dugaan.redha dgn ketentuan.tak semudah dilafaz.kekuatan hati dan iman jadi sandaran.tarbiah madrasah Ramadhan moga tak berakhir seusai takbir raya di pagi 1 syawal..

sebulan menanam amalan..
menjirus air taubat keinsafan..
berbaja keimanan
dengan harapan tumbuh nanti
cukup bekalan buat sebelas bulan..
istiqamahkan kami Ya Rahman..

hikmah syawal..merapatkan silaturrahim.mendamaikan hati resah.kembali pada fitrah.membuang ego memohon maaf atas segala khilaf.melatih jiwa merasa bahagia memberi maaf..mencipta rasa bahagia.membina suasana harmoni.menitip akhlak murni.menjalin ukhuwah sejati...

~ kullu 'am wa antum bikhair++

p/s : open house open house jugak, inshaAllah sama2 kita sempurnakan puasa 6..Moga beroleh keberkatan hidup dari Nya.ameen...

Sep 18, 2008

Al- Fatihah….

Pagi semalam (17 Ramadhan 1429), ayah sahabat saya Maryam Muneerah telah pulang ke rahmatullah… Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang bertaqwa dan beramal soleh..Al-fatihah..

Buat Maryam sekeluarga,
Moga tabah dan sabar menghadapi dugaan dariNya. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui atas setiap sesuatu..

Ya Allah,

ramadhan ini menjadi saksi..

sahabatku ini pernah diuji

ramadhan ini menjadi saksi

air mata redha yang mengiringi

ramadhan ini menjadi saksi

perginya seorang abi

ramadhan ini menjadi saksi

tiada seorang terkecuali

semuanya kan mengadap Ilahi..

tidak esok hari ini..

kuat sahabatku kuat...


Peringatan buat diri sendiri dan sahabat,
Andai dia menjejak
Tidak sesaat diperawal
Takkan sesaat terlewat
Jemputannya pantas
Tak siapa terlepas…

Nasib di sana..
Amal taqwa penentu segala..

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

Aug 26, 2008

Ahlan ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim..

6 hari lagi sebelum tamu mulia menjengah..Tamu yang membawa buah tangan yang paling istimewa. Istimewanya hingga tuan rumah yang beriman resah menanti. Bimbang tidak lengkap persiapan. Tidak cukup persediaan..tamu yang bernama RAMADHAN AL- MUBARAK…

Buat semua…
Selamat mempersiapkan diri untuk bulan yang penuh keberkatan ini.Moga keistimewaan bulan dan ke’terpilih’an kita untuk kesekian kalinya beramal di bulan ini dapat sama-sama dimanfaatkan..Syukur atas nikmat pilihanNya..





¬ Mohon maaf atas segala salah silap. Moga ia tak menjadi hijab amalan di bulan barakah nanti..
'..Ya Allah, kami mohon perlindungan dari amalan yang ditolak dan sia-sia..'


++ Salam Ramadhan..

Aug 19, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

190808. Serasa saat2 yang berlari kian pantas. Jauh di sudut hati rontaan untuk merenung jauh ke dalam diri bergema garang. Menjadikan komitmen dan tanggungjawab sebagai kekangan untuk mengintrospeksi helai kehidupan yang berlalu serasa melakukan jenayah terhadap jiwa tulus kurniaanNya.. Kemampuan yang membataskan keinginan terusan menggalaukan rasa yang ada.Tuntutan sekeliling menggamit mahu untuk membantu walau terkadang hidup tanpa sedar bilau tanpa aturan..Tika ini,ada sudut sejadah teman sujud, ada lintasan iman kuat mendokong,ada pesan ayah bonda yang menyokong, ada bahu teman pengkalan bersandar,ada kekuatan yang dipercikNya membasah seantero perasaan. Gamitan untuk terus tabah di lorong yang menjanjikan cahaya lantas menguatkan kaki untuk berdiri, menguatkan hati untuk berlari..B.E.R.L.A.R.I….
…………………………………………………………………………………………

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini,
aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu

Mentari kan muncul mendung kan berlalu
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri

Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..

Aug 6, 2008

Ada dua hari..
hari manakah yang akan saya lari dari mati?

Hari yang tidak ditakdirkan...
atau
hari yang telah ditakdirkan?

Hari yang tidak ditakdirkan saya tidak merasa gerun
Dan..
Hari kalau ditaqdirkan
Maka tidak berguna segala usaha...

~ Ya Allah, akhirilah kehidupan kami dengan pengakhiran yang baik dan janganlah diakhiri kehidupan kami dengan pengakhiran yang buruk. Sesungguhnya untukMu kehidupan kami dan kepadaMu kami kembali....Ameen..

Jul 31, 2008

Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

~Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut++

~Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.

~Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

~Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

~Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.


~Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

~Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

~Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

~Syurga itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


~ moga beroleh pengajaran dan iktibar...